
Saturday, June 26, 2010
AKU DAH ADD GAMES DALAM BLOG AKU

Friday, June 25, 2010
CONTEST MATA MENAWAN

Ini contest ketiga saya sertai. Berbeza pada kali ini contest ini di promote oleh my buddy Yanna Faisal...siap call..ko mesti masuk malam ni juga tau. adehh..yanna..yanna..actually, kebetulan saya memang ada simpan beberapa keping gambar yang fokus tang mata. Tidak mengapa jika tidak berjaya, sekurang-kurangnya dapat berkenalan dengan adik fatin fatihah...
Jika anda berminat menyertai bagaimana caranya....
nama contest ni contest mata menawan
syarat-syarat penyertaan :)
1. wajib menjadi follower blog fatencumyl.blogspot.com
2. pastikan gambar anda seorang sahaja (kalau ada gambar orang lain tak bole)
3. pastikan 1 gambar je taw..
EWAH
KINA
whiteymommy
7.contest ini berakhir pada 31 julai 2010.
8. selepas dah join contest ni tinggalkan link anda di ruangan komen entri contest mata menawan ni.serta link referral anda :)
HADIAH YANG DITAWARKAN AMATLAH MENARIK BAGI SAYA PENGEMAR CONTACT LENSE
pemenang mata menawan: * akan dapat 1 pasang contactlens made in korea yang tahan 1 tahun dan pemenang akan decide sendiri nak contactlens warna apa..(fatin akan contact dgn pemenang kalau dia ada rabun fatin akan bagi dia contactlens yg ada power)
*akan dapat hadiah misteri yang boleh mencantikkan mata.
referral terbanyak: akan dapat hadiah misteri dari fatin.(hadiah yang boleh mencantikkan mata)
INILAH GAMBAR YANG AKU PILIH UNTUK PENYERTAAN AKU..TAK TAHULAH OK KE TAK?


Thursday, June 24, 2010
WE ARE ALL BLACK
Look at us...we are all black on Wednesday. I'll catch we are fourth of black girls on Wednesday. This is the great moment and the great capture i ever get. From the left is Pn. Nur Hani Brenda Abdullah who is Sarawakian girls which is found her soulmate from Kelanang Selangor. Teaching science and Bahasa Melayu at level 1. Stand the next is Pn. Sipah Sizah binti Md. Khamis, which use ' Hajar' as her name nowaday. She is science teacher. The third person of course this is me. There was a long time i'm not wearing a black one. The last person stand behind me is Pn. Noor Sarmilah Tukiran. She is a Great English Teacher in my school...
note: This is the first trial i wrote in English...i'm not an English Teacher and not good or fluent in English at all, but i try my best...what say you!!

Tuesday, June 22, 2010
KONVOKESYEN KE-8 OPEN U-BACHELOR EDU IN MATH
Akhirnya aku bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dalam Matematik dengan Kepujian. Perjuangan selama 4 Tahun terbalas jua. Daripada berstatus Bujang sehinggalah berkahwin. Terlalu banyak kisah pahit dan manis sepanjang bergelar pelajar. Begitu banyak juga perkara yang telah dan perlu dikorbankan sepanjang pengajian. Berbeza sekali dengan belajar sepenuh masa dahulu ketika mengambil Diploma di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, masa waktu dan fokus hanya kepada belajar. Mengambil pengajian secara jarak jauh menuntut pengorbanan yang amat besar. Malah pada awal 2006, ketika itu aku ditawarkan 2 pengajian yang berbeza serentak. 1 secara sepenuh masa dan bergaji separuh manakala 1 lagi separuh masa. Tahun pertama pengajian aku bergelut dengan persiapan perkahwinan. Tahun kedua pula abang yang sulung sakit dan rutin bertukar hospital, rumah, kuliah, sekolah. Tahun ketiga aku begitu stress dengan siri- siri keguguran yang aku alami sehingga aku gagal satu paper dan perlu mengulang. Syukur, Allah membantu aku. aku lulus. Tahun keempat tahun akhir memang sangat stress apabila perlu menyiapkan projek kajian. Memang sedih apabila konvo kali ini arwah abang dan arwah ayah tak ada. Menahan perasaan adalah sesuatu yang amat sukar untuk aku sepanjang konvo ini. Yang pasti aku telah menunaikan impian arwah ayah untuk melihat aku mengengam segulung ijazah. Memang aku sangat rindukan saat belajar. Setelah aku confirm dalam DG41..aku bercadang untuk menyambung pangajian aku ke peringkat Master. Semoga dipermudahkan olehnya..AMINNNN

Sunday, June 20, 2010
I-CITY SHAH ALAM

Saturday, June 19, 2010
CONTEST CABUTAN BERTUAH, MENANGI RM50
Seorang graduan University Pertahahanan Malaysia, Farhan Razak telah menganjurkan satu contest cabutan bertuah. Caranya cukup mudah untuk menyertai.
Hadiah RM50 menanti anda!
SYARAT2 NYE AMAT MUDAH
1.Jadi FOLLOWER blog FarhanRazak.
2.PASTE Link Cabutan Bertuah seperti di atas di Blog anda.
3.Tulis satu POST yg anda dh pun masuk cabutan nih.
Hanya 3 syarat sudah cukup. Senangkan?!?
Anda mestilah meletakkan link diatas utk memudahkan saya untuk mengenalpasti peserta.
Kerana bukan 100% daripada followers blog ini merupakan peserta.
Pemenang akan diundi dlm kalangan Followers.
So, if anda x memasang link & jika anda terpilih, anda tidak dikira pemenang
Tarikh tutup penyertaan 30 Jun 2010.
Klik banner dibawah untuk menyertai...
CEPAT!!!! SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN 30 JUN 2010...SELAMAT ,MENYERTAI DAN SELAMAT MENJADI PEMENANG YANG DICARI

BAIM WONG-HERO BENCI BILANG CINTA


Friday, June 18, 2010
PERCUTIAN KELUARGA KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Untuk pengetahuan korang aku ambik yang 2 bedroom yang mana kadarnya adalah RM380 semalam. Kami menginap 3 hari 2 malam. Bilik pertama mak,kakak ipar dan anak buah aku. Manakala bilik kedua pula aku dan suami. Kemudahan dan kelengkapan semua memuaskan hati. Untuk Suria ni dia ada 2 apartment seperti yang tertera diatas. Cuma masa datang tu Laketown Service Apartment tu belum standby lagi. Kemudahan yang disediakan adalah seperti kolam renang, karaoke, gym, spa dan sebagainya.
Selesai bab hotel. Bab Taman Tema Bukit Merah pula. Taman tema di sana menawarkan beberapa perkhidmatan. Yang nampak macam kereta kabel tu namanya chairlift. Memang ngeri rasanya apabila kita melihat ke bawah. Dari atas kita akan melalui Waterpark(taman air). Nampak yang ada gambar suami aku tu, itu namanya Skycycle..Boleh senaman tangan beb. Yelah apa tak..orang kayuh pakai kaki..naik ni kena kayuh pakai tangan. Aku gilir2 hubby blah kanan..aku kayuh blah kiri..lenguh tangan seh.Bila sampai tang tinggi sikit memang penat. Ecopark, Waterpark, Pulau Orang Hutan memang kami tak pergi..kos bagi setiap tempat ni menjangkau rm25-rm50 seorang. Chairlift dan Skycycle ni rates dia antara rm5-rm6 sahaja. Masa jalan - jalan kat sana kami jumpa fishspa.Meman murah berbanding di JJ Bukit Tinggi. Di sini hanya RM10 sahaja dalam masa 15 minit.Bagi yang ada anak- anak..pergilah bercuti ke sana. Sure puas hati sebab one stop centre. Kalau nak murah ambik pakej combo, murah sikitlah berbanding kita bayar satu- satu nak masuk. Soal makan, di Taman Tema ni makanan memang kureng skit. Kami makan depan tol. Puas hati dan murah.

Monday, June 14, 2010
FRIENDSHIP AWARD

1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY, APA PERASAAN ANDA?
Alhamdullillah syukur..selalu tengok kat blog orang jer
2. BERITAHU SAPA DAN LINK AWARD INI?
http://mamawiwin.blogspot.com/ ( SHAKINA)
3. NAME THAT PEOPLE CALL YOU?
4.THING YOUR HAVE DONE YESTERDAY?
Semalam pergi kenduri kahwin...2 rumah. 1 rumah sedar 1 lagi rumah kawan sekolah
5. FIVE WAY TO BE HAPPY?
1.Mengaji
KAWAN-KAWAN YANG KENA TAG
Semua rakan dalam friend list

ANAK OH ANAK

Tajuk anak itu sahaja telah membuatkan aku tersentuh. Yerlah..lagi 2 bulan usia perkahwinanku akan menjangkau 4 tahun. Dalam tempoh 4 tahun tu bermacam suka duka aku lalui...Seawal 3 bulan selepas kahwin aku telah dikhabarkan dengan berita kehamilanku..kala itu perasaan siapa yang tidak teruja..gembira dan suka..yerlah sebulan sebelum itu kami suami isteri pergi berjumpa doktor untuk memastikan punca aku tidak mengandung lagi..Memang indah saat itu. Rasanya dunia bagai dimiliki seketika.

Sunday, June 13, 2010
GAMES FAVOURITE DI FACEBOOK

I'LL BAKED MY OWN BREAD AND PIZZAS..


BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Melihatkan pada map Bukit Merah laketown Resort ni macam best kan. Rasa tak sabar nak pergi sana. Percutian kali ini agak berlainan, biasanya percutian kami lebih berkonsep bulan madu sebab kami pergi berdua. Bulan madu pertama kami ke Bukit Tinggi...Tahun kedua perkahwinan kami ke Genting Highland..Tahun lepas ke Cameron Highland. Kali ini agak berlainan sebab kami bawa mak dan kakak ipar bersama beserta anaknya yang berumur 9 tahun. Sebelum kematian abang yang sulung kami rancang nak bercuti, memang agak menyedihkan hasrat tersebut tidak tertunai. Masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku akan kata-kata terakhir arwah abang yang mengatakan dia hendak pergi berjalan jauh. Kami sangkakan berjalan jauh tu pergi bercuti.rupanya transit ke alam barkah.Percutian kali ini juga bukan setakat percutian sahaja, kami akan melawat sepupu yang sedang terlantar sakit di Hospital Taiping. Binggung bila memikirkan semua anak sulung dalam setiap keluarga sakit dan arwah abang aku yang pertama sekali pergi. Inilah penyakit keturunan kami kencing manis sakitnya yang sama sepupu aku hidapi. Berbeza dengan arwah abang yang meninggal kerana menderita kanser usus pada awalnya yang lama kelamaan melarat ke kanser perut dan sebagainya. Apa-apapun doakan keselamatan perjalanan kami ke sana dan dapat release tension..AMINNN

Tuesday, June 8, 2010
RYNA WARDROBE& LUCKY DRAW
-Cotton Dress
-Chiffon Dress
-Lycra Dress
-Belt
-Long Sleeve
-Blouse
-Gown
-Warm Dress
-T-Shirt
Silalah klik di banner dibawah ini:
Ownernya Rina kini sedang mengadakan contest dan sebanyak 20 hadiah ditawarkan...bagi yang berminat anda berminat anda boleh mendapatkan maklumat daripada link pada banner di bawah :
SELAMAT MENYERTAI DAN SELAMAT MEMBELI - BELAH SAMBIL MENJAMU MATA ANDA!!!!!
ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI
KINI MEMBELI BELAH SEMUDAH SATU KLIK...

RONGGENG TIME
Hah..selalu aku kelaur ronggeng dengan kawan-kawan kan atau dengan hubby. Hari ni aku bawak mak dan anak buah aku...Tengah jalan-jalan kat JJ..ekali nampak offer kasut...so aku rembat 3 pasang....gilos kan..mana taknyer..sepasang cuma rm18...rugi woo tak beli....Selain objektif utama nak belikan hadiah harijadi hubby...
Aku memang blurr dan tak tau nak beli hadiah aperr..so aku decide belikan cd PS3 untuk hubby...ok what...2 ni jer dah RM...++.Pastu cd ni latest punyerr..Sebab laki aku suka bola aku belilah cd bola....
Masa dok jalan-jalan kat JJ tu aku dapat sms pasal anak sorang kakitangan sekolah aku masuk ICU di HTAR, Klang.So aku decide pergi sana.Memang kesian melihatkan keadaannya terlantar dan bergantung dengan mesin-mesin serta wayar-wayar. Bila aku bertanyakan keadaannya dan punca..kata nurse yang menjaga di situ...suspect demam denggi ataupun kencing tikus..Terus aku teringat akan kisah Arwah Din Beramboi. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan anak rakan setugas aku ini yang juga merangkap ustazah aku dulu...AMINNN

Monday, June 7, 2010
I LOVE C.I.N.T.A

APPOIMENT GYNAE


MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BUAH SUAMI
Majlis ni berlangsung semalam di Kediaman Kakak Ipar aku di Kanchong Darat...15 dulang dibalas dengan 11 dulang daripada lelaki. Aku dapat tanggungjawab untuk buat sireh junjung..ramai juga tetamu yang datang dari rombongan piak lelaki..anggaran dalam lebih kurnag 40 orang.Majlis berjalan dnegan lancar.Tema warna hijau dan putih....ada sorang budak ni umur setahun lebih..aku tengah dok keluarkan kamera dia dah berdiri possing depan aku..apalagi snaplah gambar dia yang cute lagi comel tu..anak buah aku plak si iman tak tahu duduk diam sebab dah pandai merangkak..satu rumah dirayaunyerr... lepas ni tinggal tunggu majlisnya sahaja.tempoh yang diberi setahun setengah...anak buah suami ni kerja kat MAIS(Majlis Agama Islam Selangor)

AKU DAH PANDAI BUAT ROTI

Saturday, June 5, 2010
RONGENG WITH YANNA...
Sedang boring-boring tiba-tiba mesejku berbunyi...daripada Puan Yanna rupernyer...emidiately aku ajak dia ronggeng kat JayaJusco Bukit Tinggi...mula-mula kami pi makan Kenny Rogers....dah kenyang kami pi Fish Spa...hehehehhehe...nak gak rasa macammana yang yanna cerita kaki kena jilat dengan ikan...mak aihhh..mula-mula celup kaki aku dah gelak-gelak..tak tahan geli...adalah dalam 10-15 minit aku asyik gelak jer..sebab geli...lama-lama geli tu tukar jadi best dan rasa macam ada caj elektrik jer kat kaki aku...Memang menarik pengalaman ni...lepas kami habis 30minit kat situ....turun ke level bawah..yanna kata aku ada letrik..WAHHH..aku dah jadi elektrik women lah plak...pastu kami pergi APT...wash+blow+iron....syok giler kepenatan rasa nak tidur jer kena urut kepala..yanna plak boring tunggu turn...camnilah dia time boring...

sian ko yanna.....adehhh..rupernyer salah masuk pintu ek..hahahhaha...tapi memang syiokk lah hari ni...lagi-lagi dapat makan jambu batu best....terima kasihlah pada yanna sebab sudi temankan aku hari ni..seharian betul kat JJ...dari kul 11lebih sampai 6lebih aku sampai umah....wahhhh...gilos tul

Wednesday, June 2, 2010
APO KONO EH JANG

Tuesday, June 1, 2010
UBAT LAGI..................

5.30 petang...just back from my gynae....TVS(transvaginal scan) doc ukur saiz folikel(telur) paling besar 13.2 dan 12.7....doc kata ada banyak telur lain yang kecil-kecil..sebelah kiri semua kecil...doc kasi clomid lagi...kena makan lagi 5hari...bersama- sama dengan tu doc kasi sekali metmophin(ubat kencing manis)tapi bukan sebab aku ada kencing manis. doc kata ubat tu untuk halang kesan pcos daripada mengagalkan kerja clomid.Selain tiu supaya berat aku turun lagi.Actually aku memang tengah tak ada selera makan sekarang ni.Kalau ikut last aku jumpa gynaepun...berat aku dah turun 5 kilo daripada perjumpaan yang last tu. Doc kata tak cukup..kena turunkan lagi...huuu...doc kasi appoiment ahad ni untuk tengok telur lagi..kalau telur masih macam tu doc akan cancelkan cycle ni.
