Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label SEKOLAH. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #2

2 comments


Tuesday, May 17, 2011

SAMBUTAN HARI GURU SK BATU LAUT

9 comments

Entri kali ini berkisar tentang suasana Hari Guru SK Batu Laut. Awalnya memang malas nak tempah baju. Tapi bila pikir balik banyak kain ela bertimbun tak bertempah, termasuk sutera hitam putih ni yang dah dekat 3 tahun beli tak tempah. Tudung pulak, tudung sedia ada, tak beli tudung barupun. Memang tension masa sukaneka acara cari gula-gula dalam tepung. Apa taknya dengan syarat tak boleh hembus tepung dan tepung sangat banyak aku rasa tak patut betul. Habis tepung masuk dlaam mata dan kena contact lense.Nasib tak ada apa-apa lepas basuh dengan air. Tapi habislah jugak foundation yang aku dah pakai. Nak pakai semula foundation span tak bawak, so just tambah bedak je.huhuhuhuhu.

APA YANG MENARIK HARI GURU TAHUN NI !

Ini adalah antara kad ucapan dari murid Tahun 6. Ermm....dari awal tahun mereka dah beri aku gelaran 'cikgu yuna'. Suka hati koranglah. Maybe sebab aku suka pakai shawls,tapi fesyen aku pakai tu tak samapun dengan yuna..tak percaya cuba korang tengok gambar bawah ni..

mana ada yuna pakai shawls macam ni kan...
tak kisahlah ek

PERTANDINGAN PAKAIAN GURU TERCANTIK..

Jadilah..dapat no.3.Puas hati walaupun bergaya namun masih mengikut etika berpakaian seorang guru. hehehhehe...

SUKANEKA/ACARA
Puas hatilah kumpulan kami dpaat no.1 walaupun berkongsi tempat dengan kumpulan 2.

HADIAH
Hadiah dapat sikit je tahun ni, sebab tak jadi guru kelas. Tapi bukan itu yang aku kejar, as long as in the end of the lesson the objective of lesson is achieve.
dari kiri saya, ustazah rahayu,pn.nurhani dan ustazah anita




Thursday, June 24, 2010

WE ARE ALL BLACK

0 comments

Look at us...we are all black on Wednesday. I'll catch we are fourth of black girls on Wednesday. This is the great moment and the great capture i ever get. From the left is Pn. Nur Hani Brenda Abdullah who is Sarawakian girls which is found her soulmate from Kelanang Selangor. Teaching science and Bahasa Melayu at level 1. Stand the next is Pn. Sipah Sizah binti Md. Khamis, which use ' Hajar' as her name nowaday. She is science teacher. The third person of course this is me. There was a long time i'm not wearing a black one. The last person stand behind me is Pn. Noor Sarmilah Tukiran. She is a Great English Teacher in my school...

note: This is the first trial i wrote in English...i'm not an English Teacher and not good or fluent in English at all, but i try my best...what say you!!

Wednesday, June 2, 2010

APO KONO EH JANG

0 comments
adehhh...nasi lemak Acap


Inilah sekitar suasana peperiksaan pertengahan tahun SK Batu Laut di kelas pertama.Kelakar dan agak mencuit hati. Dalam boring-boring tu aku sempatlah catch up beberapa action budak-budak ni...nengoklah tu siap terkeluar nasi lemak dari bawah meja diorang...sampai 2 bungkus plak tu makan sorang..acap2...ni kaki dan meja ketua kelas ni.







Monday, May 31, 2010

HARI GURU SK BATU LAUT

0 comments


17 mEI 2010, Isnin. Inilah Barisan Pendidik yang bertanggungjawab menerajui pendidikan di SK Batu Laut. Terajui ini di nakhodai oleh Tuan Guru Besar En. Mohd. Nadzri bin Othman bersama dengan orang Guru Penolong Kanan. Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut secara sederhana tetapi meriah dengan pelbagai pengisian yang bermakna. Pejam celik pejam celik telah 9 tahun saya berkhidmat di sini.Bersama- sama dengan bekas - bekas guru saya yang masih mengajar di sana. Sesungguhnya mengajar di sini memberi makna yang amat besar buat saya. Rasanya kalau ingin berpindah daripada sekolah tersebut adalah sangat sukar bagi saya.

Friday, May 28, 2010

HARAPAN BANGSA..NEGARA DAN AGAMA

0 comments
Inilah wajah - wajah calon harapan sekolah...semuanya ada 29 ornag..sorang tak dapat masukkan sebab dah setup ngam-ngam gini.Kalau dilihat pada wajah satu persatu...terselit sebuah harapan..impian..dan cita-cita yang tinggi.Harapan ibu bapa apatah lagi..Saya sebagai Guru Matematik amat mengharapkan agar mereka memperolehi semua A dalam semua subjek. Setakat ni bagi matematik masalah mereka adalah pada kertas 1 yang mempunyai 40 soalan objektif. Soalan - soalan penyelesaian masalah matematik menjadi masalah utama mereka. Bagi Kertas 2 saya dah tak begitu risau kerana rata - rata mereka telah mampu dan menguasai kemahiran menjawab kertas 2. Cuma pemantauan masih perlu dibuat dan dilakukan supaya mereka tidak lari daripada skema menjawab kertas 2. Saya dan juga pelajar berusaha mencari kaedah dan teknik yang termudah bagi menyelesaikan masalah matematik. Banyak juga kaedah yang kami temui dalam satu sesi pencarian kaedah di internet terutama Youtube yang dapat diaplikasikan dan diadaptasikan dalam p&p matematik. Harapan yang saya sandarkan amatlah tinggi kerana dari kalangan mereka ini bukanlah sesiapa..malah ada sepupu sepapat dan anak saudara saya sendiri..Semoga UPSR 2010 menjanjikan pencapaian yang cemerlang buat mereka.

Thursday, May 27, 2010

PERTANDINGAN NYANYIAN-PELAJARAN MUZIK

0 comments



Semalam: Rabu,26 Mei 2010..Pelajaran Muzik..aku buat Pertandingan Nyanyian Berkumpulan dan Single..Ada yang nyayi lagu sendiri..ada juga yang nyanyi lagu-lgu yang aku ajar...Siap request..cikgu nak main alat muzik sekali yerr...layazzz jerlah.....Sehingga sekarang aku masih keliru tak tahu nak pilih Group mana yang best..pasalnyerrrr semua tak best...Kalau masuk AF kiranya audition peringkat pertama dah out. Kalau masuk MENTOR lagilah..sure-sure Mas Idayu xterima...apa-apapun...berusahalah membaiki pitching..nampak gayanya alat muzik rentak lain..lagu bunyi lain...boleh korang bayangkan bunyinyerr..niler gamaknyerr bila cikgu Math kena ajar Muzik...

Tuesday, May 25, 2010

HADIAH HARI GURU AKU YANG BEST

0 comments



17 Mei 2010, Isnin, Sk Batu Laut..Terima Kasih kepada anak murid aku terutama kelas aku 4 Melati yang sudi beri hadiah tuk teachernya yang garang ini...walaupun aku ni macam singa dna sellau marah2 diorang tapi diorang still ingat pada aku...Hari Guru kali ini nampak hambar...tahlah aku dapat smabut lagi kat sekolah ni atau tidak yerlah...aku rasa macam nak pindah jer...tapi...aku sayang semua kawan - kawan aku...