Tuesday, May 31, 2011

TOLONG BERI IDEA

3 comments
BLOGSHOP SAYA???


RM 30 with postage..

sold out


RM30 WITH POSTAGE

purple+white-sold out
red+white -sold out
black+white-available

Assalam...ni sajer nak launch produk terbaru saya..sebelum blogshop saya siap..saya launch sini dulu. Nak buat blogshop sayapun tak sure dnegan blogspot yang selalu ada masalah membuat saya berfikir dua tiga kali. Apa pendapat yang lain? kalau ada idea yang bernas dan baik boleh bagi pendapat. Saya tengah pening memikirkan konsep blogshop saya dan sama ada nak guna domain atau dot com. Ni meniaga ciput-ciput je...

BERKENAAN PRODUK SAYA ?
Saya nak fokus pada jualan aksesori wanita terutama gelang...maybe akan jual sedikit kerongsang keluaran kakak ipar saya..

NI UNDER SUPPLIER ATAU BUAT SENDIRI?
Bonus dan bonus..sebab saya buat sendiri...cuba jaya..dan cuba jaya..alhamdullillah..dalam masa 3 malam dah dapat 6 gelang dengan design yang berbeza...

FIX DESIGN/WARNA?
Tak fiz pun..korang boleh pilih colour dan design yang korang suka..

HARGA NI OK KE?
Memang ok sangatlah dik oii..ni guna kristal biasa..kalau swarsoki tak dapat der jep..mahal seh kalau guna swaroski dan market tak boleh go untuk golongan sederhana..dah try dah...

PESANAN KEPADA READER..
TOLONGLAH PROMOTE NANTI EK

BOLEH BERI PENDAPAT JUGA TENTANG HARGA..SAYA TAK KISAH..LAGIPUN BLOGSHOP TU BELUM LAUNCH LAGI...
tapi harha diatas tu seklai dengan postage tau...

apa pendapat korang kalau aku buat GA beri gelang ni?ok tak?


Monday, May 30, 2011

ALL WHITE

0 comments
gambar diatas ni gambar saya dan anak kawan-kawan..tak ada anak sendiri kan..ambiklah gambar dengan anak orang...comel-comel diornag ni kan...especially birthday girl yang pakai baju ada reben pink tu...comell sangat.
Semalam dapat jemputan majlis harijadi sahabat saya..Nurazza Abdullah yang meraikan ulangtahun harijadi anaknya Aleesa yang kedua. Warna tema hari itu adalah warna putih. Daha agak lama rasanya aku tak pakai warna putih..bukan apa badan dah besar..for sure akan nampak lebih besar kan dalam putih. Seronok jumpa kawan- kawan. Dah lama tak gathering. Dalam masa yang sama dok teringat juga rakan-rakan blogger yang turut sama gathering. Nak cerita dari Banting ke Bukit Antarabangsa tak sesat ..tapi dah sampai kawasan Oakleaf pulak sesat. Kalau ikut event buat di Cafe D'jumpa Oakleaf Resort. Masa tu kami tak sampai laki resort tu..tanyalah pada security di Oakleaf kondo....dia kata cafe tu kat situ. Memang banyak misscomunication time tu..Kebetulannya di kondo itu memang ada cafe..tapi bukanlah cafe d'jumpa..akhirnya setelah beberapa kali menghubungi rakan saya..akhirnya kami sampai juga...memang agak penat juga berjalan mencari lokasi dari satu kondo ke satu kondo...woweee...kuranglah sikit lemak...nasib hubby tak 'mengamuk' marah...aduyai..bukan nak salahkan security..tapi dia sepatutnya tahulah asas kawasan tu kalau kita tanya..ni dia yang iakan cafe tu disitu...huhuhuhu...

Saturday, May 28, 2011

TINGGALKAN IA SEPI DISITU

6 comments
Jangan acapkali menoleh kebelakang
tiap kali adanya kelukaan yang kau tinggalkan..
biarkan ia terus disitu..
jangan berhenti kerana mengutip serpih duka

Teruskan langkahmu wahai adikku..
jangan kau berhenti kerana halangan menghadang

Cinta seringkali membuat kita lupa
realiti maya meruntuh tembok nyata..

Kadangkala ruang waktu..
ruang masa perlu dicipta buat seketika
agar ada cinta dan rindu di sana nanti
dalam batas waktu perlu ada rindu tercipta buatnya..


istimewa buat myraqueen


Friday, May 27, 2011

DOA PELEMBUT HATI

4 comments

1. Ta Ha

مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى

2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,

إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى

3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)

تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى

4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens

الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

5. The Most Gracious Istawa the Throne

لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى

Assalam..dah lama saya tak buat LABELS AGAMA...Pernah dengar surah Toha....setiap inci ayat al-quran..kalamullah ada khasiatnya.
Dalam surah Toha..ayat 1-6..khasiatnya sangat menarik yang mana ia boleh diguna pakai oleh seorang ibu kepad anaknya, seorang suami kepada isterinya, seornag isteri kepada suaminya dan sebagainya..

KHASIAT UTAMA?
melembutkan hati seseorang agar mendegar nasihat yang baik dan menerima perkara yang baik-baik sahaja(contoh:anak yang terlalu nakal)..insyaallah..

KAEDAH PENGAMALAN...
Bacakan ayat ini dan hembus di tapak tangan secara perlahan- lahan * ini penting..jika dihembus secara kuat akan menjadikan orang yang dituju itu semakin agresif. hembus dan bayangkan wajah orang yang berkenaan..jika anak bayangkan wajah anak...

lebih afdalnya jika dibaca dan dihembuskan pada ubun-ubun kepala anak ketika dia sedang tidur..


*penting untuk kita ingat..segala kuasa..ketentuan itu datangnya daripada ALLAH...bukan daripada ayat ini..wallahuaklam..

TIPS MENGEMPISKAN PERUT OLEH KEVIN ZAHRI

10 comments



(gambar ehsan en.googles)
Mr.Kevin siapa yang tak kenal..ekekke..banyak tips dia..patutlah badan dia cantik..jelous i tau..dan masih rindukan zaman ber'gym'. yerlah..mana nak pi..siapa nak teman..en.hubby bz dnegan kerja..sudahnya dia belikan 4 in 1 untuk aku supaya gym denkat rumah..apa kesudahannya?...terlantar sepi di bilik atas..kenapa? aduyai..en hubby..dah 2 tahun kit apindah..tapi tak pasang2 lagi 2 in 1 tu..walaupun beli second tapi masih elok..treadmill pulak...ermm..2 bulan sekali aku guna...layannnn...tapi nak kulus.
  1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

  2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

  3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

  4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

  5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

  6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

  7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki http://www.blogger.com/img/blank.gifbahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

  8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

  9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

  10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!


(gambar ehsan en.googles)

tips ini diambil daripada KEVIN ZAHRI

Wednesday, May 25, 2011

Keysha Contest (Aku & Tudung)

5 comments

gambar diatas ini adalah gambar penganjur hokey..

Wahhh...aku dah semakin rajin pulak masuk contest ek..contest tudung..surelah aku suka..asyik masuk jer menag belum pernahpun..LAYAN JE....masa blogwalking saya terjumpa entri ni..so sayapun berminta untuk menyertainya...kornag kat luar sana..kalau nak join boleh tengok bawah ni cara-caranya ekk..

Cara2 nak join
1) Tajuk entry ni mstlah Keysha Contest (Aku & Tudung)
& letak skali pic keysha ni kt entry k :)

2) Mstlah ada blog sndiri n follow 2 blog bwh ni


4) letak kt sidebar pic kt ats & link kt blog keysha blk

5) Tag ke 3 org kwn
jaja
cha
6) Ble dah join jgn lupe comment kt entry penganjur.
kt blog keysha1111.blogspot.com
So keysha leh tau spe yg masuk : )

keysha nak bg hadiah ..bukan 1,2 or 3 tp 10 hadiah (^0^)
jadi harapan korang utk menang lg besar

Tarikh tutup contest ni 30 Jun

Hadiah2 menanti anda :)

Hadiah tempat 1 : barangan bernilai RM50
Hadiah tempat 2 : barangan bernilai RM30
Hadiah tempat 3 : barangan bernilai RM30
7 hadiah saguhati : barangan bernilai RM10
Ape tunggu lg jom join ramai2 (^0^)

so..untuk join contest ni..aku pertaruhkan gambar di bawah ni...layan jerr....wakakakaka


SIAPA MAS MOHARNI?

0 comments

(gambar ehsan google)

Kornag tau tak..aku minat dnegan dia ni..gaya lakonan, wajah dan aura dia..dia ni mula-mula aku tertarik bila tengok dia berlakon drama anger management-versi malaysia punya..

KENAL TAK SIAPA NI?
Inilah Mas Moharni....pelakon drama,filem dan model

DIA NI ORANG MANA?
Beliau berasal daripada Kedah

SELAIN BERLAKON DAN JADI MODEL APALAGI KEMAHIRAN YANG DIA ADA?
Bonus dna kredit buat beliau sebab pandai menari..

KENAPA SAYA MINAT DIA?
Dia cantik..ayu..manis dan pakej bagi wanita melayu alaf ini dan kecantikan sangat semulajadi..


FILEM LAKONAN BELIAU?
Wayang -2008
Jangan Pandang Belakang Congkak -2009
Mantra-2010

*note:kalau kornag suka dia..klik like ek...


SUNSHINE SMILE CONTEST

10 comments
Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Jun, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Jun 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. Ajak minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag mereka di bawah gambar anda.

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? SILA TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

Dibawah ini adalah gambar yang dipertaruhkan saya:

"Senyuman saya paling ceria kerana saya sangat bahagia bersama dengan orang yang tercinta"

buat penganjur saudara asyraf..kalau saya menang ni memanglah rezeki saya selepas kejadian pecah rumah saya oleh pencuri...saya baru perasan ahad lepas..rupa-rupanya kamera digital saya turut disonglap sama..sangat sedih...

dan berikut adalah rakan2 yang saya tag: mummy irish, firdaus, penulis senja.

Tuesday, May 24, 2011

TEKA ALATAN MUZIK PERKUSI

5 comments
KORANG TERROR KE ATAU TERRORIST?


JOM TEKA APAKAH NAMA ALATAN MUZIK PERKUSI DIATAS BERMULA DARIPADA NO.1- NO.8 :
NO.1.................................
NO.2................................
NO.3................................
NO.4................................
NO.5................................
NO.6................................
NO.7................................
NO.8................................

korang pernah tak belajar muzik sekolah rendah dulu. Mesti cikgu-cikgu korang ada perkenalkan pelbagai jenis alatam muzik. Jom namakan alatan muzik diatas...kornag boring kan..apalagi..test IQ dan test pengetahuan kat sini


Terlalu Aku

0 comments
terlalu aku kesunyian kini
menghilang mu tanpa sepatah kata
kekeliruan menerpa akal ..............
Entah lah...ada kah salah ku ........
Atau kau punya sebab .....
Yg memunkinkan perpisahan ini
Kini aku pasrah akan perpisahan jika itu ketentuan nya
jika ada kesalahan dari ku maafkan aku sayang
Tapi kenagan antara kita akan ku simpan dihati ini
Hanya itu yang aku ada sekarang ini
Selamat tinggal sayang,
Jaga diri mu...........
izinkan aku simpan potret mu untuk tatapan ku
dikala merindui mu.....

Saturday, May 21, 2011

AKU, FESYEN DAN SHAWLS TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

12 comments
SAAT... semua orang mengilai shawls..aku telah hampir 10 tahun TERJEBAK dengan shawls. Bezanya pada ketika aku mula kenal shawls tidak ada HIJAB TUTORIAL seperti sekarang dan pelbagai fesyen dan rupa shawls sepeti sekarang. Fesyen yanga da sekarnag membuat aku jadi gila shawls. Serius. Dapat pulak rakan- rakan secitarasa seperti Noy Kimora Aiko..wahhh...cayalah beb..ko memang bestlah.....so..dekat bawah ni aku attachkan beberapa shawl kegemaran dari koleksi aku sendiri. Bab gambar korang jangan pelik ek..pesal muka aku ni kejap lain kejap lain...aku sendiri tak faham..ekekeek...fotogenik ko..perasan..uwekk....kejap lain..kejap lain..ok..jom layan..

kat bawah ni gambar shawls yang aku beli sekiar tahun lepas dan tahun ni
Ok..gambar atas ni..ketiga-tiga fesyen ni aku tak belajarpun dari hijab tutorial..ilham sendiri hasil melilit sendiri depan cermin..wakakakak..

1-gambar first tudung 2 tone coklat ni paling aku minat material dia..lembut dan mudah dibentuk.Shawls ni aku beli di Giant Shah Alam dengan harga rm20 tak silap.
2-gambar second ni shawls lycra_inner neck awning- ni murha sangat..masa tu ada seller kat fb dia jual lelong rm10..aku grab ler apalagi..puas hati kan..
3-Shawls Ombak- Ni aku beli dari Naurah Makwa di fb, RM35 xsilap time tu...inner aku beli kat Nilai 3-cuma rm5 je..murah kan

OK...gambar ni pulak ek...

1-Shawls sisik ikan ni beli dari Noy Kimora Aiko..dia beli dari Radiusite...dia jual kat aku so aku memnag minat..belilah dari dia...
2-Shawls kedua tu shawls yang sama dengan yang kat atas tu cuma fesyen jer lain aku gayakan
3-Shawls kuning langsat tu aku beli murah-RM8 ..beli di Banting je
4-Shawl Qaeh kot xsilap namanya...cantik dan pelik..ni beli dari my frenz di fb..Feazah Hamzah yang ada butik online..Qaisya Balqis Collection...

MOTOSIKAL UNIK

0 comments
Kalau motosikal biasa..kita dah biasa tengok kan. Ni lain dari yang lain dan unik sekali. Jom kita tengok dan cuci mata kejap kat bawah ni...


MOTO SIKAL YANG MENGAMBIL TEMA MINUMAN TENAGA REDBULL

INI HANYALAH REPLIKA MOTORSIKAL DARIPADA FILEM TRON BERHARGA 35 RIBU DOLAR AMERIKA



MOTOSIKAL 'GO TO HELL'..AMATLAH SESUAI BAGI MAT REMPIT YANG MENUNGGANG SECARA BERANI MATI DAN AKSI BERNAI MATI


MOTOSIKAL BAPAK GAJAH...NI KALAU KENA HEMPAP..SAY GOOD BYE LAH YERR

BMW C1NI MOTOSIKAL CERMIN..BOLEH TENGOK MUKA KAT SINI


Thursday, May 19, 2011

RUMAHKU DIMASUKI PENCURI

22 comments

Alahai tajuk entri ni menyedihkan. Hari ni kami suami siteri pergi kerja macam biasa. Hubby jam 6.30 dah keluar. Aku pulak jam 7.20bergerak ke sekolah. Balik sekolah aku singgah rumah mak yang dekat dengan sekolah. Makan tengahari di sana. Entah kenapa hari tu aku rasa nak bawak kereta laju-laju balik ke rumah. Suasana hati dari pagi rasa tak selesa. Sampai ke rumah aku bukak pagar dan mangga pagar macam biasa. Tapi yang buat aku pelik gril pintu renggang tapi mangga pintu elok je tergantung. dan tombol pintu telah tercabut dan pintu terkuak sedikit. Bederau darah aku. Sah, rumah aku kena pecah. Aku terus call en. ahbie, dan meminta dia pulang dengan segera. Sementara itu aku tak berani masuk ke dalam rumah dibimbangi pencuri masih ada di dalam rumah. So, aku tunggu jerlah dekat luar ka sampai ahbie balik. Tak boleh nak berpikir aku terus telefon 999 melaporkan kejadian yang berlaku. Sejurus kemudian en ahbie pulang dan jiran tetangga semua datang ke rumah kami. Polis dari Ibu Pejabat Polis Banting juga datang.

APA YANG HILANG ?
TV Plasma kami
Mini Lappy aku.
Kasut badminton ahbie
Duit aku dalam tabung...
kamera olympus

BAGAIMANA KEADAAN DIDALAM RUMAH?
Berselerak teruk terutama di bilik tidur, semua pakaian diselerakkan.

TINDAKAN POLIS?
Mengambil gambar dan kesan cap jari yang ada di merata-rata tempat

PERASAAN AKU?
Sedihlah wei..tapi tak nangis..terkedu dan kelu seribu bahasa..

mujurnyalah kan..en ahbie bawak lappy dia pergi kerja hari ni...lappy aku plak tinggal kat rumah...kalau tak dua-dua selamat. yang buat aku terkilan mereka selerakkan al-quran dan surah yassin dan juga air yassin..hei setan..ko langkah air yassin aku..patah riuk kaki ko nanti...ko tengoklah..kena langgar dengan kereta..

*TERIMA KASIH KEPADA JIRAN TETANGGA DAN KEPADA RAKAN SETUGAS EN.AMINUDDIN SARMIRAN, merangkap Naib Pengerusi Kelab Guru yang beberapa kali datang ke rumah kami memberi sokongan..jasamu dikenang.

Wednesday, May 18, 2011

KAMPUNGKU INDAH

6 comments
gambar atas ni bukan gambar kampung aku ek..ni gambar kampung penganjur segmen..syafik
NI SECOND TIME AKU JOIN SEGMEN..FIRST TIME ANJURAN BEN ASHAARI..KALI NI SYAFIK CHOCOLATE PULAK..


SYAFIK TANYA : Apa nama kampung korang
?
Kampung Batu Laut

SYAFIK TANYA :Apa yang menarik pada kampung korang tuh?

For surelah sebab ada pantai yang cantik


SYAFIK KATA :kalau ada gambar pemandangan kampung korang lagi baik

(ni gambar ehsan daripada facebook yang diambil oleh photografi profesional)

(ini gambar ehsan daripada sifu photo saya..en azam photgraphy)

kedua-dua gambar diatas ni memang real gambar pantai dikampung saya...tak snagka nampak cantik...lagi-lagi gambar diambil oleh pro pulak tu
d)apa pengalaman manis semasa korang di kampung korang
pengalaman manis jatuh pokok rambutan..ekekekke..eksiden naik motosikal masa corner lipat..ekekek

5. lepas tuh kalau korang rajin , korang tag lah 3 nama blogger lagi . kalau tak nak buat udah (aku tak memaksa) .
kak najwa,penulis senja, nisa

Tuesday, May 17, 2011

SAMBUTAN HARI GURU SK BATU LAUT

9 comments

Entri kali ini berkisar tentang suasana Hari Guru SK Batu Laut. Awalnya memang malas nak tempah baju. Tapi bila pikir balik banyak kain ela bertimbun tak bertempah, termasuk sutera hitam putih ni yang dah dekat 3 tahun beli tak tempah. Tudung pulak, tudung sedia ada, tak beli tudung barupun. Memang tension masa sukaneka acara cari gula-gula dalam tepung. Apa taknya dengan syarat tak boleh hembus tepung dan tepung sangat banyak aku rasa tak patut betul. Habis tepung masuk dlaam mata dan kena contact lense.Nasib tak ada apa-apa lepas basuh dengan air. Tapi habislah jugak foundation yang aku dah pakai. Nak pakai semula foundation span tak bawak, so just tambah bedak je.huhuhuhuhu.

APA YANG MENARIK HARI GURU TAHUN NI !

Ini adalah antara kad ucapan dari murid Tahun 6. Ermm....dari awal tahun mereka dah beri aku gelaran 'cikgu yuna'. Suka hati koranglah. Maybe sebab aku suka pakai shawls,tapi fesyen aku pakai tu tak samapun dengan yuna..tak percaya cuba korang tengok gambar bawah ni..

mana ada yuna pakai shawls macam ni kan...
tak kisahlah ek

PERTANDINGAN PAKAIAN GURU TERCANTIK..

Jadilah..dapat no.3.Puas hati walaupun bergaya namun masih mengikut etika berpakaian seorang guru. hehehhehe...

SUKANEKA/ACARA
Puas hatilah kumpulan kami dpaat no.1 walaupun berkongsi tempat dengan kumpulan 2.

HADIAH
Hadiah dapat sikit je tahun ni, sebab tak jadi guru kelas. Tapi bukan itu yang aku kejar, as long as in the end of the lesson the objective of lesson is achieve.
dari kiri saya, ustazah rahayu,pn.nurhani dan ustazah anita




Sunday, May 15, 2011

KERETA-KERETA UNIK

15 comments
Assalam, entri kali ni entri tentnag kereta yang pelbagai bentuk dan rupa. Agak-agak koranglah kan..ada bran ke nak naik kereta berbentuk keranda ..bukan kereta keranda ye.Rasa-rasanya bagi pemandu yang suka memandu laju di jalanraya sesuai sekali menandu kereta keranda ni..ekekekek(jangan marah yo). Macammana pulak kereta berbentuk siput b..i, mesti lambat macam siput. Pemandu yang suka memandu perlahan di lorong laju sesuai sekali bawak kereta ni ( jangan marah lagi)..ekekekeke. Kalau kawan-kawan suka sangat asyik nak tumpang kereta, korang bawak kereta kala jengking..amaca..ada bran dia nak tumpang...


Kereta Udang


Kereta kala jengking


Kereta kasut


Kereta keranda


Kereta siput b..i


kereta epal


kereta kasut

Saturday, May 14, 2011

UNDI MASUK MAHARAJALAWAK

2 comments

Assalam korang. Mesti minat maharajalawak kan..tolonglah..tolonglah aku merayu ni..tolonglah undi R2 untuk UNDI MASUK Maharajalawak...aku sangguplah jadi campaign manager free diorang. aku suka sangat diorang ni..dengan gaya cool lagi bergaya lawak diorang.. Tak percaya cuba tengok lawak diorang ni


MAHARAJALAWAK R2 MINGGU 1