Friday, May 28, 2010

HARAPAN BANGSA..NEGARA DAN AGAMA

Inilah wajah - wajah calon harapan sekolah...semuanya ada 29 ornag..sorang tak dapat masukkan sebab dah setup ngam-ngam gini.Kalau dilihat pada wajah satu persatu...terselit sebuah harapan..impian..dan cita-cita yang tinggi.Harapan ibu bapa apatah lagi..Saya sebagai Guru Matematik amat mengharapkan agar mereka memperolehi semua A dalam semua subjek. Setakat ni bagi matematik masalah mereka adalah pada kertas 1 yang mempunyai 40 soalan objektif. Soalan - soalan penyelesaian masalah matematik menjadi masalah utama mereka. Bagi Kertas 2 saya dah tak begitu risau kerana rata - rata mereka telah mampu dan menguasai kemahiran menjawab kertas 2. Cuma pemantauan masih perlu dibuat dan dilakukan supaya mereka tidak lari daripada skema menjawab kertas 2. Saya dan juga pelajar berusaha mencari kaedah dan teknik yang termudah bagi menyelesaikan masalah matematik. Banyak juga kaedah yang kami temui dalam satu sesi pencarian kaedah di internet terutama Youtube yang dapat diaplikasikan dan diadaptasikan dalam p&p matematik. Harapan yang saya sandarkan amatlah tinggi kerana dari kalangan mereka ini bukanlah sesiapa..malah ada sepupu sepapat dan anak saudara saya sendiri..Semoga UPSR 2010 menjanjikan pencapaian yang cemerlang buat mereka.

No comments: