Monday, May 31, 2010

OMBAK(KOLEKSI PUISI)-PUISI GEOGRAFI1998

0 comments


Ombak
alunanmu bak lenggokkan perawan
lembut beralun
keras menghempas pantai
kau mengubah panorama alam
kau mencipta keindahan sebentar.

Ombak
kau pembina
kau pemusnah
damparan tubuhmu ke gigi pantai
mengukir tanjung dan teluk
di sebalik selang seli batuan keras dan lembut.

Ombak
dengan rakusnya kau memamah tebing batuan
kau mengheret segala yang ada
tetapi
setiap alunan - alunanmu ombak
menggambarkan ketenangan jiwa seorang insan.

Ombak
darimu jualah
terciptanya cenuram
terbinanya pelantar hakisan ombak
angkara kikisanmu
angkara perbuatanmu
keatas dasar tebing.

Ombak
dari rekahan - rekahan cenuram
terhasillah gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa
kaulah punca segala angkara
kaulah pencetus pengubah panorama.

Ombak
taamparanmu mengukir keindahan
kerakusanmu mengarang alam
tindakanmu membentuk gloup dan geo.

Tetapi
walau sekejam mana kau ombak
namun manusia tidak dapat mencipta sesempurna yang kau ciptakan.


Roziana binti Rahim
Form 4-SKBL
Tempat Ke-4
Peringkat Negeri Selangor
Apresiasi Geografi anjuran National Geogrhapics Malaysia


note:
Ini puisi percubaan pertama aku masuk bertanding....xsangka....pada peringkat awal puisi dinilai dari aspek penulisan..terus terpilih ke peringkat negeri(hanya 5 yang terbaik terpilih).. sampai peringkat negeri kena deklamasikan..memang aku xpandai deklamasi masa tu....uishhh..malu betul..budak nurd macam aku kena naik stage..pulak masa tu ada secret admired aku datang satu bas dari sekolah dia...malu sehhh

HARGAILAH ISTERI ANDA.........

2 comments

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan
giler..halaman rumah berselerak.. surat di peti pos tak berambil,anak-
anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi,;;; masuk ke pintu rumah, lagi lelaki tu terkejut...ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur..sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh,periuk tidak bercuci.

mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh,apatah lagi berendam

lelaki itu cemas mencari isterinya..dia bergegas ke tingkat atas, melihat
isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.."awak sakit
ke?"..tanya lelaki itu.. "tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam... balas
isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg
mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah
tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI.......

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek
atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

Best baca sampai abis!!!. It's true.
To share..Dari Ilham seorang lelaki..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik
porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu
pening.Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!!

But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone",aku
pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once
shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one
to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari ketiga, I
felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau
'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah
abis,tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas,forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer
best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai.

Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite,very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun....belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.

Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita
sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...begitulah isteri kita rasa bila kita tinggalkan dia sendiri malam2 agaknya ya..
>
So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat
dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita,sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah
dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja
rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang
paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini
kita? Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah
lagi...penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita...tak
rela!!!

So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
you .

Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi
when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak
HAPPINESS!!!

Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24
hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap
gaya, tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do
whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan,boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng
solat!!

But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa
kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah
jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah.Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari
mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih
bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia
menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our
life!!
Sekian terima kasih.

HARI GURU SK BATU LAUT

0 comments


17 mEI 2010, Isnin. Inilah Barisan Pendidik yang bertanggungjawab menerajui pendidikan di SK Batu Laut. Terajui ini di nakhodai oleh Tuan Guru Besar En. Mohd. Nadzri bin Othman bersama dengan orang Guru Penolong Kanan. Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut secara sederhana tetapi meriah dengan pelbagai pengisian yang bermakna. Pejam celik pejam celik telah 9 tahun saya berkhidmat di sini.Bersama- sama dengan bekas - bekas guru saya yang masih mengajar di sana. Sesungguhnya mengajar di sini memberi makna yang amat besar buat saya. Rasanya kalau ingin berpindah daripada sekolah tersebut adalah sangat sukar bagi saya.

Saturday, May 29, 2010

SELLAMONEY FARM(SUSU KAMBING MONDOKS)

8 comments

Apasal tajuk dia macam ni..hahahahaha...dok..sebab ko lah akak dapat location nih, ni guna GPS jenama MONDOKS. Akhirnya pencarian menemui kejayaan...Itu dia signboard ke Ladang Sellamoney. Fresh lagi ni..sefresh susu kambing tu...hahahah..dengan jalan yang penuh onak dan berliku...sesekali tayar kereta ku melanggar lubang-lubang yang kelihatan tidak sekata.Aku melangkah turun dari kereta..dari luar kelihatan mereka sedang sibuk memunggah kotak-kotak.Tempat apa ni?Kata ladang ternakan.Di pintu belakang kelihatan beberapa orang pekerja cina, melayu dan india..Wahhh ..kelas 1 Malaysia sednag sibuk memunggah barangan keluar dari lori. Daku menghampiri lori tersebut kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan mereka yang berada disebalik pintu lori itu. Hanya nampak kaki sahaja. Aku menyapa dan sapaanku disahut oleh sorang wanita india. Setelah perbicangan aku boleh mendapatkan susu tersebut pada jam 6.30petang. Tapi aku bercadang mengambilnya esok sahaja.

USAHA-USAHA MENGUMPULKAN KEMBALI KARYA-KARYA HASILANKU

0 comments
Puas aku selongkar fail-fail lama aku nak kumpulkan kembali karya-karya aku yang pernah aku hasilkan. Kalau ikut rekod terakhir aku karya yang aku dah hasilkan sehingga 2002 adalah :

Puisi- 19 buah puisi
Cerpen- 2 buah cerpen
Artikel atau Rencana - 4 buah

Akhir tahun 2002 aku telah cuba mengumpulkan semua dalam satu disket. Sampai satu masa belum sempat nak print, fail tu kena format..For sure dokumen tak boleh buka. aduishhhh..dugaan.Bila aku dah buat Blog baru ni..aku cadnag nak kumpulkan semula masterpeice aku tu. Tak tahulah dapat kumpul semua ke tak.Doakan usaha aku ini akan menemui kejayaan. Dah lama tak berkarya ni. Tapi awal tahun baru ni dapatlah peluang menulis Ensiklopedia..memang satu bidang yang lain daripada yang aku ceburi sebelum ni. Sebelum ni lebih kepada penulisan kreatif. Orang kata rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari..so aku grab jer peluang ni..Insyaallah dengarnya hujung Mei ni siap.

ILHAM PUJANGGA(KOLEKSI PUISI)-1999

0 comments


Deruan angin bagaikan membawa khabar
Meniupkan rasa
Buat Si Pujangga yang kehausan
Dahaga Idea darinya
Menagih ilham buat ciptaan.

Ombak deras memecah pantai
Bagai menghanyutkan derita
Mencetus hikmah
Membangkitkan sukma
Buat Penyajak yang kelaparan
Mengidamkan cerita buat coretan.

Pepohon merendang yang seakan bergetar
Bagai membisikkan bidalan
Buat Sasterawan yang merindui kisah
Bagai penawar ketandusan cerita.

Warna - warna alam yang mencorakkan keindahan
Bagai menciptakan sebuah khayalan
Buat Pengarang yang kekeringan fikiran
Kebuntuan cara.

Roziana binti Rahim, 1999
Pernah diterbitkan dalam Media MPPM Edisi

DI PENGHUJUNG DERITA ZAMAN(KOLEKSI PUISI)-TAHUN 2000

0 comments


Di pengujung derita zaman
Sosial melanda menguasai tingkah
Bumi snegsara angkara manusia durjana
Senyuman alam pudar kini
Cakerawala tiada lagi bermaya
Dipenghujung derita zaman
Budaya barat jadi agungan, jadi ikutan
Budaya ibunda kian luput, dikeji, dinista
Nilai harga diri jadi lelongan.
Dipenghujung derita zaman
Alam kian longlai, ozon kian sulit
Flora fauna kian derita
Sungai mengalir lesu
Segalanya kini
Tiada serinya
Hilang misterinya.
Dipenghujung derita zaman
Dosa pahala bukan kiraan
Agama hanya hiasan nama
Khayalan bukan lagi impian
Realiti kini bukan lagi kenyataan.
Roziana binti Rahim
Pernah diterbitkan di dalam Media-MPPM Edisi 5, 2000
Pernah jua dideklamasikan di Ruangan Sastera dan Budaya Radio RTM Melaka

SRIKANDI ILMU ITU(KOLEKSI PUISI)-2000

0 comments


Srikandi ilmu itu
dirinya gah didepan
nakhoda pelayaran kehidupan
mengepelai pandu arah layar
mengepelai pandu arah kejayaan

Srikandi ilmu itu
tangannya menghayun buai
tangannya mengincang bumi
gegar alam, gepar dunia
tangan serikandi itu.

Srikandi ilmu itu
menjulang panji barisan hadapan
Panji!
panji bagi panji kebenaran
panji bagi panji kebesaran
atas nama Yang Maha Esa.

Srikandi ilmu itu
menarik tangan sikecil
memimpin kearah cahaya
memimpin ke arah ilmuan.

Srikandi ilmu itu
usah dipandang sebelah mata
usah disangkal dan diperkecilkan
ia, srikandi ilmu itu.

Roziana binti Rahim, 2000
Puisi ini pernah diterbitkan dalam Media, MPPM Edisi 6/00
Pernah jua saya deklamasikan di Ruangan Sastera dan Budaya Radio RTM Melaka.

Friday, May 28, 2010

HARAPAN BANGSA..NEGARA DAN AGAMA

0 comments
Inilah wajah - wajah calon harapan sekolah...semuanya ada 29 ornag..sorang tak dapat masukkan sebab dah setup ngam-ngam gini.Kalau dilihat pada wajah satu persatu...terselit sebuah harapan..impian..dan cita-cita yang tinggi.Harapan ibu bapa apatah lagi..Saya sebagai Guru Matematik amat mengharapkan agar mereka memperolehi semua A dalam semua subjek. Setakat ni bagi matematik masalah mereka adalah pada kertas 1 yang mempunyai 40 soalan objektif. Soalan - soalan penyelesaian masalah matematik menjadi masalah utama mereka. Bagi Kertas 2 saya dah tak begitu risau kerana rata - rata mereka telah mampu dan menguasai kemahiran menjawab kertas 2. Cuma pemantauan masih perlu dibuat dan dilakukan supaya mereka tidak lari daripada skema menjawab kertas 2. Saya dan juga pelajar berusaha mencari kaedah dan teknik yang termudah bagi menyelesaikan masalah matematik. Banyak juga kaedah yang kami temui dalam satu sesi pencarian kaedah di internet terutama Youtube yang dapat diaplikasikan dan diadaptasikan dalam p&p matematik. Harapan yang saya sandarkan amatlah tinggi kerana dari kalangan mereka ini bukanlah sesiapa..malah ada sepupu sepapat dan anak saudara saya sendiri..Semoga UPSR 2010 menjanjikan pencapaian yang cemerlang buat mereka.

BTN(BIRO TATANEGARA VS PENGORBANAN)

0 comments
Aku dapat surat kena pergi berkursus BTN di Kem Bumi Jati, Kebun Bharu, Shah Alam..dari 3 - 7hb Jun 2010..Aku memang dah beli complete barang-barang..Baju kurung putih..kain hitam bagai..siap dah pesan pada PK 1 aku suruh buat relief kelas aku. Kesan daripada rawatan yang aku terima tempoh hari...doc suruh aku datang check-up kat Metro Banting next week..minggu yang sama aku kena pergi BTN..masa aku gi buat follow up pasal darah kuar banyak tu..doc kata cycle piriod aku dah jadi baru..so doc kasi aku clomid dan hubby antibiotik..Bila aku kira-kira hari..sepanjang aku berada di BTN tu adalah minggu kesuburan.So, rugilah aku makan clomid tapi x jalan. So aku decide...sesuatu perlu dikorbankan.Biarlah aku tak dapat naik gaji, manalah tau ada rezeki lain menunggu. Aku harap pengorbanan ini berbaloi-baloi...

Thursday, May 27, 2010

FILEM VS NOVEL LAGENDA BUDAK SETAN

0 comments
ini cover depan Novel Lagenda Budak Setan...Novel ini telah diadaptasikan ke Layar Perak...Pelakon Utama Farid Kamil dan Lisa Surihani...aku tak habis lagi baca novel ni..yerlah...busy walaupun dah habis belajar..baru baca xsampai separuh..jalan cerita dan penggunaan bahasanya memang baik..berbeza dengan Novel Ahadiat Akasha yang lain...Novel ni bersiri sebenarnya...kisahnya tentang bagaimana seorang yang begitu anti-perempuan berubah dan bertukar pendirian serta pegangan kepada seorang yang begitu mencintai...memang bestlah...dia lebih sanggup diperli oleh rakan-rakan. Namun cintanya tetap tak berubah...yang lain2 tak tau..sebab xhabis baca lagi...nengok iklan cerita ni di tv rasa macam nak pi nengok jer kat wayang...hubby nak bawak ke???

PERTANDINGAN NYANYIAN-PELAJARAN MUZIK

0 comments



Semalam: Rabu,26 Mei 2010..Pelajaran Muzik..aku buat Pertandingan Nyanyian Berkumpulan dan Single..Ada yang nyayi lagu sendiri..ada juga yang nyanyi lagu-lgu yang aku ajar...Siap request..cikgu nak main alat muzik sekali yerr...layazzz jerlah.....Sehingga sekarang aku masih keliru tak tahu nak pilih Group mana yang best..pasalnyerrrr semua tak best...Kalau masuk AF kiranya audition peringkat pertama dah out. Kalau masuk MENTOR lagilah..sure-sure Mas Idayu xterima...apa-apapun...berusahalah membaiki pitching..nampak gayanya alat muzik rentak lain..lagu bunyi lain...boleh korang bayangkan bunyinyerr..niler gamaknyerr bila cikgu Math kena ajar Muzik...

KISAH AKU

4 comments
22 Mei 2010, Sabtu, 11pagi, Metro Maternaty Klang...aku jumpa gynae untuk buat check - up prepair for iui....Perjalanan check up amatlah mudah sebabnya aku dah ada rekod di Metro Maternaty , Banting.Jumpa doc..doc scan ..nak tengok keadana rhaimm...doc kata rahim ok..normal...then doc kata nak buat check salur fallopio....masa doc masukkan salur dalam tu aku relax lagi..tak rasa apa....bila nurse start suntik air dalam tu..perut aku dah rasa perit...rasa macam air berkocak dalam telinga dan rasa air mengalir dalam badan...lepas buat tu aku relax lagi....steady jer...then aku kuar bilik tu dah rasa sakit dah...ngilu dan rasa macam kena pulas jer perut aku..rasanya macam aku keguguran kali pertama dulu..macam ada satu benda yang nak keluar dari dalam perut...then aku check breast cancer..semua result aku ok..tiba giliran suami aku kena buat sperm count..aku teman dia dalam tuh...apa kitaorng buat xyah citerlah...lepas kitoarnag selesai..turun bawah bayar...keluar jer dari Hospital tu...perut aku sakit sangat macam dipulas-pulas...badan aku sampai mengigil taha sakit..tuhan jer yang tahu..aku rasa nak nangis masa tu jugak...Bila sampai umah malam tu aku cakap kat hubby kenapa kita perlu lalui semua ni..kesakitan ini..tak tertanggung rasanya aku menahan kesakitan...orang lain nak mengandung tak perlu lalui semua ni..memang aku rasa sedih sungguh hari tu...

Wednesday, May 26, 2010

AYAT PENGGERAK

0 comments



DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;






Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

PENINGLAH WEIII

2 comments
WALLAWEI....pening kepala aku dengan blog ni.....dah lupalah weiii macammana nak edit....adehhhh..mana nak letak itu..ini....adehhh....aku nyer email laks cam cipan...bila aku nak register aper2 kata akunyer email invalidlah..aperlah..ngaderr kan..sajer jer tak menyebelahi akuuuu....

Tuesday, May 25, 2010

BLOG OH BLOG

0 comments

Adehhh...first buat blog guna friendster..then pernah buat blogspot..tapi dah lupa password...memang hampehh...nak buat macam mana ...urat dah banyak putus..kelupaanlah...internet yang lembab menyebabkan aku feed up jugak kadang-kadang...yerlah pakai berukband kan...actually..tqlah pada kawan2 yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam pembukaan blog ni..blog sekolah macam mana???hahahaha..mr ashaari..mu handlelah yerr..den dah der tempat lepak...

HADIAH HARI GURU AKU YANG BEST

0 comments



17 Mei 2010, Isnin, Sk Batu Laut..Terima Kasih kepada anak murid aku terutama kelas aku 4 Melati yang sudi beri hadiah tuk teachernya yang garang ini...walaupun aku ni macam singa dna sellau marah2 diorang tapi diorang still ingat pada aku...Hari Guru kali ini nampak hambar...tahlah aku dapat smabut lagi kat sekolah ni atau tidak yerlah...aku rasa macam nak pindah jer...tapi...aku sayang semua kawan - kawan aku...

ASTROLIFE BERSAMA GEMPAK MUSTIKA

0 comments

22 Mei 2010, Sabtu, 2.30petang, di Mines Wellness Hotel, KL. Terima kasihlah ASTRO sebab invite aku and hubby ke Program korng yang happening giler...Kepada Azrul yang jadi pengacara memang best giler..Tauke memang penyeri majlis..aku suka event nihh..next time jemput lagi yerrr..chayokkk..Kepada Dekna..Burn..Jihan..korang mang sporting...rasa terkilan tak dapat ambik gambar dengan Azza Elite dan Dekna.