Friday, June 18, 2010

PERCUTIAN KELUARGA KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Salam semua..aku dan family dah selamat sampai petang semalam daripada Bukit Merah.Percutian kali ini aku bawa mak, kakak ipar, anak buah dna suami. Kami memilih untuk menginap di Suria Service Apartment memandangkan kami datang berlima. Bagi sesiapa yang ingin tahu kadar yang dikenakan di Hotel ini, di sini aku sertakan keratan rates yang diberi oelh pihak hotel untuk rujukan jika ada sesiapa yang nak pergi lepas ni ..


Untuk pengetahuan korang aku ambik yang 2 bedroom yang mana kadarnya adalah RM380 semalam. Kami menginap 3 hari 2 malam. Bilik pertama mak,kakak ipar dan anak buah aku. Manakala bilik kedua pula aku dan suami. Kemudahan dan kelengkapan semua memuaskan hati. Untuk Suria ni dia ada 2 apartment seperti yang tertera diatas. Cuma masa datang tu Laketown Service Apartment tu belum standby lagi. Kemudahan yang disediakan adalah seperti kolam renang, karaoke, gym, spa dan sebagainya.

Selesai bab hotel. Bab Taman Tema Bukit Merah pula. Taman tema di sana menawarkan beberapa perkhidmatan. Yang nampak macam kereta kabel tu namanya chairlift. Memang ngeri rasanya apabila kita melihat ke bawah. Dari atas kita akan melalui Waterpark(taman air). Nampak yang ada gambar suami aku tu, itu namanya Skycycle..Boleh senaman tangan beb. Yelah apa tak..orang kayuh pakai kaki..naik ni kena kayuh pakai tangan. Aku gilir2 hubby blah kanan..aku kayuh blah kiri..lenguh tangan seh.Bila sampai tang tinggi sikit memang penat. Ecopark, Waterpark, Pulau Orang Hutan memang kami tak pergi..kos bagi setiap tempat ni menjangkau rm25-rm50 seorang. Chairlift dan Skycycle ni rates dia antara rm5-rm6 sahaja. Masa jalan - jalan kat sana kami jumpa fishspa.Meman murah berbanding di JJ Bukit Tinggi. Di sini hanya RM10 sahaja dalam masa 15 minit.Bagi yang ada anak- anak..pergilah bercuti ke sana. Sure puas hati sebab one stop centre. Kalau nak murah ambik pakej combo, murah sikitlah berbanding kita bayar satu- satu nak masuk. Soal makan, di Taman Tema ni makanan memang kureng skit. Kami makan depan tol. Puas hati dan murah.



No comments: