Wednesday, May 11, 2011

WANITA ADALAH KEPUNYAAN SUAMINYA YANG TERAKHIR KETIKA DI SYURGA KELAK


UNTUK RENUNGAN

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘"Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir"

*kredit to Iftiliyana atas perkongsian ilmu ini di facebook

siapapun kita 'WANITA' ...marilah kita berdoa...agar semua amalan dan pahala kita diterima oleh ALLAH. Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk NERAKA dan paling mudah juga masuk 'SYURGA', walaubagaimanapun tiada jalan singkat untuk ke sana. Setiap saat dan detik syaitan wujud untuk menyesatkan umat Muhammad S.A.W.

"Ya Allah Ya Tuhanku..aku bermohon kepadamu agar perkahwinan serta rumahtanggaku kekal keakhirnya dan biarlah suamiku ini satu-satunya suamiku sehingga akhir hayat serta tempatkanlah kami di dalam syurgamu Ya Allah dan aku bermohon kepadamu Ya Allah agar aku menjadi Ketua Bidadari buatnya di syurga kelak..aminnnnn


2 comments:

Misz Anim said...

sonok baca ni kak.. :)

blackroses said...

memang..berdoalah kita akan berada di syurga bersama suami kita