Showing posts with label HOME SWEET HOME. Show all posts
Showing posts with label HOME SWEET HOME. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

RUMAHKU DIMASUKI PENCURI

22 comments

Alahai tajuk entri ni menyedihkan. Hari ni kami suami siteri pergi kerja macam biasa. Hubby jam 6.30 dah keluar. Aku pulak jam 7.20bergerak ke sekolah. Balik sekolah aku singgah rumah mak yang dekat dengan sekolah. Makan tengahari di sana. Entah kenapa hari tu aku rasa nak bawak kereta laju-laju balik ke rumah. Suasana hati dari pagi rasa tak selesa. Sampai ke rumah aku bukak pagar dan mangga pagar macam biasa. Tapi yang buat aku pelik gril pintu renggang tapi mangga pintu elok je tergantung. dan tombol pintu telah tercabut dan pintu terkuak sedikit. Bederau darah aku. Sah, rumah aku kena pecah. Aku terus call en. ahbie, dan meminta dia pulang dengan segera. Sementara itu aku tak berani masuk ke dalam rumah dibimbangi pencuri masih ada di dalam rumah. So, aku tunggu jerlah dekat luar ka sampai ahbie balik. Tak boleh nak berpikir aku terus telefon 999 melaporkan kejadian yang berlaku. Sejurus kemudian en ahbie pulang dan jiran tetangga semua datang ke rumah kami. Polis dari Ibu Pejabat Polis Banting juga datang.

APA YANG HILANG ?
TV Plasma kami
Mini Lappy aku.
Kasut badminton ahbie
Duit aku dalam tabung...
kamera olympus

BAGAIMANA KEADAAN DIDALAM RUMAH?
Berselerak teruk terutama di bilik tidur, semua pakaian diselerakkan.

TINDAKAN POLIS?
Mengambil gambar dan kesan cap jari yang ada di merata-rata tempat

PERASAAN AKU?
Sedihlah wei..tapi tak nangis..terkedu dan kelu seribu bahasa..

mujurnyalah kan..en ahbie bawak lappy dia pergi kerja hari ni...lappy aku plak tinggal kat rumah...kalau tak dua-dua selamat. yang buat aku terkilan mereka selerakkan al-quran dan surah yassin dan juga air yassin..hei setan..ko langkah air yassin aku..patah riuk kaki ko nanti...ko tengoklah..kena langgar dengan kereta..

*TERIMA KASIH KEPADA JIRAN TETANGGA DAN KEPADA RAKAN SETUGAS EN.AMINUDDIN SARMIRAN, merangkap Naib Pengerusi Kelab Guru yang beberapa kali datang ke rumah kami memberi sokongan..jasamu dikenang.