Friday, May 6, 2011

ZIKIR USTAZ DZULKARNAIN


Assalamualaikum semua...semoga diberi kesihatan dan kelapangan hati dan hari untuk beribadah kepada-Nya.Syukur alhamdullillah kerana celik sahaja mata kita masih mampu melihat orang yang dikasihi, disayangi dan dicintai. Subhanallah..Maha Suci Allah, dengan nikmat dan kurnia dari-Nya, dengan nikmat mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk menghidu dan lidah untuk merasa.

Sejauh mana semua nikmat ini kita manfaatkan sebaiknya ke jalan Allah. Kita sering mengharapkan sesuatu dari-Nya, apa pula yang Allah harapkan dari kita, tidak lain selain

1. Bersyukur atas kurnia rezeki-nya kepada kita.
2. Redha dengan siri-siri ujian dari-Nya.
3. Tunduk sujud dan beribadat kepada-Nya.

Kalau ada sesiapa yang selalu dan rajin dengar selepas azan 5 waktu solat di astro oasis akan di paparkan zikir-zikir indah daripada Ustaz Amal,Munif dan Ustaz Dzulkarnain. Saya paling suka dengan alunan zikir ustaz Dzulkarnain..sangat indah, lapang dada dan damai sekali. Sukar untuk menggambarkan suasana hati ketika itu. Malah telah acapkali air mata saya menitis ketika mendengar alunan zikir tersebut. Terasa kekerdilan di bumi-Nya ini. Cubalah..at least, sehari sekali dengar..tatkala kita kesunyian, kesepian, kekalutan, kekecewaan dan hilang arah..inilah jawapannya. 100% dijamin.

No comments: