Showing posts with label IRAMA DAN LAGU. Show all posts
Showing posts with label IRAMA DAN LAGU. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

CINTA KRISTAL

4 comments


Kenapa dengan lagu ni..lagu ni memang menggila macam ceritanya. aduss..tangkap lelehlah. sedap gila lagu ni

Sinar matamu bagai api menyambar
Haruskah engkau dan aku sama
Bara restu cintamu aku terpandang
Oleh pancaran demi cinta kristal

Kini aku terlontar ke dasar cintamu suci
Kini aku mengenal akan kepastian
Agungnya cintamu
Hangat membakar panas membara

Mentari cintaku ini jangan dipadamkan
Jika terpadam fanalah harapan

Kasih tunjukkan aku murni cintamu kasih
Biar aku ilhamkan akan kesucian
Kasih dan cintamu
Terus memancar terus membara

Jangan padamkan mentari cinta
Jangan padamkan demi cinta kristal
Bawa ku pulang ( 3X )



Friday, June 17, 2011

DIPONDOK KECIL:SEMPENA HARI AYAH

11 comments

Assalam...Bagi sesiapa yang lahir sekitar tahun 80an..mesti pernah dnegar lagu ni. Apabila ada persembahan di hari kecemerlangan banyaklah pelajar atau kelas yang nyanyi lagu ini. Lagu ni memnag mengamit memori sungguh dan sayu hati mendengarnya. Aku cadang nak guna lagu ni untuk Subjek MUzik minggu depan. Kesan daripada lagu UNTUKMU IBU nyanyian Aeman juga..meleleh air mata budak-budak nangis.emo seh...takperlah ..sekurang-kurangnya medium untuk berdakwah dan penyampaian mesej sampai kepada mereka. Maknanya lagu tu terkesan di hati mereka kan. ALHAMDULLILLAH.

Sedikit tentang lagu ni..memang sedih sebab mengisahkan ayah yang telah pergi.saya turut sama sedih sebab ayah dah tiada..rindu dengan beliau..hukhukhuk

Dipondok kecil di pantai ombak
Berbuih putih beralun-alun

Disuatu hari ayah berkata
Jaga adikmu ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan ayah semoga diterima
Diam adikku sayang jangan menangis
Andai ayah gugur doakan dia syahid

Selamat berjuang ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abangku
Kemana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah

Duhai adikku sayang jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Berjuang dan berkorban walau dimana jua

PadaMu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam

Tajuk Nasyid : Di Pondok Kecil
Artis : Nadamurni


Monday, June 13, 2011

BUATMU IBU :AEMAN

6 comments
Muzik-muzik..esok nak ajar lagu ni. Harap-harap mereka(tahun 3 dan tahun 4) diornag sukaLagipun banyak mesej dalam lagu ni.
Hasil tayangan video ni banjir sekolah..meleleh air mata budak-budak ni nangis..erkk...teacher tak sengaja..sorry yer..nak kasi korang insaf sikit
Artist : Aeman

Lirik Lagu : Aeman - Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu



Tuesday, May 24, 2011

TEKA ALATAN MUZIK PERKUSI

5 comments
KORANG TERROR KE ATAU TERRORIST?


JOM TEKA APAKAH NAMA ALATAN MUZIK PERKUSI DIATAS BERMULA DARIPADA NO.1- NO.8 :
NO.1.................................
NO.2................................
NO.3................................
NO.4................................
NO.5................................
NO.6................................
NO.7................................
NO.8................................

korang pernah tak belajar muzik sekolah rendah dulu. Mesti cikgu-cikgu korang ada perkenalkan pelbagai jenis alatam muzik. Jom namakan alatan muzik diatas...kornag boring kan..apalagi..test IQ dan test pengetahuan kat sini


Wednesday, May 11, 2011

DAMAI YANG HILANG-NOWSEEHEART

4 comments

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan

sedikit tentang lagu ni...kalau tengok pada senikata lebih kepada peperangan yang tak sudah-sudah. Lagu ni aku guna untuk ajar muzik bulan lepas. Selesai nyanyi lagu ni dalam 3 round. aku tengok budak-budak ni mata merah bergenang-genang air mata. Diornag kata sedih dengar lagu ni. Anak buah aku yang aku ajar siap cakap..lain kalu acu bagilah lagu yang tka sedih semua kawan kita nangis. Emo jugak budak-budak tahun 4 ni yer.



Tuesday, May 10, 2011

AKU TANPA CINTAMU-MIRWANA DAN JAYJAY

5 comments


Artist : Miwarna
Lirik Lagu : Mirwana - Aku Tanpa Cinta-Mu
Mirwana - Aku Tanpa Cinta-Mu


Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Faizal: Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

JayJay:Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

C/O: Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Thursday, May 5, 2011

INSYAALLAH VERSI MELAYU

0 comments

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa

Kerana Allah bersamamu
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya
InsyaAllah InsyaAllah InsyaAllah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar



Wednesday, May 4, 2011

SUMAIYYAH

0 comments
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah



Assalam..ni thread baru irama dan lagu..mudah di masa akan datang kalau aku nak rujuk kembali lagu-lagu yang telah aku ajarkan dalam subjek muzik kepada pelajar-pelajar. Inilah namanya dah hujan baru nak sedia payung.Apa taknya, aku tergerak nak masukkan dalam blog since thumbdrive kesayangan aku hilang di makmal komputer. Dalam tu banyak bahan p&p, terutama lirik-lirik lagu dan video klip lagu-lagu yang aku dah ajar kepda budak-budak waktu muzik di sekolah. alahai..kesiannya diorang...takpe-takpe..nanti cikgu cari balik semua video-video tu yer.