Saturday, August 21, 2010

DEMI APA YANG NAMANYA MERDEKA

0 comments
Telah lama aku tidak menghasilkan karya. Setelah bertahun, inilah hasilnya. Terpandang iklan daripada PPD(Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, pertama kalinya ada pertandingan menulis untuk guru. So, aku hantar penyertaan..walaupun hanya dapat tempat Ke-5, aku syukur dapat bersiang dengan guru Bahasa Melayu yang telah lama mengajar dengan aku sendiri yang hampir 7 tahun tidak mengajar Bahasa Melayu kira oklah yer..hahahaha

Demi apa yang namanya MERDEKA
Demi apa yang namanya MERDEKA itu,
Telah banyak jiwa yang telah terkorban,
Telah banyak yang perlu diketepikan,
Telah banyak rintangan perlu dilalui dan di rintangi.

Air mata tidak bernilai lagi.
Jiwa- jiwa bergelimpangan tidak bernadi,
Hati- hati kecil di siat dihiris kelukaan,
Oleh tangan – tangan kasar penjajah yang tak berperi.

Ubi kayu pengalas lapar,
Walau kasar teksturnya namun ia sangat berharga,
Tiap kunyahan begitu bermakna,
Perut – perut turut sama berjuang akan keperitan.


Gegak gempita semboyan tidak karuan,
Jerit pekik tembakan tidak bertuan,
Entah siapa sasaran entah siapa yang melepaskan,
Anak- anak kecil menangis ketakutan,
Ibu- ibu lari bergendongan,
Perawan gentar lari bersepahan.


Sungai yang deras mengalirkan merahnya darah,
Lorongan kampung bergelandangan selut,
Langit lesu pucat dek asap menghitam,
Rumput – rumput rebah kesan pijakan.

Segerombolan manusia bersampin kemas,
Berkeris di pinggang,
Bertanjak ceracak tajam,
Di wajah mereka cahayanya kelam,
Di hatinya penuh dengan dendam,
Aturan langkahnya penuh keyakinan.



Adil kah keris dilawan senapang?
Kekentalan semangat dalam jiwa pejuang itu,
Lebih lagi gagah daripada senapang penjajah,
Usah di sanggah semangat jiwa melayu,
Makin di ancam makin mengganas,
Makin dicaci makin membakar.

Walau tidak melalui keperitan itu,
Walau tidak meniti kekalutan itu,
Walau tidak mengatasi kekangan itu.

Namun tiap kali laungan MERDEKA terluah..terdengar,
Kepedihan terasa disudut hati,
Betapa hari ini,
Kemerdekaan masa silam tidak dihargai,
Pengorbanan masa lalu ibarat tidak bertepi,
Anak – anak hari ini terlalu dimewahkan harta,
Sehingga lupa betapa payah nenek moyang mereka dahulunya,
Remaja – remaja berpeleseran, melepak membuang masa,
Sehingga lupa nenek moyang mereka dulunya bersengkang mata,
Mempertahankan tanah walau hanya sekangkang kera.

Roziana binti Rahim
Pengasuh Ilmu Bahasa Melayu-DBP 2002
SK Batu Laut






Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

0 comments

SALAM RAMADHAN SEMUA....berfikir sejenak akan makna dan sebuah RAMADHAN..sebelum itu cuba kita fikirkan sejenak..MUHASABAH akan perkara - perkara lalu yang telah kita lakukan...suka disini saya mahu anda semua berfikir daripada pelbagai aspek dan perspektif anda sebagai seorang isteri, suami, pekerja, anak, ahli masyarakat, teman dan penganut agama.
SEBAGAI ISTERI / SUAMI
-adakah kita telah menunaikan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang isteri/suami
-adakah kita telah memenuhi kehendak suami / isteri kita
-adakah kita menghormati pasangan kita
SEBAGAI PEKERJA
-adakah kita telah melaksanakan tugas dengan sebaiknya
-adakah kita mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa bekerja
-adakah kita menghormati atasan kita
-adakah kita jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
SEBAGAI ANAK
-adakah kita telah melunaskan tanggungjawab menjaga ibu bapa kita
-adakah keperluan dan kehendak ibu bapa kita telah dipenuhi
-adakah kita menghormati kedua ibu bapa kita
SEBAGAI TEMAN
-adakah kita menghormati privacy dan hak seornag rakan
-adakah kita melayan seorang yang namanya rakan itu dengan sebaiknya
-adakah kita layak dipanggil seorang teman
-adakah kita berusaha menyelami hati seorang teman
SEBAGAI AHLI MASYARAKAT
-apakah sumbangan kita hari ini dalam masyarakat
-apakah yang kita lakukan apabila kita mendengar pelbagai isu diluar sana
SEBAGAI PENGANUT AGAMA
-apakah sumbangan anda kepada agama
-apakah yang anda lakukan apabila gejala sosial semakin parah
-apakah anda menunaikan tuntutan agama sebaiknya
saya ingin mengambil perhatian semua...adakah anda sekadar membaca tanpa berfikir?atau sekadar membaca sambil menjuih bibir? atau sekadar membaca sambil muhasabah diri anda?atau membaca tanpa terkesan di hati?
apabila kita berfikir akan kehidupan di dunia yang sementara cuma....anda akan hargai apa yang ada di seliling kita..walaupun peranan anda hanya sebagai seorang teman cyber yang hanya memberikan komen pada facebook rakan, blog rakan dan sebagainya...
* ini adalah sebahagian persoalan yang kita perlu kemukakan kepada diri kita sendiri...kalau disenaraikan lebih daripada ini sebenarnya


PANTAI MORIB HARI INI..

0 comments


Assalamualaikum semua....lama juga tidak bersiaran. Terus kepada tajuk..inilah wajah Pantai Morib yang terbaru. Walau banyak kutukan dan cercaan tentangnya...namun aku sebagai warga Kuala Langat berbangga, Morib satu- satunya Pusat Rekreasi yang ada disini mampu menarik pengunjung serta pelancong ke sini. Kepada mereka yang belum sampai disini marilah datang berkunjung menikmati pemandangan yang amat indah sekali terutama pada waktu matahari terbenam..memang cantik suasananya.Selain trek- trek di bina cantik, malah taman permainan juga begitu selesa dan juga info- info berguna kepada semua pengunjung. Replika hasil laut juga begitu menarik sekali.