Sunday, October 24, 2010

SUATU MASA DAHULU...OGYANA

0 comments

Nak suruh aku explain pasal gambar ni aku tak ingatlah..yang aku ingat ni masa rumah aku kat KL dulu di Jalan Klang Lama, setinggan..




BILA TENGOK GAMBAR LAMA-LAMA AKU TERINGAT YANG KAKAK AKU KATA TIME KECIK-KECIK AKU SELALU BILA ORNAG TANYA NAMA AKU AKAN BERITAHU OGYANA...HAHAHAHAHA...ZAMAN KANAK-KANAK ADLAAH SATU SAAT DIMANA DUNIA KITA HANYA KITA JE YANG TAHU DAN FAHAM..DAN AMATLAH MANIS SEKALI. PADA KETIKA ITU TIDAK KIRA APA KITA LAKUKAN WALAUPUN ORANG MARAH PADA KITA..TPAI ORNAG TAKKAN AMBIL HATI..NAMAPUN BUDAK KAN. AMATLAH BERBEZA SEKARANG....DUNIA KITA SEMAKIN BESAR...RAKAN SEMAKIN RAMAI..PELBAGAI RAGAM PULA YANG KITA TEMUI KERENAH MANUSIA..KALAU DAPAT RASA NAK BALIK ZAMAN KANAK-KANAK...








Tang rambut memang xbleh blah..keriting...nak buat macammana GEN DOMINAN kan...



RESEPI 'ROTI'

0 comments
Salam semua..lama dah aku bercadang nak masukkan resepi roti kat dalam ni...untuk kawan-kawan yang mencuba bolehlah try buat sendiri..sebarang pertanyaan tanya saya ye...

ROTI
(Bahan A)
1 KG Tepung
200G gula Kastor
30g Yis Kering
20G Bread Improver(serbuk penaik)
1 sudu teh Garam
(Bahan B)
2 Biji Telur
250ML AIR SEJUK ( PETI SEJUK)
20g Softener(serbuk)
1/2 Cawan Susu Pekat Manis
(Bahan C)
120G Shortening / mentega ( lemak sayuran)
CARA-CARANYA :
1. Sukat 1 kg tepung
2.Campurkan semua bahan A
3.Campurkan semua bahan B(bekas lain)
4.Campurkan bahan A dan bahan B..
5. AKHIR SEKALI SHORTENING
6.Uli menggunakan mixer sehingga semua bahan tadi apabila ditarik tidak putus(sama macam buat roti canai)
7.Bentukkan adunan menjadi bulat
8.Tunggu sehingga kembang(1/2 jam)
9.Biar sampai kembang pada suhu bilik ( 1/2 jam jika cuaca redup..15minit jika cuaca panas)
10.Bakar selama 15minit ..suhu 180 darjah celcius..api atas bawah..
SELAMAT MENCUBA SEMUA..


Tuesday, October 12, 2010

HIDUP YANG SESINGKAT CUMA..

0 comments

Mengenang kehidupan yang sesingkat cuma dan kita berada di antara garisan penghidupan transit ( alam mati) dan penghidupan pinjaman ( alam bumi ) menyebabkan ramai antara kita tidak bersyukur akan nikmat yang telah diberi. Malah begitu bangga dengan keduniaan yang tidak hakiki ini. Mengenang apa yang seringkali silih berganti berlaku dan terjadi..yang datang dan yang pergi apabila kita ingat kembali dua perkara utama yang dikejar manusia di dunia dan menjadi keagungan manusia di muka bumi ini ...ANAK dan juga HARTA...sedang dua perkara inilah yang akan kita tinggalkan kelak apabila MAUT menjemput. Sedang yang ikut sama mengiring kita sehingga ke liang lahad hanyalah AMAL dan DOA ANAK YANG SOLEH. Tatkala kita di dunia sibuk akan urusan keduniaan..orang lain pula sibuk mengumpul amalan. Tatkala saintis sibuk hendak ke bulan, sedang bumi sedang sakit keparahan. Dibeberapa peta dunia pula ada tubuh - tubuh berselerakan dan bergelimpangan menjadi mangsa peluru berpetualang. Ada pula sesetengah tempat tubuh kecil tak berdosa dibuang tak berperikemanusiaan. Ohhh..alangkah dasyatnya dunia hari ini..