Showing posts with label SASTERAWAN. Show all posts
Showing posts with label SASTERAWAN. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

DAMAI DAN CINTA ILAHI

1 comments
Subhanallah.....
apakah rasa ini
damai dan tenang sekali
Ya Allah Ya Tuhanku
tiada cinta seindah dan sehebatmu
tika dan saat ini
penyerahan jiwa dan hati hanya buatmu

Masyaallah...
ditengah kekalutan ujian yang kau berikan tuhanku
aku masih merasa tenang dan damai
apakah ini namanya 'keimanan'


Lailahaillallah...
Tiada yang layak disembah selainmu Tuhanku
Tiada yang layak kusanjung selainmu Tuhanku
Semoga matiku dalam imanmu
Semoga akhir hayatku dalam keberkatanmu


Wednesday, June 8, 2011

SEHARI TANPAMU

8 comments
Oklah..ini entri khas buat en ahbie..hari ni harijadi dia..yang ke-32..iLOVE YOU SAYANG...tahun ni tahun ke-5 kami menyulam kasih..banyak pahit maung, susah senang kami lalui bersama. Dia memang seorang yang tabah dan penyabar. Sebab tu saya sayang dia.Walaupun rumahtangga kami belu diserikan dengan tangis 'anugerah' Ilahi..namun kami bahagia. doakan rumahtangga kami kekal ke akhirnya..AMINNNN

Sayangku...

tidak pernah tergambar hidupku

walau sedetik tanpamu

tingkah tak keruan

lagu tak beralun

sendu tak berteman.


Sayangku....

tak pernah terlintas di sudut kerinduan ini

ada hari tanpamu

ada hari hening bertamu

ada hari awan mendung berteduh

sepi dan kosong


Sayangku...

sungguh aku ..

tak terjangkau akalku

jika kau pergi sebelumku


8 JUN 2011,Morib

HAPPY BIRTHDAY HUBBY



Saturday, May 28, 2011

TINGGALKAN IA SEPI DISITU

6 comments
Jangan acapkali menoleh kebelakang
tiap kali adanya kelukaan yang kau tinggalkan..
biarkan ia terus disitu..
jangan berhenti kerana mengutip serpih duka

Teruskan langkahmu wahai adikku..
jangan kau berhenti kerana halangan menghadang

Cinta seringkali membuat kita lupa
realiti maya meruntuh tembok nyata..

Kadangkala ruang waktu..
ruang masa perlu dicipta buat seketika
agar ada cinta dan rindu di sana nanti
dalam batas waktu perlu ada rindu tercipta buatnya..


istimewa buat myraqueen


Tuesday, May 24, 2011

Terlalu Aku

0 comments
terlalu aku kesunyian kini
menghilang mu tanpa sepatah kata
kekeliruan menerpa akal ..............
Entah lah...ada kah salah ku ........
Atau kau punya sebab .....
Yg memunkinkan perpisahan ini
Kini aku pasrah akan perpisahan jika itu ketentuan nya
jika ada kesalahan dari ku maafkan aku sayang
Tapi kenagan antara kita akan ku simpan dihati ini
Hanya itu yang aku ada sekarang ini
Selamat tinggal sayang,
Jaga diri mu...........
izinkan aku simpan potret mu untuk tatapan ku
dikala merindui mu.....

Saturday, May 14, 2011

GURU OH GURU-KARYA AGUNG USMAN AWANG

3 comments
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG,1979

Assalam, Subhanallah Maha Suci Allah dengan keizinannya dapatlah daku mengemaskini blog, setelah blogspot dilanda el-nino akhirnya boleh juga masuk. Entri kali ini adalah masterpiece ataupun karya agung sasterawan negara Usman Awang. Jika beliau masih hidup, aku nak hantar surat merakamkan rasa terima kasih kepada beliau, kerana puisi menjadi 'guru' kepada aku sebagai seorang guru.

Sedikit kisah bagaimana aku bergelar guru :

Tahun 1999, aku menerima tawaran ke Politeknik Shah Alam bagi kursus Diploma in Bussiness Study dan juga ke UITM Arau, Perlis. Pada ketika itu nama UITM, ITM sahaja. Bagi kursus Pra Perdagangan. So, aku decide pergi UITM je. Memang sedih pisah dengan keluarga. Seminggu lepas Orientasi, aku dapat bussiness T-Shirt UITM. Aku dan kawanku, tak ingat namanya berjaya menjual 50 helai T-Shirt tersebut kepada freshie yang sama-sama masuk dengan aku. Kuliah di sana adalah suatu pengalaman baru. Selepas 3 minggu berada di sana aku mendapat panggilan masuk ke Maktab Perguruan Malaysia. Masih ku ingat kali terakhir perbualanku dengan seorang kawan baikku, Nuha budak Pahang. Aku bersungguh-sungguh meminta beliau jangan pergi ke maktab dna tinggalkan aku di sini. Ketika itu arwah ayah bersungguh-sungguh mahu aku masuk ke maktab. Aku dengan berat hati, akur dengan permintaan beliau. Bayangkan aku yang tak pernah naik bas jauh-jauh, balik seornag diri dari Perlis ke Selangor dengan sebuah beg besar dan sebuah baldi ketika itu. Sengal kan. Apalah salah aku tinggal je baldi tu pada akwan-kawan yang tinggal. Sedih juga sepanjang perjalanan aku nangis sebab aku tka pernah termimpi masuk maktab, apalagi jadi cikgu. Diam tak diam, tahun ni dah tahun ke-10 aku mengajar. syukur alhamdullillah..


Tuesday, May 3, 2011

ENSIKLOPEDIA SAINS DAN AL-QURAN:BUKU PERTAMAKU

0 comments



Ensiklopedia ini adalah buku pertama tulisan saya.Alhamdullillah..pada akhir 2009 saya mendapat tawaran menulis buku ini daripada seorang teman Norhadar Taharuddin. Beliau yang merupakan editor di syarikat buku tersebut menawarkan saya untuk menulis buku tersebut. Hasil perbincangan satu pasukan penulis saya bentuk bersama 3 orang rakan guru yang lain. Bonus bagi saya pada ketika itu kerana pengalaman mengajar subjek sains selama 7 tahun menjadikan sains dan saya begitu sebati dan sinonim seterusnya melenyapkan seketika gelaran guru bahasa. Sejak dibangku sekolah menengah lagi Sains merupakan subjek kegemaran saya. Enseklopedia sains ini diterbitkan dalam 6 jilid yang mana kulitnya sangat berkualiti tinggi sehingga dkatakan air tertumpah diatasnya tidak memberi kesan apa-apa. Sangat menari ilustrasi sentuhan syarikat penerbitan terhadap buku ini yang mana ia menjadikan buku ini senaskah bahan ilmiah yang sangat berpatutan dimiliki.Sekitar April 2010 begitulah selesainya penulisan buku ini dan telah dapat dijual dalam 1-2 jilid ketika di Pesta Buku Antarabangsa tahun lalu. Doakan saya agar dapat terus berkarya dimasa akan datang dan semoga bakat serta minat saya ini tidak berhenti setakat disitu.AMINNNNN.

Saturday, August 21, 2010

DEMI APA YANG NAMANYA MERDEKA

0 comments
Telah lama aku tidak menghasilkan karya. Setelah bertahun, inilah hasilnya. Terpandang iklan daripada PPD(Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, pertama kalinya ada pertandingan menulis untuk guru. So, aku hantar penyertaan..walaupun hanya dapat tempat Ke-5, aku syukur dapat bersiang dengan guru Bahasa Melayu yang telah lama mengajar dengan aku sendiri yang hampir 7 tahun tidak mengajar Bahasa Melayu kira oklah yer..hahahaha

Demi apa yang namanya MERDEKA
Demi apa yang namanya MERDEKA itu,
Telah banyak jiwa yang telah terkorban,
Telah banyak yang perlu diketepikan,
Telah banyak rintangan perlu dilalui dan di rintangi.

Air mata tidak bernilai lagi.
Jiwa- jiwa bergelimpangan tidak bernadi,
Hati- hati kecil di siat dihiris kelukaan,
Oleh tangan – tangan kasar penjajah yang tak berperi.

Ubi kayu pengalas lapar,
Walau kasar teksturnya namun ia sangat berharga,
Tiap kunyahan begitu bermakna,
Perut – perut turut sama berjuang akan keperitan.


Gegak gempita semboyan tidak karuan,
Jerit pekik tembakan tidak bertuan,
Entah siapa sasaran entah siapa yang melepaskan,
Anak- anak kecil menangis ketakutan,
Ibu- ibu lari bergendongan,
Perawan gentar lari bersepahan.


Sungai yang deras mengalirkan merahnya darah,
Lorongan kampung bergelandangan selut,
Langit lesu pucat dek asap menghitam,
Rumput – rumput rebah kesan pijakan.

Segerombolan manusia bersampin kemas,
Berkeris di pinggang,
Bertanjak ceracak tajam,
Di wajah mereka cahayanya kelam,
Di hatinya penuh dengan dendam,
Aturan langkahnya penuh keyakinan.



Adil kah keris dilawan senapang?
Kekentalan semangat dalam jiwa pejuang itu,
Lebih lagi gagah daripada senapang penjajah,
Usah di sanggah semangat jiwa melayu,
Makin di ancam makin mengganas,
Makin dicaci makin membakar.

Walau tidak melalui keperitan itu,
Walau tidak meniti kekalutan itu,
Walau tidak mengatasi kekangan itu.

Namun tiap kali laungan MERDEKA terluah..terdengar,
Kepedihan terasa disudut hati,
Betapa hari ini,
Kemerdekaan masa silam tidak dihargai,
Pengorbanan masa lalu ibarat tidak bertepi,
Anak – anak hari ini terlalu dimewahkan harta,
Sehingga lupa betapa payah nenek moyang mereka dahulunya,
Remaja – remaja berpeleseran, melepak membuang masa,
Sehingga lupa nenek moyang mereka dulunya bersengkang mata,
Mempertahankan tanah walau hanya sekangkang kera.

Roziana binti Rahim
Pengasuh Ilmu Bahasa Melayu-DBP 2002
SK Batu Laut






Monday, June 7, 2010

I LOVE C.I.N.T.A

2 comments
C.I.N.T.A
Adakah cukup sekadar menerima tetapi tidak memberi
Adakah cukup sekadar melafaz tapi tidak melaksana
Adakah cukup sekadar mengasihi tetapi tidak menyayang
Adakah cukup sekadar memandang tetapi tidak menyentuh
C.I.N.T.A
Berapakah harganya di pasaran semasa?
Adakah semurah membeli lauk siap di masak di kedai makan?
Tinggi manakah nilai tawaran?
Adakah mampu mengimbangi keluk permintaan?
Besar manakah saiz dijual?
Adakah sebesar nasi ambang yang menjadi jualan?
C.I.N.T.A
Kadang hadir...
Kadang pergi...
Dikejar tidah ditemui
Dicari tidak bertepi..
Sesungguhnya aku C.I.N.T.A akan yang namnya CINTA ITU
ANAROZIZALI 7 JUN 2010
KARYA PERTAMA SETELAH HAMPIR 3 TAHUN TIDAK MENULIS

Monday, May 31, 2010

OMBAK(KOLEKSI PUISI)-PUISI GEOGRAFI1998

0 comments


Ombak
alunanmu bak lenggokkan perawan
lembut beralun
keras menghempas pantai
kau mengubah panorama alam
kau mencipta keindahan sebentar.

Ombak
kau pembina
kau pemusnah
damparan tubuhmu ke gigi pantai
mengukir tanjung dan teluk
di sebalik selang seli batuan keras dan lembut.

Ombak
dengan rakusnya kau memamah tebing batuan
kau mengheret segala yang ada
tetapi
setiap alunan - alunanmu ombak
menggambarkan ketenangan jiwa seorang insan.

Ombak
darimu jualah
terciptanya cenuram
terbinanya pelantar hakisan ombak
angkara kikisanmu
angkara perbuatanmu
keatas dasar tebing.

Ombak
dari rekahan - rekahan cenuram
terhasillah gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa
kaulah punca segala angkara
kaulah pencetus pengubah panorama.

Ombak
taamparanmu mengukir keindahan
kerakusanmu mengarang alam
tindakanmu membentuk gloup dan geo.

Tetapi
walau sekejam mana kau ombak
namun manusia tidak dapat mencipta sesempurna yang kau ciptakan.


Roziana binti Rahim
Form 4-SKBL
Tempat Ke-4
Peringkat Negeri Selangor
Apresiasi Geografi anjuran National Geogrhapics Malaysia


note:
Ini puisi percubaan pertama aku masuk bertanding....xsangka....pada peringkat awal puisi dinilai dari aspek penulisan..terus terpilih ke peringkat negeri(hanya 5 yang terbaik terpilih).. sampai peringkat negeri kena deklamasikan..memang aku xpandai deklamasi masa tu....uishhh..malu betul..budak nurd macam aku kena naik stage..pulak masa tu ada secret admired aku datang satu bas dari sekolah dia...malu sehhh

Saturday, May 29, 2010

USAHA-USAHA MENGUMPULKAN KEMBALI KARYA-KARYA HASILANKU

0 comments
Puas aku selongkar fail-fail lama aku nak kumpulkan kembali karya-karya aku yang pernah aku hasilkan. Kalau ikut rekod terakhir aku karya yang aku dah hasilkan sehingga 2002 adalah :

Puisi- 19 buah puisi
Cerpen- 2 buah cerpen
Artikel atau Rencana - 4 buah

Akhir tahun 2002 aku telah cuba mengumpulkan semua dalam satu disket. Sampai satu masa belum sempat nak print, fail tu kena format..For sure dokumen tak boleh buka. aduishhhh..dugaan.Bila aku dah buat Blog baru ni..aku cadnag nak kumpulkan semula masterpeice aku tu. Tak tahulah dapat kumpul semua ke tak.Doakan usaha aku ini akan menemui kejayaan. Dah lama tak berkarya ni. Tapi awal tahun baru ni dapatlah peluang menulis Ensiklopedia..memang satu bidang yang lain daripada yang aku ceburi sebelum ni. Sebelum ni lebih kepada penulisan kreatif. Orang kata rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari..so aku grab jer peluang ni..Insyaallah dengarnya hujung Mei ni siap.

ILHAM PUJANGGA(KOLEKSI PUISI)-1999

0 comments


Deruan angin bagaikan membawa khabar
Meniupkan rasa
Buat Si Pujangga yang kehausan
Dahaga Idea darinya
Menagih ilham buat ciptaan.

Ombak deras memecah pantai
Bagai menghanyutkan derita
Mencetus hikmah
Membangkitkan sukma
Buat Penyajak yang kelaparan
Mengidamkan cerita buat coretan.

Pepohon merendang yang seakan bergetar
Bagai membisikkan bidalan
Buat Sasterawan yang merindui kisah
Bagai penawar ketandusan cerita.

Warna - warna alam yang mencorakkan keindahan
Bagai menciptakan sebuah khayalan
Buat Pengarang yang kekeringan fikiran
Kebuntuan cara.

Roziana binti Rahim, 1999
Pernah diterbitkan dalam Media MPPM Edisi

DI PENGHUJUNG DERITA ZAMAN(KOLEKSI PUISI)-TAHUN 2000

0 comments


Di pengujung derita zaman
Sosial melanda menguasai tingkah
Bumi snegsara angkara manusia durjana
Senyuman alam pudar kini
Cakerawala tiada lagi bermaya
Dipenghujung derita zaman
Budaya barat jadi agungan, jadi ikutan
Budaya ibunda kian luput, dikeji, dinista
Nilai harga diri jadi lelongan.
Dipenghujung derita zaman
Alam kian longlai, ozon kian sulit
Flora fauna kian derita
Sungai mengalir lesu
Segalanya kini
Tiada serinya
Hilang misterinya.
Dipenghujung derita zaman
Dosa pahala bukan kiraan
Agama hanya hiasan nama
Khayalan bukan lagi impian
Realiti kini bukan lagi kenyataan.
Roziana binti Rahim
Pernah diterbitkan di dalam Media-MPPM Edisi 5, 2000
Pernah jua dideklamasikan di Ruangan Sastera dan Budaya Radio RTM Melaka

SRIKANDI ILMU ITU(KOLEKSI PUISI)-2000

0 comments


Srikandi ilmu itu
dirinya gah didepan
nakhoda pelayaran kehidupan
mengepelai pandu arah layar
mengepelai pandu arah kejayaan

Srikandi ilmu itu
tangannya menghayun buai
tangannya mengincang bumi
gegar alam, gepar dunia
tangan serikandi itu.

Srikandi ilmu itu
menjulang panji barisan hadapan
Panji!
panji bagi panji kebenaran
panji bagi panji kebesaran
atas nama Yang Maha Esa.

Srikandi ilmu itu
menarik tangan sikecil
memimpin kearah cahaya
memimpin ke arah ilmuan.

Srikandi ilmu itu
usah dipandang sebelah mata
usah disangkal dan diperkecilkan
ia, srikandi ilmu itu.

Roziana binti Rahim, 2000
Puisi ini pernah diterbitkan dalam Media, MPPM Edisi 6/00
Pernah jua saya deklamasikan di Ruangan Sastera dan Budaya Radio RTM Melaka.

Thursday, May 27, 2010

FILEM VS NOVEL LAGENDA BUDAK SETAN

0 comments
ini cover depan Novel Lagenda Budak Setan...Novel ini telah diadaptasikan ke Layar Perak...Pelakon Utama Farid Kamil dan Lisa Surihani...aku tak habis lagi baca novel ni..yerlah...busy walaupun dah habis belajar..baru baca xsampai separuh..jalan cerita dan penggunaan bahasanya memang baik..berbeza dengan Novel Ahadiat Akasha yang lain...Novel ni bersiri sebenarnya...kisahnya tentang bagaimana seorang yang begitu anti-perempuan berubah dan bertukar pendirian serta pegangan kepada seorang yang begitu mencintai...memang bestlah...dia lebih sanggup diperli oleh rakan-rakan. Namun cintanya tetap tak berubah...yang lain2 tak tau..sebab xhabis baca lagi...nengok iklan cerita ni di tv rasa macam nak pi nengok jer kat wayang...hubby nak bawak ke???