Tuesday, May 3, 2011

KURNIAAN SEMENTARA

As-salam...

Lama saya mengumpul kekuatan untuk mencoretkan kisah duka ini dan agak lama juga untuk saya pulih dari kelukaan ini. Percayalah. Sedari saya mempunyai kekuatan untuk menaip abjad-abjad yang tak bersalah ini, saya telah mula bangkit dari kisah luka itu...3 FEB takkan saya lupa..hari dimana saya kehilangan 2 sekaligus janin-janin saya...semoga mereka menanti saya di syurga..aminnn

Memang suatu pengalaman yang indah apabila seminggu selepas menjalani suatu rawatan keputusan hcg menunjukkan saya hamil dan lebih menggembirakan lagi doktor mengatakan ianya kembar..tak pasti kembar 2 atau 3. Lebih gembira lagi melihat upt yang positif.Bayangkan sepanjang tempoh perkahwinan...saya pernah hamil 3 kali...biasanya kandungan telah berusia 2 bulan baru saya dapat melihat 2 line ini dengan jelas. Sudah pastilah kali ini sangat jelas kerana kandungan lebih dari satu. Kita akan berkongsi pengalaman ini dengan orang yang paling rapat dengan kita kan.Pada awalnya saya tak mahu announce kepada kawan-kawan. Tahu apa yang terdetik di hati ini. Kalaulah kandungan ini tidak kekal lama..saya belum sempat berkongsi kegembiraan dengan rakan-rakan. Tak mengapalah jika ianya hanya sementara....Saya tak sangka rasa hati saya ini benar. .Ada kisah lain di sebalik ini....Dari jam 6 saya bleeding...jam 7.30 baru suami bawa saya ke hospital, sedih. dalam keadaan yang kelam kabut..faham2 jerlah..semua main redah...Tak tahulah apa yang ada di fikiran dia.Jika saya..saya akan tinggalkan apa sahaja yang saya tengah buat dan pergi terus tanpa perlu menukar pakaian. Sampai sahaja di hospital saya menuju ke toilet dan melihat ada darah beku jatuh ke dalam mangkuk tandas. Doktor mengulangi upt...ketika saya masuk ke toilet kali kedua untuk menjalani upt....seketul benda dengan bunyi plop jatuh ke dalam lubang tandas. Saya amat pasti ianya janin. Dalam perjalanan pulang saya merasakan darah mengalir semakin deras...keluar sahaja kereta untuk masuk kedalam rumah..darah telah mula meleleh sehingga ke kaki dan menitik dilantai luar rumah. Masuk sahaja ke toilet saya menjumpai satu lagi janin terkulai kaku dengan rasa yang masih panas pada panty liner. Tuhan sahaja yang mengetahui perasaan ketika itu.

Baru-baru ini doktor mendapati di dalam scan terdapat ketulan darah beku..manakala upt saya telah bertukar menjadi negatif.Menunggu appoiment doktor esok..ibarat menunggu keputusan ke tali gantung...Teringat akan kata seorang kawan kerana membandingkan saya dengan seorang rakan yang lain. Pernah ke dia menyelami selama 4 tahun ini apa yang saya lalui. Siri keguguran 3 kandungan saya. Kehilangan kandungan dan sebagainya. Bukan minta simpati. Nah hari ini di tambah dengan kehilangan kembar lagi. Allah memang tidak memilih dia..sebab dia tidak mampu..jika terjadi kepada dirinya pasti dia jatuh terduduk. Ini bukan soal menyalahkan sesiap..saya terima takdir ini.Cuma saya suka mengkaji...dan membuat penambahbaikkan kepada apa yang kita lalui. ..Biarlah kita memilih kawan...asalkan kita bahagia dan pesan seorang teman...kawan boleh dicari..tetapi anak......pergi tak kembali..


aku redha dengan takdir yang menguji keimananku ini...




4 comments:

uMie daNish said...

sabar yerk...pasti ada hikmahnye..Allah xkan menguji kita klu kita x mampu..
dan ujian Allah tu tandanya Allah sygkan kita..

blackroses said...

tq umie

Kelab Kembar Malaysia said...

InsyaAllah ada rezeki lain lepas ni.. macam wife saya 2 kali gugur sebelum dapat anak sulung.. lepas dapat kembar Alhamdullillah.. teruskan berdoa.. sahabat saya 14 tahun menunggu.. akhirnya Allah balas kesabaran itu dengan anak sendiri sebab sebelum tu dia ada bela anak angkat 2 org..

blackroses said...

yupp..saya sednang diduga ketika ini...