Sunday, June 13, 2010

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT


Melihatkan pada map Bukit Merah laketown Resort ni macam best kan. Rasa tak sabar nak pergi sana. Percutian kali ini agak berlainan, biasanya percutian kami lebih berkonsep bulan madu sebab kami pergi berdua. Bulan madu pertama kami ke Bukit Tinggi...Tahun kedua perkahwinan kami ke Genting Highland..Tahun lepas ke Cameron Highland. Kali ini agak berlainan sebab kami bawa mak dan kakak ipar bersama beserta anaknya yang berumur 9 tahun. Sebelum kematian abang yang sulung kami rancang nak bercuti, memang agak menyedihkan hasrat tersebut tidak tertunai. Masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku akan kata-kata terakhir arwah abang yang mengatakan dia hendak pergi berjalan jauh. Kami sangkakan berjalan jauh tu pergi bercuti.rupanya transit ke alam barkah.Percutian kali ini juga bukan setakat percutian sahaja, kami akan melawat sepupu yang sedang terlantar sakit di Hospital Taiping. Binggung bila memikirkan semua anak sulung dalam setiap keluarga sakit dan arwah abang aku yang pertama sekali pergi. Inilah penyakit keturunan kami kencing manis sakitnya yang sama sepupu aku hidapi. Berbeza dengan arwah abang yang meninggal kerana menderita kanser usus pada awalnya yang lama kelamaan melarat ke kanser perut dan sebagainya. Apa-apapun doakan keselamatan perjalanan kami ke sana dan dapat release tension..AMINNN

No comments: