Doa untuk dapat zuriat.
Doa adalah sebagai satu cara untuk kita memohon kepada-Nya. tidak ada jalan singkat atau jalan mudah untuk mencapai sesuatu. Jika kita memperolehi sesuatu tanpa memohon dari-Nya itu adalah rahmat dari Nya.Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.
Doa Nabi Ibrahim a.s.
Allhuma innaka ta'lamusirniiwa'alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta'lamu haajatii fa a'thinii su'lii wa ta'lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii
Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’
Doa Nabi Zakaria. a.s.
Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin
Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi
Surah Al-Anbiya:21:89
Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa
Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa
Surah Ali Imran 3:38
Doa sebelum persetubuhan
BIsmillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa.
Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan juahkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami (anak)
Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri bacaan doa sebelum melakukan persetubuhan demi untuk menghindar dari gangguan syaitan keatas janin kerana diriwayatkan bahwa setan boleh menganggu apabila pembentukan janin berlaku. Mungkinkah ini yang menyebabkan kecacatan pada janin dan kehamilan Molar.
2 comments:
thx 4 this info..i will amalkan...:))
sama-sama...masih mencuba ek..sama2lah kita..apa-apaPUN REZEKI DARI Allah.doa ni sebahagian usaha
Post a Comment