Showing posts with label SANA-SINI. Show all posts
Showing posts with label SANA-SINI. Show all posts

Monday, May 30, 2011

ALL WHITE

0 comments
gambar diatas ni gambar saya dan anak kawan-kawan..tak ada anak sendiri kan..ambiklah gambar dengan anak orang...comel-comel diornag ni kan...especially birthday girl yang pakai baju ada reben pink tu...comell sangat.
Semalam dapat jemputan majlis harijadi sahabat saya..Nurazza Abdullah yang meraikan ulangtahun harijadi anaknya Aleesa yang kedua. Warna tema hari itu adalah warna putih. Daha agak lama rasanya aku tak pakai warna putih..bukan apa badan dah besar..for sure akan nampak lebih besar kan dalam putih. Seronok jumpa kawan- kawan. Dah lama tak gathering. Dalam masa yang sama dok teringat juga rakan-rakan blogger yang turut sama gathering. Nak cerita dari Banting ke Bukit Antarabangsa tak sesat ..tapi dah sampai kawasan Oakleaf pulak sesat. Kalau ikut event buat di Cafe D'jumpa Oakleaf Resort. Masa tu kami tak sampai laki resort tu..tanyalah pada security di Oakleaf kondo....dia kata cafe tu kat situ. Memang banyak misscomunication time tu..Kebetulannya di kondo itu memang ada cafe..tapi bukanlah cafe d'jumpa..akhirnya setelah beberapa kali menghubungi rakan saya..akhirnya kami sampai juga...memang agak penat juga berjalan mencari lokasi dari satu kondo ke satu kondo...woweee...kuranglah sikit lemak...nasib hubby tak 'mengamuk' marah...aduyai..bukan nak salahkan security..tapi dia sepatutnya tahulah asas kawasan tu kalau kita tanya..ni dia yang iakan cafe tu disitu...huhuhuhu...

Tuesday, May 3, 2011

A DAY WITHOUT LAPPY OR FACEBOKING

0 comments
Assalamualaikum....

Kadang-kadang aku rasa lappy dan facebook telah mencipta satu dinding lutsinar antara 'kami'. So tadi sedang baring-baring , santai-santai depan tv...sajerlah kan...cakap dengan en.ahbie, macammana kalau setiap malam Jumaat kita luangkan masa berjemaah di Masjid..dah lama nak kenal-kenal orang sini. since pindah ke tempat orang ni. Memanglah bumi asing ini tidak asing buat kami. Tapi rasanya kita perlu bersosial dan bermasyarakat sekali sekala kan.Dah lama aku suarakan perkara ini. Rasanya amatlah cetek ilmu agama ini, nak jugak dengar ceramah agama. Banyak perkara yang masih aku tidak tahu dan sesetengah perkara tidak boleh dipandang ringan dan enteng sahaja. Balik dari sembahyang jemaah bolehlah sama-sam bersantai..tanpa membuka laptop apalagi facebook. Kelekaan ini yang kadangkala menjadikan kita seorang pengabai akhirat. Leka dengan kelekaan yang dicipta sendiri. Lalu bagaimana kelekaan itu perlu diminamakan semuanya terletak di tangan kita. Teringin berborak-borak dengan hubby..bercerita soal kerja, masa hadapan..impian..En. Ahbie tidak memberikan jawapan. Lalu aku tinggalakn dia di d epan televisyen untuk memikirkan sejenak perkara ini.

Monday, May 2, 2011

HANGOUT WITH JAJA AND MIESYHA

2 comments



Assalam...sekian lama aku nak campak any issue dalam blog..tergerak hati nak menaip. Yes,kali ni hangout dengan jaja.Masih ingat lagi waktu aku melawatnya berstokin dan berbaju sejuk, miesyha pula ketika itu masih berbedung dan pergerakannya agak terbatas dan minima. Kali ini, hambik..miesyha dan kenal orang..baru pegang kejap dia dah pusing-pusing tak selesa akhirnya nangis. Memang syok dapat pegang baby..lagi-lagi sesedap mieshya. Lepak-lepak kejap di pantai sambil santai-santai melihat stroller yang 'kami' hadiahkan kepada jaja berwarna oren, menikmati sepoi-sepoi angin pantai morib, nyaman sekali. En. Hubby dengan En Apad tak tahulah apa yang dibualkan. Langkah kami lanjutkan ke kedai makan untuk menikmati minum petang. En Hubby memesan satay dan saya kentang goreng serta cendol. Pertemuan yang sesingkat itu dapatlah melepaskan rindu dengan bambam miesyha. Tapi lepas tu dia tidur...setelah dapat habuannya. Takperlah..lenkali kita berjumpa lagi yer miesyha

Thursday, August 12, 2010

PANTAI MORIB HARI INI..

0 comments


Assalamualaikum semua....lama juga tidak bersiaran. Terus kepada tajuk..inilah wajah Pantai Morib yang terbaru. Walau banyak kutukan dan cercaan tentangnya...namun aku sebagai warga Kuala Langat berbangga, Morib satu- satunya Pusat Rekreasi yang ada disini mampu menarik pengunjung serta pelancong ke sini. Kepada mereka yang belum sampai disini marilah datang berkunjung menikmati pemandangan yang amat indah sekali terutama pada waktu matahari terbenam..memang cantik suasananya.Selain trek- trek di bina cantik, malah taman permainan juga begitu selesa dan juga info- info berguna kepada semua pengunjung. Replika hasil laut juga begitu menarik sekali.


Tuesday, June 22, 2010

KONVOKESYEN KE-8 OPEN U-BACHELOR EDU IN MATH

5 comments

Akhirnya aku bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dalam Matematik dengan Kepujian. Perjuangan selama 4 Tahun terbalas jua. Daripada berstatus Bujang sehinggalah berkahwin. Terlalu banyak kisah pahit dan manis sepanjang bergelar pelajar. Begitu banyak juga perkara yang telah dan perlu dikorbankan sepanjang pengajian. Berbeza sekali dengan belajar sepenuh masa dahulu ketika mengambil Diploma di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, masa waktu dan fokus hanya kepada belajar. Mengambil pengajian secara jarak jauh menuntut pengorbanan yang amat besar. Malah pada awal 2006, ketika itu aku ditawarkan 2 pengajian yang berbeza serentak. 1 secara sepenuh masa dan bergaji separuh manakala 1 lagi separuh masa. Tahun pertama pengajian aku bergelut dengan persiapan perkahwinan. Tahun kedua pula abang yang sulung sakit dan rutin bertukar hospital, rumah, kuliah, sekolah. Tahun ketiga aku begitu stress dengan siri- siri keguguran yang aku alami sehingga aku gagal satu paper dan perlu mengulang. Syukur, Allah membantu aku. aku lulus. Tahun keempat tahun akhir memang sangat stress apabila perlu menyiapkan projek kajian. Memang sedih apabila konvo kali ini arwah abang dan arwah ayah tak ada. Menahan perasaan adalah sesuatu yang amat sukar untuk aku sepanjang konvo ini. Yang pasti aku telah menunaikan impian arwah ayah untuk melihat aku mengengam segulung ijazah. Memang aku sangat rindukan saat belajar. Setelah aku confirm dalam DG41..aku bercadang untuk menyambung pangajian aku ke peringkat Master. Semoga dipermudahkan olehnya..AMINNNN


Sunday, June 20, 2010

I-CITY SHAH ALAM

2 comments
Inilah dia pemandangan di I-City, Shah Alam..cantik kan? anda tak berminat ke nak pergi menjengah. memang berpuas hatilah. Untuk ke sana anda kena melalui Federal Highway dan mengambil jalan ke arah Jaya Jusco Bukit Raja. Aku cadangkan kalau korang nak pergi, pergilah hari kerja. Aku pergi malam tadi malam weekend..faham-faham sahajalah. Kereta bersusun macam nak pergi tengok artis je. Dengan jalan yang mengalami kesesakan lalulintas..semua menuju ke arah yang sama...iaitu I-City. I-City ini adalah di bawah projek MSC Malaysia. Memang cantik apabila lampu-lampu kecil dibentuk menjadi pokok, binatang dan pelbagai irama lampu dapat dilihat. Nak pergi sana, parking jangan risau, banyak tempat yang disediakan. Selain lampu-lampu menarik dan pelbagai warna terdapat juga gerai-gerai jualan yang menawarkan pelbagai jenis menu. Kebetulan semasa berjalan-jalan di gerai makanan aku terlihat satah..yang mana hanya boleh ditemui di Pahang. So, aku belilah. Aku cadangkan anda bawalah keluarga ke sana. Pasti puas hati. Tak lupa juga aku nak promote rumah salji dia. Memang cantiklah. Tapi awas, satu yang aku nak pesan, ketika di sana ada pengawal keselamatan. Mereka ni bukan setakat jaga trafik malah menjaga pokok-pokok berlampu ni, yang patutnya apabila kita pegang pokok tu sikit dia akan tiup wisel. Tak boleh ke datang elok-elok beritahu. For surelah malu muka ni. adusss



Friday, June 18, 2010

PERCUTIAN KELUARGA KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

0 comments
Salam semua..aku dan family dah selamat sampai petang semalam daripada Bukit Merah.Percutian kali ini aku bawa mak, kakak ipar, anak buah dna suami. Kami memilih untuk menginap di Suria Service Apartment memandangkan kami datang berlima. Bagi sesiapa yang ingin tahu kadar yang dikenakan di Hotel ini, di sini aku sertakan keratan rates yang diberi oelh pihak hotel untuk rujukan jika ada sesiapa yang nak pergi lepas ni ..


Untuk pengetahuan korang aku ambik yang 2 bedroom yang mana kadarnya adalah RM380 semalam. Kami menginap 3 hari 2 malam. Bilik pertama mak,kakak ipar dan anak buah aku. Manakala bilik kedua pula aku dan suami. Kemudahan dan kelengkapan semua memuaskan hati. Untuk Suria ni dia ada 2 apartment seperti yang tertera diatas. Cuma masa datang tu Laketown Service Apartment tu belum standby lagi. Kemudahan yang disediakan adalah seperti kolam renang, karaoke, gym, spa dan sebagainya.

Selesai bab hotel. Bab Taman Tema Bukit Merah pula. Taman tema di sana menawarkan beberapa perkhidmatan. Yang nampak macam kereta kabel tu namanya chairlift. Memang ngeri rasanya apabila kita melihat ke bawah. Dari atas kita akan melalui Waterpark(taman air). Nampak yang ada gambar suami aku tu, itu namanya Skycycle..Boleh senaman tangan beb. Yelah apa tak..orang kayuh pakai kaki..naik ni kena kayuh pakai tangan. Aku gilir2 hubby blah kanan..aku kayuh blah kiri..lenguh tangan seh.Bila sampai tang tinggi sikit memang penat. Ecopark, Waterpark, Pulau Orang Hutan memang kami tak pergi..kos bagi setiap tempat ni menjangkau rm25-rm50 seorang. Chairlift dan Skycycle ni rates dia antara rm5-rm6 sahaja. Masa jalan - jalan kat sana kami jumpa fishspa.Meman murah berbanding di JJ Bukit Tinggi. Di sini hanya RM10 sahaja dalam masa 15 minit.Bagi yang ada anak- anak..pergilah bercuti ke sana. Sure puas hati sebab one stop centre. Kalau nak murah ambik pakej combo, murah sikitlah berbanding kita bayar satu- satu nak masuk. Soal makan, di Taman Tema ni makanan memang kureng skit. Kami makan depan tol. Puas hati dan murah.



Sunday, June 13, 2010

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

0 comments

Melihatkan pada map Bukit Merah laketown Resort ni macam best kan. Rasa tak sabar nak pergi sana. Percutian kali ini agak berlainan, biasanya percutian kami lebih berkonsep bulan madu sebab kami pergi berdua. Bulan madu pertama kami ke Bukit Tinggi...Tahun kedua perkahwinan kami ke Genting Highland..Tahun lepas ke Cameron Highland. Kali ini agak berlainan sebab kami bawa mak dan kakak ipar bersama beserta anaknya yang berumur 9 tahun. Sebelum kematian abang yang sulung kami rancang nak bercuti, memang agak menyedihkan hasrat tersebut tidak tertunai. Masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku akan kata-kata terakhir arwah abang yang mengatakan dia hendak pergi berjalan jauh. Kami sangkakan berjalan jauh tu pergi bercuti.rupanya transit ke alam barkah.Percutian kali ini juga bukan setakat percutian sahaja, kami akan melawat sepupu yang sedang terlantar sakit di Hospital Taiping. Binggung bila memikirkan semua anak sulung dalam setiap keluarga sakit dan arwah abang aku yang pertama sekali pergi. Inilah penyakit keturunan kami kencing manis sakitnya yang sama sepupu aku hidapi. Berbeza dengan arwah abang yang meninggal kerana menderita kanser usus pada awalnya yang lama kelamaan melarat ke kanser perut dan sebagainya. Apa-apapun doakan keselamatan perjalanan kami ke sana dan dapat release tension..AMINNN

Tuesday, June 8, 2010

RONGGENG TIME

0 comments


Hah..selalu aku kelaur ronggeng dengan kawan-kawan kan atau dengan hubby. Hari ni aku bawak mak dan anak buah aku...Tengah jalan-jalan kat JJ..ekali nampak offer kasut...so aku rembat 3 pasang....gilos kan..mana taknyer..sepasang cuma rm18...rugi woo tak beli....Selain objektif utama nak belikan hadiah harijadi hubby...




Aku memang blurr dan tak tau nak beli hadiah aperr..so aku decide belikan cd PS3 untuk hubby...ok what...2 ni jer dah RM...++.Pastu cd ni latest punyerr..Sebab laki aku suka bola aku belilah cd bola....

Masa dok jalan-jalan kat JJ tu aku dapat sms pasal anak sorang kakitangan sekolah aku masuk ICU di HTAR, Klang.So aku decide pergi sana.Memang kesian melihatkan keadaannya terlantar dan bergantung dengan mesin-mesin serta wayar-wayar. Bila aku bertanyakan keadaannya dan punca..kata nurse yang menjaga di situ...suspect demam denggi ataupun kencing tikus..Terus aku teringat akan kisah Arwah Din Beramboi. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan anak rakan setugas aku ini yang juga merangkap ustazah aku dulu...AMINNN

Monday, June 7, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BUAH SUAMI

0 comments

Majlis ni berlangsung semalam di Kediaman Kakak Ipar aku di Kanchong Darat...15 dulang dibalas dengan 11 dulang daripada lelaki. Aku dapat tanggungjawab untuk buat sireh junjung..ramai juga tetamu yang datang dari rombongan piak lelaki..anggaran dalam lebih kurnag 40 orang.Majlis berjalan dnegan lancar.Tema warna hijau dan putih....ada sorang budak ni umur setahun lebih..aku tengah dok keluarkan kamera dia dah berdiri possing depan aku..apalagi snaplah gambar dia yang cute lagi comel tu..anak buah aku plak si iman tak tahu duduk diam sebab dah pandai merangkak..satu rumah dirayaunyerr... lepas ni tinggal tunggu majlisnya sahaja.tempoh yang diberi setahun setengah...anak buah suami ni kerja kat MAIS(Majlis Agama Islam Selangor)

Saturday, June 5, 2010

RONGENG WITH YANNA...

5 comments


Sedang boring-boring tiba-tiba mesejku berbunyi...daripada Puan Yanna rupernyer...emidiately aku ajak dia ronggeng kat JayaJusco Bukit Tinggi...mula-mula kami pi makan Kenny Rogers....dah kenyang kami pi Fish Spa...hehehehhehe...nak gak rasa macammana yang yanna cerita kaki kena jilat dengan ikan...mak aihhh..mula-mula celup kaki aku dah gelak-gelak..tak tahan geli...adalah dalam 10-15 minit aku asyik gelak jer..sebab geli...lama-lama geli tu tukar jadi best dan rasa macam ada caj elektrik jer kat kaki aku...Memang menarik pengalaman ni...lepas kami habis 30minit kat situ....turun ke level bawah..yanna kata aku ada letrik..WAHHH..aku dah jadi elektrik women lah plak...pastu kami pergi APT...wash+blow+iron....syok giler kepenatan rasa nak tidur jer kena urut kepala..yanna plak boring tunggu turn...camnilah dia time boring...


sian ko yanna.....adehhh..rupernyer salah masuk pintu ek..hahahhaha...tapi memang syiokk lah hari ni...lagi-lagi dapat makan jambu batu best....terima kasihlah pada yanna sebab sudi temankan aku hari ni..seharian betul kat JJ...dari kul 11lebih sampai 6lebih aku sampai umah....wahhhh...gilos tul

Tuesday, May 25, 2010

ASTROLIFE BERSAMA GEMPAK MUSTIKA

0 comments

22 Mei 2010, Sabtu, 2.30petang, di Mines Wellness Hotel, KL. Terima kasihlah ASTRO sebab invite aku and hubby ke Program korng yang happening giler...Kepada Azrul yang jadi pengacara memang best giler..Tauke memang penyeri majlis..aku suka event nihh..next time jemput lagi yerrr..chayokkk..Kepada Dekna..Burn..Jihan..korang mang sporting...rasa terkilan tak dapat ambik gambar dengan Azza Elite dan Dekna.