Showing posts with label SEGMEN. Show all posts
Showing posts with label SEGMEN. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

SEGMEN:" Bang , jom g jalan jalan "

17 comments

Assalam..ni segmen kedua Ben Ashaari aku join..siapa nak join sila KLIK SINI
  1. Letak banner BEN ASHAARI BLOG
  2. Tajuk : " Bang , jom g jalan jalan " dan linkkan ke entri ini (bagi yang tak camana nak buat , tengok contoh rakan rakan yang dah buat dan hantar )


Saturday, June 18, 2011

SEGMEN : Bila Rindu...............

6 comments

Assalam..masa tengah jalan-jalan blogwalking ke blog PENDAMBAMAWAR..so saya terjumpa segmen dari EZZAHSAMSUDIN..

Bila rindu jemariku akan laju berlagu di papan keyboard. melakarkan aksara-aksara kerinduan..seperti puisi di bawah ini yang ku untaikan khusus buat suami tercinta apabila pertama kali sepanjang kami berkahwin dia diarahkan berkursus...

Sayangku...
tidak pernah tergambar hidupku
walau sedetik tanpamu
tingkah tak keruan
lagu tak beralun
sendu tak berteman.

Sayangku....
tak pernah terlintas di sudut kerinduan ini
ada hari tanpamu
ada hari hening bertamu
ada hari awan mendung berteduh
sepi dan kosong

Sayangku...
sungguh aku ..
tak terjangkau akalku
jika kau pergi sebelumku


Dan syaratnya pula.. Sila baca di bawah yer :

Letak header eza dan buat satu entry pasal SEGMEN: Bila Rindu ..
Postkan link kat ruangan komen ..
Jangan lupa follow eza.. Boleh ker camtuh ?? .. Follow laa senang sebab eza update dari blog eza sahaja...
Tag laa kat sapa2.. Paling min pun seorang.. Pastikan dia tahu yer..
Jangan lupa like post eza nie yer... TQ ..
Tarikh tutup 19/7/2011 ..
Segmen nie akan terbatal kalau kurang dari 8 orang yang join.. So, invite laa ramai2 yer... Lagi ramai, lagi meriah ...

Pasal hadiahnya pula... Eza masih mencari hadiah yang sesuai... Mungkin dalam linkungan RM100 atau lebih.. InsyaAllah ..

" BLOG WALKING BESAR-BESARAN !! "

9 comments

JOIN SEGMEN LAGI....
Kali ni join zippo punya pulak...
nak cerita sikittentang kekuatan blog saya..saya suka bahasa. penulisna puisi. Puisi ni macam dah jadi makanan saya. Tapi kalau saya nak tulis puisi je semata mesti ornag boring kan..so saya pelbagaikanlah penulisan dalam blog ni.

bagi yang nak join sagmen ni sila ikut panduan dibawah:-

nak join KLIK SINI
  1. Tajuk: " BLOG WALKING BESAR-BESARAN !! "
2. Copy and Paste Gambar ini di dalam Entri anda :


3. Letak Link Entri Zippo ni didalam entri anda.
4. Ceritakan serba sedikit kekuatan Blog anda...maksudnya anda pakar dalam Entri jenis macam mana?? KIRA MACAM MEMPROMOSIKAN BLOG KORANG LE NI HA
5. kalo dah siap dropkan link Entri tersebut di komen Entri Zippo ni....
6. Nak Tag Follower-follower anda yang lain pun boleh gak lagi besttttttttt..
7. Dan sesiapa yang belum Follow Zippo..kene la Follow yek..senang nak tgk Update sagmen ni muah muah

--Zippo akan senaraikan List peserta-perserta yang join sagment ni DAN selepas itu akan berlakulah aktiviti Blog Walking besar-besaran...di Ulangi, Blog Walking Besar-besaran--

Wednesday, May 18, 2011

KAMPUNGKU INDAH

6 comments
gambar atas ni bukan gambar kampung aku ek..ni gambar kampung penganjur segmen..syafik
NI SECOND TIME AKU JOIN SEGMEN..FIRST TIME ANJURAN BEN ASHAARI..KALI NI SYAFIK CHOCOLATE PULAK..


SYAFIK TANYA : Apa nama kampung korang
?
Kampung Batu Laut

SYAFIK TANYA :Apa yang menarik pada kampung korang tuh?

For surelah sebab ada pantai yang cantik


SYAFIK KATA :kalau ada gambar pemandangan kampung korang lagi baik

(ni gambar ehsan daripada facebook yang diambil oleh photografi profesional)

(ini gambar ehsan daripada sifu photo saya..en azam photgraphy)

kedua-dua gambar diatas ni memang real gambar pantai dikampung saya...tak snagka nampak cantik...lagi-lagi gambar diambil oleh pro pulak tu
d)apa pengalaman manis semasa korang di kampung korang
pengalaman manis jatuh pokok rambutan..ekekekke..eksiden naik motosikal masa corner lipat..ekekek

5. lepas tuh kalau korang rajin , korang tag lah 3 nama blogger lagi . kalau tak nak buat udah (aku tak memaksa) .
kak najwa,penulis senja, nisa

Saturday, May 14, 2011

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

14 comments

BEN ASHAARI UCAP SELAMAT HARI GURU

Assalam..tq abang ben sebab buat segmen ni. best sangat dan terharu...disini saya perincikan sejarah akademik saya :

Sekolah Rendah : SK Batu Laut(1988-1993)
Sekolah Menengah :SMK Batu Laut(1994-1998)
Maktab : Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
(Diploma Perguruan Malaysia Pengajian Matematik dan Pengajian Melayu)(1999-2002)
Universiti :Open Universiti Malaysia
(Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dalam Matematik dengan kepujian) (2006-2009)

Guru yang masih saya ingat banyak, nak tahu kenapa? sebabnya saya mengajar di sekolah rendah yang mana saya bersekolah dahulu...hampir separuh cikgu saya masih lagi mengajar disitu...dan yang buat saya ingat pada mereka :

Cikgu Azmi : Guru kelas saya tahun 3 dan 5...dia suka rotan kalau tak hafal sifir
Cikgu Azizah : Dia bercinta dan berkahwin dengan Cikgu saya juga Cikgu Roslan
Cikgu Norsiah : Guru yang paling banyak berjasa memperkenalkan abjad A,B,C dan 1,2,3..


Sedikit kenangan saya sebagai seorang guru. Nak cerita semua macam banyak kan. Kita ambik yang terkesan dihati sahajalah ye..Mengajar Matematik, subjek yang budak memang tak suka adalah suatu tanggungjawab yang berat. Saya pernah halau budak keluar dari kelas kerana dayatumpu yang kurnag dalam kelas dan leka benda lain.Halau sebab dia tak mahu belajar, bila tak belajar dia tak lulus. Kesannya..daripada matematik dapat E...UPSR dia lulus matematik. Pengalaman lain, mengajar di sekolah kampung, budak- budak rajin beri kita makanan /buah-buahan. pernah ada yang bawakkan buah durian ke sekolah. Apalagi meradak-radak(kata orang melaka) satu sekolah. Paling best hari gurulah..for sure hadiah banyak kan. Alhamdullillah walau kita marah, maki dia..mereka ingat kita dan paling buat kita sayu hati..bila budak-budak yang kita ajar berjaya menjadi insan yang berguna. Pelajar-pelajar kelas hujung biasanya akan lebih ingat dan mengenang jasa guru berbanding yang pandai. Nampak sahaja cikgu diluar mesti mereka tegur dan menyapa.