Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

TIPS ELAK PERAGUT

6 comments


Caught this with my in-car video survillance camera on 27th March 2011. The culprits, usually a motorcyclist and a pillion rider, tail the driver and smash the car window to snatch items placed inside the car. The attacks are usually launched when the car is stationary by the road side or at traffic light junctions. Ladies, armor your windows please. (NOTA INDIVIDU YANG MERAKAM AKSI INI )

Assalam..aktiviti kokurikulum petang tadi...bagi kelab pencegahan jenayah adalah melihat video ragut dan menyenaraikan perkara yang perlu dielakkan dari diragut..

Perkara yang perlu dilakukan untuk mengelakkan diragut seperti video di atas:

1) Jangan letak beg tangan di atas peha anda terutamanya di bahagian hadapan.
2) Sekiranya anda yang memandu, jangan sesekali letak beg tangan di atas tempat duduk penumpang.
3) Pasang cermin tingkap kereta kalis pecah. (kos agak mahal)
4) Jangan guna beg tangan, banyak lagi alternatif lain seperti purse yang lebih kecil dan mudah disimpan.
5) Kalau nak guna beg tangan juga, sila letak di bahagian letak kaki penumpang dan boleh guna kain untuk tutup beg tangan tersebut supaya tidak dapat dilihat. Atau boleh juga simpan di dalam bonet kereta.

p/s: beg tangan = barang berharga (laptop, handphone dan sebagainya)

sumber :EZANY

Thursday, June 2, 2011

TIPS PEMILIHAN BENTUK BINGKAI CERMIN MATA

28 comments


Assalam...gambar diatas ni model cermin mata tak berbayar..hehehe..ni adlaah koleksi cermin mata kegmaran saya...sebelum-sebelum ni beli cermin mata belasah je..apa tak..masa proses pemilihan bingkai mata bukan nampak..rabun gilerr...kelabu jer...tengok dekat-dekat bulau pulak biji mata..so..bila dah siap..ooo macam ni rupanya bingkai aku pilih tu..wakakakka..sebenarnya ada tips tau..kalau nak try bingkai baru pakailah contact lense..so kita boleh nampak bentuk bingkai tu dengan jelas...ok yang di bawah ni pula tips bagaiman kita nak pilih bentuk bingkai yang sesuai dengan bentuk muka kita..jom baca...harap membantu..ni saya ambik dari blog kristaloptometris

Link

Bagi mereka yang bentuk muka petak.

Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya….

Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.

Bagi mereka yang bentuk muka bujur sirih.

Dikategorikan sebagai bentuk yang sangat ideal disebabkan nisbah keluasan yang menarik. Kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.

Bingkai cermin mata yang sesuai: Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.

Bagi mereka yang bentuk muka Oblong.

Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.

Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
  • Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.

Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.

Bagi mereka yang bentuk muka Bulat.

Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.

Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
  • Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
  • Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..

Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.

Bagi mereka yang bentuk muka Diamond (Berlian).

Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.

Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
  • Frameless adalah pilihan yang sesuai.
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.

Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).

Bagi mereka yang bentuk muka heart (Hati).

Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.

Bingkai cermin mata yang sesuai:

  • Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.

Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.

Bagi mereka yang bentuk muka segi tiga.

Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.

Bingkai cermin mata yang sesuai:

Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.

Rujukan :kristaloptometris