Saturday, May 14, 2011

GURU OH GURU-KARYA AGUNG USMAN AWANG

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG,1979

Assalam, Subhanallah Maha Suci Allah dengan keizinannya dapatlah daku mengemaskini blog, setelah blogspot dilanda el-nino akhirnya boleh juga masuk. Entri kali ini adalah masterpiece ataupun karya agung sasterawan negara Usman Awang. Jika beliau masih hidup, aku nak hantar surat merakamkan rasa terima kasih kepada beliau, kerana puisi menjadi 'guru' kepada aku sebagai seorang guru.

Sedikit kisah bagaimana aku bergelar guru :

Tahun 1999, aku menerima tawaran ke Politeknik Shah Alam bagi kursus Diploma in Bussiness Study dan juga ke UITM Arau, Perlis. Pada ketika itu nama UITM, ITM sahaja. Bagi kursus Pra Perdagangan. So, aku decide pergi UITM je. Memang sedih pisah dengan keluarga. Seminggu lepas Orientasi, aku dapat bussiness T-Shirt UITM. Aku dan kawanku, tak ingat namanya berjaya menjual 50 helai T-Shirt tersebut kepada freshie yang sama-sama masuk dengan aku. Kuliah di sana adalah suatu pengalaman baru. Selepas 3 minggu berada di sana aku mendapat panggilan masuk ke Maktab Perguruan Malaysia. Masih ku ingat kali terakhir perbualanku dengan seorang kawan baikku, Nuha budak Pahang. Aku bersungguh-sungguh meminta beliau jangan pergi ke maktab dna tinggalkan aku di sini. Ketika itu arwah ayah bersungguh-sungguh mahu aku masuk ke maktab. Aku dengan berat hati, akur dengan permintaan beliau. Bayangkan aku yang tak pernah naik bas jauh-jauh, balik seornag diri dari Perlis ke Selangor dengan sebuah beg besar dan sebuah baldi ketika itu. Sengal kan. Apalah salah aku tinggal je baldi tu pada akwan-kawan yang tinggal. Sedih juga sepanjang perjalanan aku nangis sebab aku tka pernah termimpi masuk maktab, apalagi jadi cikgu. Diam tak diam, tahun ni dah tahun ke-10 aku mengajar. syukur alhamdullillah..


3 comments: