Showing posts with label FERTALITY. Show all posts
Showing posts with label FERTALITY. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

KURNIAAN SEMENTARA

4 comments

As-salam...

Lama saya mengumpul kekuatan untuk mencoretkan kisah duka ini dan agak lama juga untuk saya pulih dari kelukaan ini. Percayalah. Sedari saya mempunyai kekuatan untuk menaip abjad-abjad yang tak bersalah ini, saya telah mula bangkit dari kisah luka itu...3 FEB takkan saya lupa..hari dimana saya kehilangan 2 sekaligus janin-janin saya...semoga mereka menanti saya di syurga..aminnn

Memang suatu pengalaman yang indah apabila seminggu selepas menjalani suatu rawatan keputusan hcg menunjukkan saya hamil dan lebih menggembirakan lagi doktor mengatakan ianya kembar..tak pasti kembar 2 atau 3. Lebih gembira lagi melihat upt yang positif.Bayangkan sepanjang tempoh perkahwinan...saya pernah hamil 3 kali...biasanya kandungan telah berusia 2 bulan baru saya dapat melihat 2 line ini dengan jelas. Sudah pastilah kali ini sangat jelas kerana kandungan lebih dari satu. Kita akan berkongsi pengalaman ini dengan orang yang paling rapat dengan kita kan.Pada awalnya saya tak mahu announce kepada kawan-kawan. Tahu apa yang terdetik di hati ini. Kalaulah kandungan ini tidak kekal lama..saya belum sempat berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan. Tak mengapalah jika ianya hanya sementara....Saya tak sangka rasa hati saya ini benar. .Ada kisah lain di sebalik ini....Dari jam 6 saya bleeding...jam 7.30 baru suami bawa saya ke hospital, sedih. dalam keadaan yang kelam kabut..faham2 jerlah..semua main redah...Tak tahulah apa yang ada di fikiran dia.Jika saya..saya akan tinggalkan apa sahaja yang saya tengah buat dan pergi terus tanpa perlu menukar pakaian. Sampai sahaja di hospital saya menuju ke toilet dan melihat ada darah beku jatuh ke dalam mangkuk tandas. Doktor mengulangi upt...ketika saya masuk ke toilet kali kedua untuk menjalani upt....seketul benda dengan bunyi plop jatuh ke dalam lubang tandas. Saya amat pasti ianya janin. Dalam perjalanan pulang saya merasakan darah mengalir semakin deras...keluar sahaja kereta untuk masuk kedalam rumah..darah telah mula meleleh sehingga ke kaki dan menitik dilantai luar rumah. Masuk sahaja ke toilet saya menjumpai satu lagi janin terkulai kaku dengan rasa yang masih panas pada panty liner. Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan ketika itu.

Baru-baru ini doktor mendapati di dalam scan terdapat ketulan darah beku..manakala upt saya telah bertukar menjadi negatif.Menunggu appoiment doktor esok..ibarat menunggu keputusan ke tali gantung...Teringat akan kata seorang kawan kerana membandingkan saya dengan seorang rakan yang lain. Pernah ke dia menyelami selama 4 tahun ini apa yang saya lalui. Siri keguguran 3 kandungan saya. Kehilangan kandungan dan sebagainya. Bukan minta simpati. Nah hari ini di tambah dengan kehilangan kembar lagi. Allah memang tidak memilih dia..sebab dia tidak mampu..jika terjadi kepada dirinya pasti dia jatuh terduduk. Ini bukan soal menyalahkan sesiap..saya terima takdir ini.Cuma saya suka mengkaji...dan membuat penambahbaikkan kepada apa yang kita lalui. ..Biarlah kita memilih kawan...asalkan kita bahagia dan pesan seorang teman...kawan boleh dicari..tetapi anak......pergi tak kembali..


aku redha dengan takdir yang menguji keimananku ini...




Sunday, July 4, 2010

IUI STEP IS BEGAIN

9 comments

Inilah dia ubat yang aku dapat semalam dan hari ini. Ubat yang pertama gambar dari kanan tu, itu asid folic(untuk sebulan), diikuti dengan ponstan(bagi mengurangkan darah)- doktor kasi aku ubat ni sebab darah haid aku keluar macam aku tumpah darah, next adalah metmofin(untuk bantu program ni berjaya), seterusnya adalah vitamin tambah darah. Selain ubat - ubatan ni...mulai hari ini aku kena suntik dengan dos ubat. harga satu dos ubat adalah rm170, oleh kerana 2 dos so semuanya adalah rm340 sekali injection.Injection ni akan diberi sebanyak 5 kali, hari ke-3(hari ini), hari ke-5(selasa) dan hari ke-7(khamis). Untuk ini aku perlu berbincang dengan pihak atasan untuk membenarkan aku keluar. Aku tak pastilah urusan aku dipermudahkan atau tidak. Manakala esok suami aku akan repeat sperm count untuk melihat kesan antibiotik yang doktor beri selama sebulan. Semalam apabila aku berjumpa doktor apabila mendegarkan injection, kos ubat serta mengenangkan kos-kos yang dah aku tangung, serta merta aku rasa sedih dan berdebar-debar. Bahkan hari ini memandu ke Metro Maternaty, Bantingpun air mata aku sempat bergenang. Manakan tidak, sebulan yang lalu aku berkorban untuk tidak ke BTN. Tetapi, rezeki tidak menyebelahi aku. Sebulan yang lalu je aku dah habis hampir 1K. Apa yang buat aku rasa sedih, aku terfikir sampai bila aku perlu lalui semua ini. Besar sungguh dugaan aku. Sementa orang diluar sana membuang sewenang-wenangnya.


Monday, June 14, 2010

ANAK OH ANAK

5 comments

Tajuk anak itu sahaja telah membuatkan aku tersentuh. Yerlah..lagi 2 bulan usia perkahwinanku akan menjangkau 4 tahun. Dalam tempoh 4 tahun tu bermacam suka duka aku lalui...Seawal 3 bulan selepas kahwin aku telah dikhabarkan dengan berita kehamilanku..kala itu perasaan siapa yang tidak teruja..gembira dan suka..yerlah sebulan sebelum itu kami suami isteri pergi berjumpa doktor untuk memastikan punca aku tidak mengandung lagi..Memang indah saat itu. Rasanya dunia bagai dimiliki seketika.
Dalam tempoh kehamilan itu pelbagai dugaan yang aku hadapi.Mana taknya pada ketika yang sama aku hamil aku sedang mengambil PJJ.Setiap hujung minggu aku perlu memandu sejauh 1 jam setengah perjalanan. Pada waktu itu subjek yang aku ambil tidak begitu berat.Disekolah pula akan diberi tanggungjawab yang berat dengan memegang jawatan Ketua Panitia, Penyelaras Tahun 6 dan juga Setiausaha PIBG.Tugas yang paling berat adalah Setiausaha PIBG.
Pada ketika usia kandungan 12 minggu aku kena menguruskan Mesyuarat Agung PIBG.Memang sesuatu yang memenatkan. Aku perlu berurusan dengan VIP, call sana call sini. Pendek kata keseluruhan majlis terletak pada pengurusan aku. Memang aku tension apabila VIP yang sepatutnya hadir tidak dapat hadir dan apabila berurusan dengan PA nya yang cukup elok bahasanya menyebabkan darah aku naik. Keesokkan harinya apabila check -up dalam keadaan yang tension tekanan darah aku naik dan menyebabkan aku di tahan di hospital.
Sepanjang di hospital menurut doktor aku tak ada darah tinggi. maybe sebab aku stress dan lapar. Sebelum aku dibenarkan balik doktor ingin melakukan scan keatas aku. Ketika scan aku dah rasa xsedap hati kerana usia kandungan yang sepatutnya 12 minggu tapi bila scan baby bersaiz 8 minggu.Rasa tidak sedap hati aku berasas apabila seminggu selepas itu aku menjalani scan di klinik swasta doktor mengatakan yang kandunganku semakin mengecut. Apabila seminggu selepas itu aku pergi ke hospital menghadiri temujanji baby dah xada. Yang tinggal hanyalah uri. Aku diarahkan menjalani d&c lagi 2 hari. Dalam tempoh itu darah keluar seperti haid. Semalamam di katil hospital. Malam itu aku diarahkan berpuasa.
Tepat jam 1 pagi. Sakit mula menyerang ..Perutku memulas-mulas....tidak dapat digambarkan rasa sakit ketika itu. Dalam keadaan kesakitan aku melangkah ke kaunter jururawat dan memaklumkan kesakitan yang kualami. Jururawat mengatakan mereka tidak boleh buat apa, maybe akan kuar sendiri baby tu. Aku merengkok-rengkok sakit. Pergi sahaja ke toilet menyangkung keluar darah...Perut aku sakit memulas seolah aku sedang keracunan makanan. Rasa bagai mahu membuang air besar. Kali terakhir aku merengkok atas katil aku menghantar mesej kepada suami aku memohon ampun kerana pada masa itu bagai nyawa di hujung tanduk...setelah berpeluh-peluh aku pengsan di atas katil hospital itu.
Aku terjaga jam 5 pagi.Dan rasa sakit itu telah lenyap langsung hanya rasa sakit sengugut sedikit. Aku berjalan menuju tandas. Nah! seketul daging keluar apabila aku menurunkan seluar. kecil sedikit daripada penumbuk. Itulah dia uri aku. Apa tak besarnya...usia kandunganku lagi seminggu menjangkau 4 bulan. Memang sedih apabila mengutip uri itu dari lantai tandas hospital. Doktor mengatakan aku tidak perlu di d&c kerana tiada apa lagi yang tinggal.
Kesedihan aku menjangkau sebulan. Air mata tidak berhenti mengalir. Sehinggakan 2 minggu selepas itu aku mimpikan baby aku. Baby girl yang putih dan gebu macam aku, aku menyusukannya dan aku menangis. Apabila tersedar memang air mata aku mengalir. Mimpi ni aku dapat di rumah MIL dimana uri babyku ditanam. Sebulan selepas kandungan ini gugur aku hamil lagi.
Perkara sama berulang kembali, kerana serik dan takut akan hospital kerajaan aku menjalani pemeriksaan di hospital swasta..pada usia kandunganku 3 bulan doktor mengarahkan aku di d&c. aku tak sanggup nak keluarkan duit semata untuk membuang kandungan ini. Aku mengambil keputusan pergi ke hospital kerajaan dengan rujukan swasta. Apabila aku tiba di hospital kerajaan 2 hari selepas ke swasta doktor memang agak pelik apabila kandungan aku tiada. sedangkan aku membawa gambar scan daripada hospital swasta dan doktor pasti akan gambar itu yang aku hamil. malah upt aku di swasta itu juga positif.
Binggung dengan kejadian ini aku mendapatkan perubatan tradisional. Pelbagai andaian dan agakan daripada pengamal tradisional.Aku menganggap kandungan ini gugur pada awalnya lagi selebihnya adalah gangguan daripada makhluk halus. Kandungan ketiga selepas aku makan pil subur daripada klinik swasta.
Ketika itu hari raya tahun lepas, aku demam dan berasa amat tidak sihat. Aku mendapatkan rawatan di klinik dan aku turut menyatakan yang aku telah lewat...doktor tersebut memahari aku dan megatakan aku takut makan ubat dan memberikan alasan. Beliau mengatakan ubat tersebut tidak memudaratkan. Aku hanya makan 2 hari selepas itu aku mula rasa cuak. Aku menganggap yang aku tidak hamil kerana upt aku masih kabur dan akupun telah mula datang haid. Apabila pulang daripada satu open house perut aku mencucuk2 sakit. Aku sangkakan mahu buang air besar. Ketika sedang duduk di mangkuk tandas aku terpegang seketul darah lebih besar daripada ibu jari. Darah mula turun dnegan banyaknya selepas itu. Perutpun sedikit sakit. Aku sempat mengambil gambar dan menunjukkan kepada doktor. Memandangkan aku ada mengambik clomid dan telah lewat serta berdasarkan bentuk ketulan darah itu doktor mengatakan aku gugur awal kandungan. Ermmm..tak ada rezeki...
Sehingga ke hari ini harapan dan kekecewaan datang silih berganti. Rasa takut..rasa ingin datang bertukar ganti. Pelbagai pemeriksaan telah aku jalani dan doktor mengatakan aku sihat....suami?tak perlu aku jelaskan apa keputusannya cuma yang aku boleh beritahu....dia perlu makan antibiotik selama sebulan sebagai rawatan..Tuhan menduga aku dengan perkara yang satu ini. Aku terima andai ini balasan daripada Allah atas kesilapan-kesilapan yang mungkin pernah aku lakukan.

Monday, June 7, 2010

APPOIMENT GYNAE

0 comments

UPDATES Checkup to gynae.Bila aku nak buat LABELS Fertality ni mesti aku rasa sedih....sedih sebab xsampai 2 bulanpun lagi usia perkahwinanku nak masuk 4 tahun. Ok, back to gynae.Semalam aku bangun awal pagi...kul 9 aku gerak pergi METRO Maternaty Banting. Doktor bertugas hari tu adalah Dr. Murad. Satu- satunya doktor melayu yang ada di METRO Banting. Doc buat TVS untuk check keadaan telur. sebelah kiri telur masih tak respond dengan clomid..tapi sebelah kanan telur ada yang saiz 18,13 dan 12.doc anggarkan telur yang scan masa day-11 dengan saiz 13.2 tu dah grow jadi 18 dan berdasarkan bentuknya telur tersebut telah pecah.Aku tanya doktor adakah telur yang 2 biji besar tu akan mengalami ovulution juga(maksudnya pecahlah) sebab setahu aku ovulution sekali jer. dok kata normal memang perempuan alami sekali jer ovulution. Tapi kita berharap yang telur tu akan pecah takpu doc boleh beri satu injection untuk pecahkan telur tu dan dia tanya sama ada aku nak buat iui.Aku tanya dia balik..based on my hubby result tu valid atau tidak aku nak buat iui...nanti membazir jer aku bayar tapi tak jadi. so aku mintak dengan doc biarlah result suami aku ok dulu barulah aku nak buat iui. doc pun setuju juga.

Tuesday, June 1, 2010

UBAT LAGI..................

0 comments


5.30 petang...just back from my gynae....TVS(transvaginal scan) doc ukur saiz folikel(telur) paling besar 13.2 dan 12.7....doc kata ada banyak telur lain yang kecil-kecil..sebelah kiri semua kecil...doc kasi clomid lagi...kena makan lagi 5hari...bersama- sama dengan tu doc kasi sekali metmophin(ubat kencing manis)tapi bukan sebab aku ada kencing manis. doc kata ubat tu untuk halang kesan pcos daripada mengagalkan kerja clomid.Selain tiu supaya berat aku turun lagi.Actually aku memang tengah tak ada selera makan sekarang ni.Kalau ikut last aku jumpa gynaepun...berat aku dah turun 5 kilo daripada perjumpaan yang last tu. Doc kata tak cukup..kena turunkan lagi...huuu...doc kasi appoiment ahad ni untuk tengok telur lagi..kalau telur masih macam tu doc akan cancelkan cycle ni.

Saturday, May 29, 2010

SELLAMONEY FARM(SUSU KAMBING MONDOKS)

8 comments

Apasal tajuk dia macam ni..hahahahaha...dok..sebab ko lah akak dapat location nih, ni guna GPS jenama MONDOKS. Akhirnya pencarian menemui kejayaan...Itu dia signboard ke Ladang Sellamoney. Fresh lagi ni..sefresh susu kambing tu...hahahah..dengan jalan yang penuh onak dan berliku...sesekali tayar kereta ku melanggar lubang-lubang yang kelihatan tidak sekata.Aku melangkah turun dari kereta..dari luar kelihatan mereka sedang sibuk memunggah kotak-kotak.Tempat apa ni?Kata ladang ternakan.Di pintu belakang kelihatan beberapa orang pekerja cina, melayu dan india..Wahhh ..kelas 1 Malaysia sednag sibuk memunggah barangan keluar dari lori. Daku menghampiri lori tersebut kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan mereka yang berada disebalik pintu lori itu. Hanya nampak kaki sahaja. Aku menyapa dan sapaanku disahut oleh sorang wanita india. Setelah perbicangan aku boleh mendapatkan susu tersebut pada jam 6.30petang. Tapi aku bercadang mengambilnya esok sahaja.

Thursday, May 27, 2010

KISAH AKU

4 comments
22 Mei 2010, Sabtu, 11pagi, Metro Maternaty Klang...aku jumpa gynae untuk buat check - up prepair for iui....Perjalanan check up amatlah mudah sebabnya aku dah ada rekod di Metro Maternaty , Banting.Jumpa doc..doc scan ..nak tengok keadana rhaimm...doc kata rahim ok..normal...then doc kata nak buat check salur fallopio....masa doc masukkan salur dalam tu aku relax lagi..tak rasa apa....bila nurse start suntik air dalam tu..perut aku dah rasa perit...rasa macam air berkocak dalam telinga dan rasa air mengalir dalam badan...lepas buat tu aku relax lagi....steady jer...then aku kuar bilik tu dah rasa sakit dah...ngilu dan rasa macam kena pulas jer perut aku..rasanya macam aku keguguran kali pertama dulu..macam ada satu benda yang nak keluar dari dalam perut...then aku check breast cancer..semua result aku ok..tiba giliran suami aku kena buat sperm count..aku teman dia dalam tuh...apa kitaorng buat xyah citerlah...lepas kitoarnag selesai..turun bawah bayar...keluar jer dari Hospital tu...perut aku sakit sangat macam dipulas-pulas...badan aku sampai mengigil taha sakit..tuhan jer yang tahu..aku rasa nak nangis masa tu jugak...Bila sampai umah malam tu aku cakap kat hubby kenapa kita perlu lalui semua ni..kesakitan ini..tak tertanggung rasanya aku menahan kesakitan...orang lain nak mengandung tak perlu lalui semua ni..memang aku rasa sedih sungguh hari tu...