Monday, June 14, 2010

ANAK OH ANAK


Tajuk anak itu sahaja telah membuatkan aku tersentuh. Yerlah..lagi 2 bulan usia perkahwinanku akan menjangkau 4 tahun. Dalam tempoh 4 tahun tu bermacam suka duka aku lalui...Seawal 3 bulan selepas kahwin aku telah dikhabarkan dengan berita kehamilanku..kala itu perasaan siapa yang tidak teruja..gembira dan suka..yerlah sebulan sebelum itu kami suami isteri pergi berjumpa doktor untuk memastikan punca aku tidak mengandung lagi..Memang indah saat itu. Rasanya dunia bagai dimiliki seketika.
Dalam tempoh kehamilan itu pelbagai dugaan yang aku hadapi.Mana taknya pada ketika yang sama aku hamil aku sedang mengambil PJJ.Setiap hujung minggu aku perlu memandu sejauh 1 jam setengah perjalanan. Pada waktu itu subjek yang aku ambil tidak begitu berat.Disekolah pula akan diberi tanggungjawab yang berat dengan memegang jawatan Ketua Panitia, Penyelaras Tahun 6 dan juga Setiausaha PIBG.Tugas yang paling berat adalah Setiausaha PIBG.
Pada ketika usia kandungan 12 minggu aku kena menguruskan Mesyuarat Agung PIBG.Memang sesuatu yang memenatkan. Aku perlu berurusan dengan VIP, call sana call sini. Pendek kata keseluruhan majlis terletak pada pengurusan aku. Memang aku tension apabila VIP yang sepatutnya hadir tidak dapat hadir dan apabila berurusan dengan PA nya yang cukup elok bahasanya menyebabkan darah aku naik. Keesokkan harinya apabila check -up dalam keadaan yang tension tekanan darah aku naik dan menyebabkan aku di tahan di hospital.
Sepanjang di hospital menurut doktor aku tak ada darah tinggi. maybe sebab aku stress dan lapar. Sebelum aku dibenarkan balik doktor ingin melakukan scan keatas aku. Ketika scan aku dah rasa xsedap hati kerana usia kandungan yang sepatutnya 12 minggu tapi bila scan baby bersaiz 8 minggu.Rasa tidak sedap hati aku berasas apabila seminggu selepas itu aku menjalani scan di klinik swasta doktor mengatakan yang kandunganku semakin mengecut. Apabila seminggu selepas itu aku pergi ke hospital menghadiri temujanji baby dah xada. Yang tinggal hanyalah uri. Aku diarahkan menjalani d&c lagi 2 hari. Dalam tempoh itu darah keluar seperti haid. Semalamam di katil hospital. Malam itu aku diarahkan berpuasa.
Tepat jam 1 pagi. Sakit mula menyerang ..Perutku memulas-mulas....tidak dapat digambarkan rasa sakit ketika itu. Dalam keadaan kesakitan aku melangkah ke kaunter jururawat dan memaklumkan kesakitan yang kualami. Jururawat mengatakan mereka tidak boleh buat apa, maybe akan kuar sendiri baby tu. Aku merengkok-rengkok sakit. Pergi sahaja ke toilet menyangkung keluar darah...Perut aku sakit memulas seolah aku sedang keracunan makanan. Rasa bagai mahu membuang air besar. Kali terakhir aku merengkok atas katil aku menghantar mesej kepada suami aku memohon ampun kerana pada masa itu bagai nyawa di hujung tanduk...setelah berpeluh-peluh aku pengsan di atas katil hospital itu.
Aku terjaga jam 5 pagi.Dan rasa sakit itu telah lenyap langsung hanya rasa sakit sengugut sedikit. Aku berjalan menuju tandas. Nah! seketul daging keluar apabila aku menurunkan seluar. kecil sedikit daripada penumbuk. Itulah dia uri aku. Apa tak besarnya...usia kandunganku lagi seminggu menjangkau 4 bulan. Memang sedih apabila mengutip uri itu dari lantai tandas hospital. Doktor mengatakan aku tidak perlu di d&c kerana tiada apa lagi yang tinggal.
Kesedihan aku menjangkau sebulan. Air mata tidak berhenti mengalir. Sehinggakan 2 minggu selepas itu aku mimpikan baby aku. Baby girl yang putih dan gebu macam aku, aku menyusukannya dan aku menangis. Apabila tersedar memang air mata aku mengalir. Mimpi ni aku dapat di rumah MIL dimana uri babyku ditanam. Sebulan selepas kandungan ini gugur aku hamil lagi.
Perkara sama berulang kembali, kerana serik dan takut akan hospital kerajaan aku menjalani pemeriksaan di hospital swasta..pada usia kandunganku 3 bulan doktor mengarahkan aku di d&c. aku tak sanggup nak keluarkan duit semata untuk membuang kandungan ini. Aku mengambil keputusan pergi ke hospital kerajaan dengan rujukan swasta. Apabila aku tiba di hospital kerajaan 2 hari selepas ke swasta doktor memang agak pelik apabila kandungan aku tiada. sedangkan aku membawa gambar scan daripada hospital swasta dan doktor pasti akan gambar itu yang aku hamil. malah upt aku di swasta itu juga positif.
Binggung dengan kejadian ini aku mendapatkan perubatan tradisional. Pelbagai andaian dan agakan daripada pengamal tradisional.Aku menganggap kandungan ini gugur pada awalnya lagi selebihnya adalah gangguan daripada makhluk halus. Kandungan ketiga selepas aku makan pil subur daripada klinik swasta.
Ketika itu hari raya tahun lepas, aku demam dan berasa amat tidak sihat. Aku mendapatkan rawatan di klinik dan aku turut menyatakan yang aku telah lewat...doktor tersebut memahari aku dan megatakan aku takut makan ubat dan memberikan alasan. Beliau mengatakan ubat tersebut tidak memudaratkan. Aku hanya makan 2 hari selepas itu aku mula rasa cuak. Aku menganggap yang aku tidak hamil kerana upt aku masih kabur dan akupun telah mula datang haid. Apabila pulang daripada satu open house perut aku mencucuk2 sakit. Aku sangkakan mahu buang air besar. Ketika sedang duduk di mangkuk tandas aku terpegang seketul darah lebih besar daripada ibu jari. Darah mula turun dnegan banyaknya selepas itu. Perutpun sedikit sakit. Aku sempat mengambil gambar dan menunjukkan kepada doktor. Memandangkan aku ada mengambik clomid dan telah lewat serta berdasarkan bentuk ketulan darah itu doktor mengatakan aku gugur awal kandungan. Ermmm..tak ada rezeki...
Sehingga ke hari ini harapan dan kekecewaan datang silih berganti. Rasa takut..rasa ingin datang bertukar ganti. Pelbagai pemeriksaan telah aku jalani dan doktor mengatakan aku sihat....suami?tak perlu aku jelaskan apa keputusannya cuma yang aku boleh beritahu....dia perlu makan antibiotik selama sebulan sebagai rawatan..Tuhan menduga aku dengan perkara yang satu ini. Aku terima andai ini balasan daripada Allah atas kesilapan-kesilapan yang mungkin pernah aku lakukan.

5 comments:

yanna faisal said...

weiiii...tkde perenggan ke?? lotih nk baca ni

blackroses said...

HAHAHAHHAA..NANTI AKU ADJUST...TENGAH NULIS ADA ORANG PANGGILLAH APER

KINA said...

sabar ana yer..ada rezeki tuk mu..rajinkan berusaha..

blackroses said...

till now i still waiting for that moment kina..thanks for your concern

Mrs.Sue Limi said...

sabar ye
setiap usaha pasti ada ganjarannya
teruskan berdoa dan berusaha.