Thursday, August 12, 2010

PANTAI MORIB HARI INI..

0 comments


Assalamualaikum semua....lama juga tidak bersiaran. Terus kepada tajuk..inilah wajah Pantai Morib yang terbaru. Walau banyak kutukan dan cercaan tentangnya...namun aku sebagai warga Kuala Langat berbangga, Morib satu- satunya Pusat Rekreasi yang ada disini mampu menarik pengunjung serta pelancong ke sini. Kepada mereka yang belum sampai disini marilah datang berkunjung menikmati pemandangan yang amat indah sekali terutama pada waktu matahari terbenam..memang cantik suasananya.Selain trek- trek di bina cantik, malah taman permainan juga begitu selesa dan juga info- info berguna kepada semua pengunjung. Replika hasil laut juga begitu menarik sekali.


Sunday, July 4, 2010

IUI STEP IS BEGAIN

9 comments

Inilah dia ubat yang aku dapat semalam dan hari ini. Ubat yang pertama gambar dari kanan tu, itu asid folic(untuk sebulan), diikuti dengan ponstan(bagi mengurangkan darah)- doktor kasi aku ubat ni sebab darah haid aku keluar macam aku tumpah darah, next adalah metmofin(untuk bantu program ni berjaya), seterusnya adalah vitamin tambah darah. Selain ubat - ubatan ni...mulai hari ini aku kena suntik dengan dos ubat. harga satu dos ubat adalah rm170, oleh kerana 2 dos so semuanya adalah rm340 sekali injection.Injection ni akan diberi sebanyak 5 kali, hari ke-3(hari ini), hari ke-5(selasa) dan hari ke-7(khamis). Untuk ini aku perlu berbincang dengan pihak atasan untuk membenarkan aku keluar. Aku tak pastilah urusan aku dipermudahkan atau tidak. Manakala esok suami aku akan repeat sperm count untuk melihat kesan antibiotik yang doktor beri selama sebulan. Semalam apabila aku berjumpa doktor apabila mendegarkan injection, kos ubat serta mengenangkan kos-kos yang dah aku tangung, serta merta aku rasa sedih dan berdebar-debar. Bahkan hari ini memandu ke Metro Maternaty, Bantingpun air mata aku sempat bergenang. Manakan tidak, sebulan yang lalu aku berkorban untuk tidak ke BTN. Tetapi, rezeki tidak menyebelahi aku. Sebulan yang lalu je aku dah habis hampir 1K. Apa yang buat aku rasa sedih, aku terfikir sampai bila aku perlu lalui semua ini. Besar sungguh dugaan aku. Sementa orang diluar sana membuang sewenang-wenangnya.