Thursday, May 12, 2011

MANUSIA PELIK DI DUNIA

Dalam pertandingan “hidung terbesar” di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8cm!! Muncungnya saja mencapai 3.5cm.

Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu membuat bola matanya keluar dari rongga mata dengan 12 milimeter (0.47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh. Dia tinggal di Chicago, Illinois. Beliau menyedari bola matanya muncul semasa suatu hari ketika dia menerima pukulan di kepala dengan topeng hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia mampu mengeluarkannya bila-bila masa, dan juga ketika dia menguap.

Badamsinh Juwansinh Gurjar - Misai Terpanjang Di Dunia

Pemegang rekod kuku terpanjang setakat ini dipegang oleh rakyat Amerika, Lee Redmond, yang telah menyimpan kukunya sejak berumur 27 tahun lagi.Panjang keseluruhan kukunya adalah 24 kaki dan 7.8 inci. Katanya, ini tidak sedikit pun menghalang dia daripada membuat kerja-kerja rumah seperti mengvacum dan membasuh pakaian. Tambahan pula dia juga turut menjaga suaminya yang menghidap Alzheimer.


Pada 8 Mei 2004, Guinness Book mencatat wanita ini sebagai wanita dengan rambut terpanjang di dunia. Rambutnya diukur mencapai 5,627 meter atau setara dengan 18 kaki 5.54 inci.
Xie Qiuping mulai memanjangkan rambutnya sejak tahun 1973 ketika masih berumur 13 tahun. Saat ini dia berusia sekitar 47 tahun.


No comments: