Sunday, July 4, 2010

IUI STEP IS BEGAIN


Inilah dia ubat yang aku dapat semalam dan hari ini. Ubat yang pertama gambar dari kanan tu, itu asid folic(untuk sebulan), diikuti dengan ponstan(bagi mengurangkan darah)- doktor kasi aku ubat ni sebab darah haid aku keluar macam aku tumpah darah, next adalah metmofin(untuk bantu program ni berjaya), seterusnya adalah vitamin tambah darah. Selain ubat - ubatan ni...mulai hari ini aku kena suntik dengan dos ubat. harga satu dos ubat adalah rm170, oleh kerana 2 dos so semuanya adalah rm340 sekali injection.Injection ni akan diberi sebanyak 5 kali, hari ke-3(hari ini), hari ke-5(selasa) dan hari ke-7(khamis). Untuk ini aku perlu berbincang dengan pihak atasan untuk membenarkan aku keluar. Aku tak pastilah urusan aku dipermudahkan atau tidak. Manakala esok suami aku akan repeat sperm count untuk melihat kesan antibiotik yang doktor beri selama sebulan. Semalam apabila aku berjumpa doktor apabila mendegarkan injection, kos ubat serta mengenangkan kos-kos yang dah aku tangung, serta merta aku rasa sedih dan berdebar-debar. Bahkan hari ini memandu ke Metro Maternaty, Bantingpun air mata aku sempat bergenang. Manakan tidak, sebulan yang lalu aku berkorban untuk tidak ke BTN. Tetapi, rezeki tidak menyebelahi aku. Sebulan yang lalu je aku dah habis hampir 1K. Apa yang buat aku rasa sedih, aku terfikir sampai bila aku perlu lalui semua ini. Besar sungguh dugaan aku. Sementa orang diluar sana membuang sewenang-wenangnya.


9 comments:

rynas said...

ada hikmahnya semua ni..anggap sahaja ini dugaan Tuhan. Mgkin org lain dugaannya lain pula...

blackroses said...

tq rynas...saya cuma berharap hati saya tabah..dan sabar untuk lalui semua ini..tapi terlalu banyak yang telah saya lalui dan akan lalui pula selepas ini...

jaja said...

semoga urusan akak akan dipermudahkan selepas ini..n doa akak akan dimakbulkan olehNya...saya pun akan doakan akak moga zuriat yang ditunggu2 akan hadir dlm hidup akak n suami...aminnnn..Ya Allah moga urusan akak ku ini akan sentiasa diberkatiMu dan makbulkan lah permintaan mereka...amin ya rabbal alamin...

blackroses said...

Terima kasih jaja...terharu akak..dan akak sangat hargainya....buat masa sekrang ni sokongan mental dan fizikal amat perlu pada akak....doa jaja menguatkan lagi semangat akak..Allah sahaja yang dapat membalasnya

suzi said...

semoga smuenye di permudahkan oleh Nya..insyallah...

sbr ek ana,kami sentiasa mendoakan yg terbaik utk kwn2..

blackroses said...

tq suzi..doakan ana ekk...

@DeKm@Nj@ said...

semoga segala urusan kau akan dipermudahkan olehNya ogy ... harap segalanye akan berjalan dgn lancar ... berusaha dan tawakal sajalah dulu ogy ...

SHIMA said...

sabar ye kak...semua tu ujian dan dugaan yg perlu akak lalui..insyaallah,satu hari nnti pasti berjaya

blackroses said...

tqlah kawan2..actually iui tak dapat dijalankan sebab risiko yang besar kepada saya..tapi doktor menawarkan ivf dengan diskaun kepada saya