Saturday, June 26, 2010

AKU DAH ADD GAMES DALAM BLOG AKU

0 comments

So Far, setakat penjelajahan aku ke blog orang lain, aku belum jumpa lagi yang letak online gaming dalam blog diorang. Ni aku bukan aku nak tunjuk pada orang yang blog aku ada games..aku tak kisahpun kalau korang nak main. Tak main, atau tak trypun takpe, sebab aku memang suka main games waktu lapang. Tentang games ni. Game ni games memory, korang kena match kanlah gambar yang sama. Semua gambar berkisar daripada filem Garfield. Watak-watak, animasi dan sedikit sedutan cerita semuanya daripada filem Garfield. Memang tak ambik masa yang lamapun loading games ni. Setakat ni, xsampai 2 saat aku log in ke blog aku..games ni dah habis loading.Malah games ni keluar dulu daripada post - post aku. Korang jangan lupa try ye...sampai berjaya..Good Luck...


Friday, June 25, 2010

CONTEST MATA MENAWAN

3 comments

Ini contest ketiga saya sertai. Berbeza pada kali ini contest ini di promote oleh my buddy Yanna Faisal...siap call..ko mesti masuk malam ni juga tau. adehh..yanna..yanna..actually, kebetulan saya memang ada simpan beberapa keping gambar yang fokus tang mata. Tidak mengapa jika tidak berjaya, sekurang-kurangnya dapat berkenalan dengan adik fatin fatihah...
Jika anda berminat menyertai bagaimana caranya....
nama contest ni contest mata menawan
syarat-syarat penyertaan :)


1. wajib menjadi follower blog fatencumyl.blogspot.com
2. pastikan gambar anda seorang sahaja (kalau ada gambar orang lain tak bole)
3. pastikan 1 gambar je taw..


4. pastikan nampak mata anda ye. tak kesah la gambar tu edit ke tak janji nampak mata (nama pun contest mata menawan kan)

5. letakkan banner contest di atas kat sidebar blog korang :)

6. sediakan 1 entri khas tentang contest ni dan tag kawan anda minimum 2 orang.maximum suka hati....so..saya tag
EWAH

KINA

whiteymommy

7.contest ini berakhir pada 31 julai 2010.

8. selepas dah join contest ni tinggalkan link anda di ruangan komen entri contest mata menawan ni.serta link referral anda :)


HADIAH YANG DITAWARKAN AMATLAH MENARIK BAGI SAYA PENGEMAR CONTACT LENSE


pemenang mata menawan: * akan dapat 1 pasang contactlens made in korea yang tahan 1 tahun dan pemenang akan decide sendiri nak contactlens warna apa..(fatin akan contact dgn pemenang kalau dia ada rabun fatin akan bagi dia contactlens yg ada power)
*akan dapat hadiah misteri yang boleh mencantikkan mata.


referral terbanyak: akan dapat hadiah misteri dari fatin.(hadiah yang boleh mencantikkan mata)


INILAH GAMBAR YANG AKU PILIH UNTUK PENYERTAAN AKU..TAK TAHULAH OK KE TAK?












Thursday, June 24, 2010

WE ARE ALL BLACK

0 comments

Look at us...we are all black on Wednesday. I'll catch we are fourth of black girls on Wednesday. This is the great moment and the great capture i ever get. From the left is Pn. Nur Hani Brenda Abdullah who is Sarawakian girls which is found her soulmate from Kelanang Selangor. Teaching science and Bahasa Melayu at level 1. Stand the next is Pn. Sipah Sizah binti Md. Khamis, which use ' Hajar' as her name nowaday. She is science teacher. The third person of course this is me. There was a long time i'm not wearing a black one. The last person stand behind me is Pn. Noor Sarmilah Tukiran. She is a Great English Teacher in my school...

note: This is the first trial i wrote in English...i'm not an English Teacher and not good or fluent in English at all, but i try my best...what say you!!

Tuesday, June 22, 2010

KONVOKESYEN KE-8 OPEN U-BACHELOR EDU IN MATH

5 comments

Akhirnya aku bergelar Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dalam Matematik dengan Kepujian. Perjuangan selama 4 Tahun terbalas jua. Daripada berstatus Bujang sehinggalah berkahwin. Terlalu banyak kisah pahit dan manis sepanjang bergelar pelajar. Begitu banyak juga perkara yang telah dan perlu dikorbankan sepanjang pengajian. Berbeza sekali dengan belajar sepenuh masa dahulu ketika mengambil Diploma di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, masa waktu dan fokus hanya kepada belajar. Mengambil pengajian secara jarak jauh menuntut pengorbanan yang amat besar. Malah pada awal 2006, ketika itu aku ditawarkan 2 pengajian yang berbeza serentak. 1 secara sepenuh masa dan bergaji separuh manakala 1 lagi separuh masa. Tahun pertama pengajian aku bergelut dengan persiapan perkahwinan. Tahun kedua pula abang yang sulung sakit dan rutin bertukar hospital, rumah, kuliah, sekolah. Tahun ketiga aku begitu stress dengan siri- siri keguguran yang aku alami sehingga aku gagal satu paper dan perlu mengulang. Syukur, Allah membantu aku. aku lulus. Tahun keempat tahun akhir memang sangat stress apabila perlu menyiapkan projek kajian. Memang sedih apabila konvo kali ini arwah abang dan arwah ayah tak ada. Menahan perasaan adalah sesuatu yang amat sukar untuk aku sepanjang konvo ini. Yang pasti aku telah menunaikan impian arwah ayah untuk melihat aku mengengam segulung ijazah. Memang aku sangat rindukan saat belajar. Setelah aku confirm dalam DG41..aku bercadang untuk menyambung pangajian aku ke peringkat Master. Semoga dipermudahkan olehnya..AMINNNN


Sunday, June 20, 2010

I-CITY SHAH ALAM

2 comments
Inilah dia pemandangan di I-City, Shah Alam..cantik kan? anda tak berminat ke nak pergi menjengah. memang berpuas hatilah. Untuk ke sana anda kena melalui Federal Highway dan mengambil jalan ke arah Jaya Jusco Bukit Raja. Aku cadangkan kalau korang nak pergi, pergilah hari kerja. Aku pergi malam tadi malam weekend..faham-faham sahajalah. Kereta bersusun macam nak pergi tengok artis je. Dengan jalan yang mengalami kesesakan lalulintas..semua menuju ke arah yang sama...iaitu I-City. I-City ini adalah di bawah projek MSC Malaysia. Memang cantik apabila lampu-lampu kecil dibentuk menjadi pokok, binatang dan pelbagai irama lampu dapat dilihat. Nak pergi sana, parking jangan risau, banyak tempat yang disediakan. Selain lampu-lampu menarik dan pelbagai warna terdapat juga gerai-gerai jualan yang menawarkan pelbagai jenis menu. Kebetulan semasa berjalan-jalan di gerai makanan aku terlihat satah..yang mana hanya boleh ditemui di Pahang. So, aku belilah. Aku cadangkan anda bawalah keluarga ke sana. Pasti puas hati. Tak lupa juga aku nak promote rumah salji dia. Memang cantiklah. Tapi awas, satu yang aku nak pesan, ketika di sana ada pengawal keselamatan. Mereka ni bukan setakat jaga trafik malah menjaga pokok-pokok berlampu ni, yang patutnya apabila kita pegang pokok tu sikit dia akan tiup wisel. Tak boleh ke datang elok-elok beritahu. For surelah malu muka ni. adusss



Saturday, June 19, 2010

CONTEST CABUTAN BERTUAH, MENANGI RM50

0 comments
Ini contest kedua aku join, seronok juga bila ada contest ni, bukan pe, bertambahlah aktiviti aku di dalam blog ni, so taklah setakat post dan baca blog orang je. Bila dapat join contest ni selain menambah kenalan, adalah aktiviviti terisi walaupun tiada masa lapang..anda tak nak join ke?apa tunggu lagi?

Seorang graduan University Pertahahanan Malaysia, Farhan Razak telah menganjurkan satu contest cabutan bertuah. Caranya cukup mudah untuk menyertai.
Hadiah RM50 menanti anda!


SYARAT2 NYE AMAT MUDAH

1.Jadi FOLLOWER blog FarhanRazak.
2.PASTE Link Cabutan Bertuah seperti di atas di Blog anda.
3.Tulis satu POST yg anda dh pun masuk cabutan nih.


Hanya 3 syarat sudah cukup. Senangkan?!?
Anda mestilah meletakkan link diatas utk memudahkan saya untuk mengenalpasti peserta.
Kerana bukan 100% daripada followers blog ini merupakan peserta.
Pemenang akan diundi dlm kalangan Followers.
So, if anda x memasang link & jika anda terpilih, anda tidak dikira pemenang

Tarikh tutup penyertaan 30 Jun 2010.

Klik banner dibawah untuk menyertai...




RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!


CEPAT!!!! SEBELUM TARIKH TUTUP PENYERTAAN 30 JUN 2010...SELAMAT ,MENYERTAI DAN SELAMAT MENJADI PEMENANG YANG DICARI

BAIM WONG-HERO BENCI BILANG CINTA

0 comments
Kejadian tuhan yang satu ini memang tidak dapat dinafikan sempurna sekali.Fuhhh...Baim Wong, hero utama sinetron Benci Bilang Cinta. Memang hensem, rasanya semua setuju dengan aku kan?Namanya sahaja telah menunjukkan dia bukan beragama islam. Begitulah di Indonesia, bangsa lain pertuturannya turut sama seperti melayu di sana. Dalam sinetron tersebut beliau digandingkan dengan Marshanda, gadis cantik lagi comel. Dari dulu lagi aku suka Marshanda.Rupa- rupanya mereka berdua ni memang pernah couple dan dikhabarkan telah putus( 2007) sehingga kini kalau mereka couple kembali tak tahulah. Baim ini dikatakan mudah jatuh cinta pada perempuan yang cantik. LELAKI..lagi-lagi dnegan rupa parasnya yang sempurna ini, aku yakin mana-mana perempuanpun pasti akan mudah jatuh hati padanya.

Friday, June 18, 2010

PERCUTIAN KELUARGA KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

0 comments
Salam semua..aku dan family dah selamat sampai petang semalam daripada Bukit Merah.Percutian kali ini aku bawa mak, kakak ipar, anak buah dna suami. Kami memilih untuk menginap di Suria Service Apartment memandangkan kami datang berlima. Bagi sesiapa yang ingin tahu kadar yang dikenakan di Hotel ini, di sini aku sertakan keratan rates yang diberi oelh pihak hotel untuk rujukan jika ada sesiapa yang nak pergi lepas ni ..


Untuk pengetahuan korang aku ambik yang 2 bedroom yang mana kadarnya adalah RM380 semalam. Kami menginap 3 hari 2 malam. Bilik pertama mak,kakak ipar dan anak buah aku. Manakala bilik kedua pula aku dan suami. Kemudahan dan kelengkapan semua memuaskan hati. Untuk Suria ni dia ada 2 apartment seperti yang tertera diatas. Cuma masa datang tu Laketown Service Apartment tu belum standby lagi. Kemudahan yang disediakan adalah seperti kolam renang, karaoke, gym, spa dan sebagainya.

Selesai bab hotel. Bab Taman Tema Bukit Merah pula. Taman tema di sana menawarkan beberapa perkhidmatan. Yang nampak macam kereta kabel tu namanya chairlift. Memang ngeri rasanya apabila kita melihat ke bawah. Dari atas kita akan melalui Waterpark(taman air). Nampak yang ada gambar suami aku tu, itu namanya Skycycle..Boleh senaman tangan beb. Yelah apa tak..orang kayuh pakai kaki..naik ni kena kayuh pakai tangan. Aku gilir2 hubby blah kanan..aku kayuh blah kiri..lenguh tangan seh.Bila sampai tang tinggi sikit memang penat. Ecopark, Waterpark, Pulau Orang Hutan memang kami tak pergi..kos bagi setiap tempat ni menjangkau rm25-rm50 seorang. Chairlift dan Skycycle ni rates dia antara rm5-rm6 sahaja. Masa jalan - jalan kat sana kami jumpa fishspa.Meman murah berbanding di JJ Bukit Tinggi. Di sini hanya RM10 sahaja dalam masa 15 minit.Bagi yang ada anak- anak..pergilah bercuti ke sana. Sure puas hati sebab one stop centre. Kalau nak murah ambik pakej combo, murah sikitlah berbanding kita bayar satu- satu nak masuk. Soal makan, di Taman Tema ni makanan memang kureng skit. Kami makan depan tol. Puas hati dan murah.



Monday, June 14, 2010

FRIENDSHIP AWARD

0 comments



1. COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY, APA PERASAAN ANDA?
Alhamdullillah syukur..selalu tengok kat blog orang jer

2. BERITAHU SAPA DAN LINK AWARD INI?
http://mamawiwin.blogspot.com/ ( SHAKINA)

3. NAME THAT PEOPLE CALL YOU?
OGY-ni nama masa sekolah rendah dan menengah
GEE-Bila masuk maktab ornag panggil ni ada gak yang masih panggil OGY
ZIANA-Bila pergi kursus dah kerja ni ada ornag panggil ni..bukan aku suruh orang yang nak panggil
ROZI-Nipun ada yang panggil juga
ZI-Ni MIL aku panggil
ANA-Mula asal terbit nama ni apabila Pelakon, Khalid Salleh yang beri kursus Bengkel Penulisan Skrip Teater panggil nama ni..kawan kat sekolah dengar aku borak dengan Khalid Salleh kat phone so lekat nama ni sehinggalah aku guna nama ni kat forum...aku suka nama ni


4.THING YOUR HAVE DONE YESTERDAY?
Semalam pergi kenduri kahwin...2 rumah. 1 rumah sedar 1 lagi rumah kawan sekolah

5. FIVE WAY TO BE HAPPY?
1.Mengaji
2.Senyum
3.Maafkan semua orang
4.Ketawa
5.Capai impian dalam hidup
APA YANG ADA DALAM FIKIRAN ANDA, BILA ANDA JADI KAYA?
Nak rumah besar....siap lengkap dnegan taman dan ada kolam renang..(macam tau berenang) nak pergi HAJI...Melawat tempat-tempat bersejarah dunia. Bestnyerr...

KAWAN-KAWAN YANG KENA TAG

Semua rakan dalam friend list


ANAK OH ANAK

5 comments

Tajuk anak itu sahaja telah membuatkan aku tersentuh. Yerlah..lagi 2 bulan usia perkahwinanku akan menjangkau 4 tahun. Dalam tempoh 4 tahun tu bermacam suka duka aku lalui...Seawal 3 bulan selepas kahwin aku telah dikhabarkan dengan berita kehamilanku..kala itu perasaan siapa yang tidak teruja..gembira dan suka..yerlah sebulan sebelum itu kami suami isteri pergi berjumpa doktor untuk memastikan punca aku tidak mengandung lagi..Memang indah saat itu. Rasanya dunia bagai dimiliki seketika.
Dalam tempoh kehamilan itu pelbagai dugaan yang aku hadapi.Mana taknya pada ketika yang sama aku hamil aku sedang mengambil PJJ.Setiap hujung minggu aku perlu memandu sejauh 1 jam setengah perjalanan. Pada waktu itu subjek yang aku ambil tidak begitu berat.Disekolah pula akan diberi tanggungjawab yang berat dengan memegang jawatan Ketua Panitia, Penyelaras Tahun 6 dan juga Setiausaha PIBG.Tugas yang paling berat adalah Setiausaha PIBG.
Pada ketika usia kandungan 12 minggu aku kena menguruskan Mesyuarat Agung PIBG.Memang sesuatu yang memenatkan. Aku perlu berurusan dengan VIP, call sana call sini. Pendek kata keseluruhan majlis terletak pada pengurusan aku. Memang aku tension apabila VIP yang sepatutnya hadir tidak dapat hadir dan apabila berurusan dengan PA nya yang cukup elok bahasanya menyebabkan darah aku naik. Keesokkan harinya apabila check -up dalam keadaan yang tension tekanan darah aku naik dan menyebabkan aku di tahan di hospital.
Sepanjang di hospital menurut doktor aku tak ada darah tinggi. maybe sebab aku stress dan lapar. Sebelum aku dibenarkan balik doktor ingin melakukan scan keatas aku. Ketika scan aku dah rasa xsedap hati kerana usia kandungan yang sepatutnya 12 minggu tapi bila scan baby bersaiz 8 minggu.Rasa tidak sedap hati aku berasas apabila seminggu selepas itu aku menjalani scan di klinik swasta doktor mengatakan yang kandunganku semakin mengecut. Apabila seminggu selepas itu aku pergi ke hospital menghadiri temujanji baby dah xada. Yang tinggal hanyalah uri. Aku diarahkan menjalani d&c lagi 2 hari. Dalam tempoh itu darah keluar seperti haid. Semalamam di katil hospital. Malam itu aku diarahkan berpuasa.
Tepat jam 1 pagi. Sakit mula menyerang ..Perutku memulas-mulas....tidak dapat digambarkan rasa sakit ketika itu. Dalam keadaan kesakitan aku melangkah ke kaunter jururawat dan memaklumkan kesakitan yang kualami. Jururawat mengatakan mereka tidak boleh buat apa, maybe akan kuar sendiri baby tu. Aku merengkok-rengkok sakit. Pergi sahaja ke toilet menyangkung keluar darah...Perut aku sakit memulas seolah aku sedang keracunan makanan. Rasa bagai mahu membuang air besar. Kali terakhir aku merengkok atas katil aku menghantar mesej kepada suami aku memohon ampun kerana pada masa itu bagai nyawa di hujung tanduk...setelah berpeluh-peluh aku pengsan di atas katil hospital itu.
Aku terjaga jam 5 pagi.Dan rasa sakit itu telah lenyap langsung hanya rasa sakit sengugut sedikit. Aku berjalan menuju tandas. Nah! seketul daging keluar apabila aku menurunkan seluar. kecil sedikit daripada penumbuk. Itulah dia uri aku. Apa tak besarnya...usia kandunganku lagi seminggu menjangkau 4 bulan. Memang sedih apabila mengutip uri itu dari lantai tandas hospital. Doktor mengatakan aku tidak perlu di d&c kerana tiada apa lagi yang tinggal.
Kesedihan aku menjangkau sebulan. Air mata tidak berhenti mengalir. Sehinggakan 2 minggu selepas itu aku mimpikan baby aku. Baby girl yang putih dan gebu macam aku, aku menyusukannya dan aku menangis. Apabila tersedar memang air mata aku mengalir. Mimpi ni aku dapat di rumah MIL dimana uri babyku ditanam. Sebulan selepas kandungan ini gugur aku hamil lagi.
Perkara sama berulang kembali, kerana serik dan takut akan hospital kerajaan aku menjalani pemeriksaan di hospital swasta..pada usia kandunganku 3 bulan doktor mengarahkan aku di d&c. aku tak sanggup nak keluarkan duit semata untuk membuang kandungan ini. Aku mengambil keputusan pergi ke hospital kerajaan dengan rujukan swasta. Apabila aku tiba di hospital kerajaan 2 hari selepas ke swasta doktor memang agak pelik apabila kandungan aku tiada. sedangkan aku membawa gambar scan daripada hospital swasta dan doktor pasti akan gambar itu yang aku hamil. malah upt aku di swasta itu juga positif.
Binggung dengan kejadian ini aku mendapatkan perubatan tradisional. Pelbagai andaian dan agakan daripada pengamal tradisional.Aku menganggap kandungan ini gugur pada awalnya lagi selebihnya adalah gangguan daripada makhluk halus. Kandungan ketiga selepas aku makan pil subur daripada klinik swasta.
Ketika itu hari raya tahun lepas, aku demam dan berasa amat tidak sihat. Aku mendapatkan rawatan di klinik dan aku turut menyatakan yang aku telah lewat...doktor tersebut memahari aku dan megatakan aku takut makan ubat dan memberikan alasan. Beliau mengatakan ubat tersebut tidak memudaratkan. Aku hanya makan 2 hari selepas itu aku mula rasa cuak. Aku menganggap yang aku tidak hamil kerana upt aku masih kabur dan akupun telah mula datang haid. Apabila pulang daripada satu open house perut aku mencucuk2 sakit. Aku sangkakan mahu buang air besar. Ketika sedang duduk di mangkuk tandas aku terpegang seketul darah lebih besar daripada ibu jari. Darah mula turun dnegan banyaknya selepas itu. Perutpun sedikit sakit. Aku sempat mengambil gambar dan menunjukkan kepada doktor. Memandangkan aku ada mengambik clomid dan telah lewat serta berdasarkan bentuk ketulan darah itu doktor mengatakan aku gugur awal kandungan. Ermmm..tak ada rezeki...
Sehingga ke hari ini harapan dan kekecewaan datang silih berganti. Rasa takut..rasa ingin datang bertukar ganti. Pelbagai pemeriksaan telah aku jalani dan doktor mengatakan aku sihat....suami?tak perlu aku jelaskan apa keputusannya cuma yang aku boleh beritahu....dia perlu makan antibiotik selama sebulan sebagai rawatan..Tuhan menduga aku dengan perkara yang satu ini. Aku terima andai ini balasan daripada Allah atas kesilapan-kesilapan yang mungkin pernah aku lakukan.

Sunday, June 13, 2010

GAMES FAVOURITE DI FACEBOOK

2 comments
Korang main games ape kat facebook.Inilah games yang aku masih maintain main.Bukan pe games ni tak buat aku stress. Games lain nak loading dahlah lama, banyak pulak halnya.Kena upgrade flashplayerlah bagai. Kena update situlah inilah. Walaupun hasil tanaman aku selalu kena curi disini...tapi takper..aku still enjoy dengan this games...Games lain-lain bukan tak ok...cuma tulah macam aku kata tadi.Tapi sebenarnya games-games ni lah yang buat orang suka lepak kat facebook.

I'LL BAKED MY OWN BREAD AND PIZZAS..

0 comments
Entry masakan kali ni...tara...aku bakar sendiri pizza dan roti di atas. Nilah dia yang rosakkan mixture aku. Apa taknyer. mixture tu gedik- gedik jer bila adun rotii ni..dah tak tahan gedik-gedik lalu jatuh dari table top kabinet...Bila aku angkat naik dan sambung guna..ada kuar asap wooo. banyak seram woo..Tak pasal aku beli mixture baru semalam kerana aku dah geli-geli nak bakar roti lagi. Atually..oklah percubaan berjaya.ilmu yang ditimba tempoh hari dah berjaya diaplikasikan. Aku cadang ada duit beli mixture besar dan oven besar....buat roti hantar kat kedai-kedai..tunggulah ada duit sikit. Sekarang ni duit habis kat rumah jer.Doakan impian aku untuk bukak kedai sendiri berjaya.AMINNNN...

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

0 comments

Melihatkan pada map Bukit Merah laketown Resort ni macam best kan. Rasa tak sabar nak pergi sana. Percutian kali ini agak berlainan, biasanya percutian kami lebih berkonsep bulan madu sebab kami pergi berdua. Bulan madu pertama kami ke Bukit Tinggi...Tahun kedua perkahwinan kami ke Genting Highland..Tahun lepas ke Cameron Highland. Kali ini agak berlainan sebab kami bawa mak dan kakak ipar bersama beserta anaknya yang berumur 9 tahun. Sebelum kematian abang yang sulung kami rancang nak bercuti, memang agak menyedihkan hasrat tersebut tidak tertunai. Masih terngiang-ngiang di gegendang telingaku akan kata-kata terakhir arwah abang yang mengatakan dia hendak pergi berjalan jauh. Kami sangkakan berjalan jauh tu pergi bercuti.rupanya transit ke alam barkah.Percutian kali ini juga bukan setakat percutian sahaja, kami akan melawat sepupu yang sedang terlantar sakit di Hospital Taiping. Binggung bila memikirkan semua anak sulung dalam setiap keluarga sakit dan arwah abang aku yang pertama sekali pergi. Inilah penyakit keturunan kami kencing manis sakitnya yang sama sepupu aku hidapi. Berbeza dengan arwah abang yang meninggal kerana menderita kanser usus pada awalnya yang lama kelamaan melarat ke kanser perut dan sebagainya. Apa-apapun doakan keselamatan perjalanan kami ke sana dan dapat release tension..AMINNN

Tuesday, June 8, 2010

RYNA WARDROBE& LUCKY DRAW

0 comments
Salam....Anda ingin mencari material seperti di bawah ini :
-Cotton Dress
-Chiffon Dress
-Lycra Dress
-Belt
-Long Sleeve
-Blouse
-Gown
-Warm Dress
-T-Shirt
Silalah klik di banner dibawah ini:



rinawardrobe

Ownernya Rina kini sedang mengadakan contest dan sebanyak 20 hadiah ditawarkan...bagi yang berminat anda berminat anda boleh mendapatkan maklumat daripada link pada banner di bawah :


rinastories

SELAMAT MENYERTAI DAN SELAMAT MEMBELI - BELAH SAMBIL MENJAMU MATA ANDA!!!!!

ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI

KINI MEMBELI BELAH SEMUDAH SATU KLIK...


RONGGENG TIME

0 comments


Hah..selalu aku kelaur ronggeng dengan kawan-kawan kan atau dengan hubby. Hari ni aku bawak mak dan anak buah aku...Tengah jalan-jalan kat JJ..ekali nampak offer kasut...so aku rembat 3 pasang....gilos kan..mana taknyer..sepasang cuma rm18...rugi woo tak beli....Selain objektif utama nak belikan hadiah harijadi hubby...




Aku memang blurr dan tak tau nak beli hadiah aperr..so aku decide belikan cd PS3 untuk hubby...ok what...2 ni jer dah RM...++.Pastu cd ni latest punyerr..Sebab laki aku suka bola aku belilah cd bola....

Masa dok jalan-jalan kat JJ tu aku dapat sms pasal anak sorang kakitangan sekolah aku masuk ICU di HTAR, Klang.So aku decide pergi sana.Memang kesian melihatkan keadaannya terlantar dan bergantung dengan mesin-mesin serta wayar-wayar. Bila aku bertanyakan keadaannya dan punca..kata nurse yang menjaga di situ...suspect demam denggi ataupun kencing tikus..Terus aku teringat akan kisah Arwah Din Beramboi. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan anak rakan setugas aku ini yang juga merangkap ustazah aku dulu...AMINNN

Monday, June 7, 2010

I LOVE C.I.N.T.A

2 comments
C.I.N.T.A
Adakah cukup sekadar menerima tetapi tidak memberi
Adakah cukup sekadar melafaz tapi tidak melaksana
Adakah cukup sekadar mengasihi tetapi tidak menyayang
Adakah cukup sekadar memandang tetapi tidak menyentuh
C.I.N.T.A
Berapakah harganya di pasaran semasa?
Adakah semurah membeli lauk siap di masak di kedai makan?
Tinggi manakah nilai tawaran?
Adakah mampu mengimbangi keluk permintaan?
Besar manakah saiz dijual?
Adakah sebesar nasi ambang yang menjadi jualan?
C.I.N.T.A
Kadang hadir...
Kadang pergi...
Dikejar tidah ditemui
Dicari tidak bertepi..
Sesungguhnya aku C.I.N.T.A akan yang namnya CINTA ITU
ANAROZIZALI 7 JUN 2010
KARYA PERTAMA SETELAH HAMPIR 3 TAHUN TIDAK MENULIS

APPOIMENT GYNAE

0 comments

UPDATES Checkup to gynae.Bila aku nak buat LABELS Fertality ni mesti aku rasa sedih....sedih sebab xsampai 2 bulanpun lagi usia perkahwinanku nak masuk 4 tahun. Ok, back to gynae.Semalam aku bangun awal pagi...kul 9 aku gerak pergi METRO Maternaty Banting. Doktor bertugas hari tu adalah Dr. Murad. Satu- satunya doktor melayu yang ada di METRO Banting. Doc buat TVS untuk check keadaan telur. sebelah kiri telur masih tak respond dengan clomid..tapi sebelah kanan telur ada yang saiz 18,13 dan 12.doc anggarkan telur yang scan masa day-11 dengan saiz 13.2 tu dah grow jadi 18 dan berdasarkan bentuknya telur tersebut telah pecah.Aku tanya doktor adakah telur yang 2 biji besar tu akan mengalami ovulution juga(maksudnya pecahlah) sebab setahu aku ovulution sekali jer. dok kata normal memang perempuan alami sekali jer ovulution. Tapi kita berharap yang telur tu akan pecah takpu doc boleh beri satu injection untuk pecahkan telur tu dan dia tanya sama ada aku nak buat iui.Aku tanya dia balik..based on my hubby result tu valid atau tidak aku nak buat iui...nanti membazir jer aku bayar tapi tak jadi. so aku mintak dengan doc biarlah result suami aku ok dulu barulah aku nak buat iui. doc pun setuju juga.

MAJLIS PERTUNANGAN ANAK BUAH SUAMI

0 comments

Majlis ni berlangsung semalam di Kediaman Kakak Ipar aku di Kanchong Darat...15 dulang dibalas dengan 11 dulang daripada lelaki. Aku dapat tanggungjawab untuk buat sireh junjung..ramai juga tetamu yang datang dari rombongan piak lelaki..anggaran dalam lebih kurnag 40 orang.Majlis berjalan dnegan lancar.Tema warna hijau dan putih....ada sorang budak ni umur setahun lebih..aku tengah dok keluarkan kamera dia dah berdiri possing depan aku..apalagi snaplah gambar dia yang cute lagi comel tu..anak buah aku plak si iman tak tahu duduk diam sebab dah pandai merangkak..satu rumah dirayaunyerr... lepas ni tinggal tunggu majlisnya sahaja.tempoh yang diberi setahun setengah...anak buah suami ni kerja kat MAIS(Majlis Agama Islam Selangor)

AKU DAH PANDAI BUAT ROTI

5 comments

7 Jun 2010, Kg. Endah, Salma Bakery aku dan 6 orang rakan - rakan baru sahaja selesai Menghadiri Kursus Membuat Roti di Salma Bakery, Kg. Endah. Memang best apabila kami diajar untuk membuat 7 jenis roti. Semua peserta terdiri daripada guru-guru SK Batu Laut. Bermula seawal 10.30 pagi...kursus kami tamat lebih kurang satu lebih....hasil daripada kursus tersebut kami semua bersemangat nak buat roti sendiri di rumah.Semoga dengan kursus ini tak perlulah lagi kami membeli roti di kedai cina atau beli Roti Gardenia..hasil buatan kami nipun dah cukup sedap serta enak disamping kualiti dan halalnya terjamin...sedap seh..hahahahah

Saturday, June 5, 2010

RONGENG WITH YANNA...

5 comments


Sedang boring-boring tiba-tiba mesejku berbunyi...daripada Puan Yanna rupernyer...emidiately aku ajak dia ronggeng kat JayaJusco Bukit Tinggi...mula-mula kami pi makan Kenny Rogers....dah kenyang kami pi Fish Spa...hehehehhehe...nak gak rasa macammana yang yanna cerita kaki kena jilat dengan ikan...mak aihhh..mula-mula celup kaki aku dah gelak-gelak..tak tahan geli...adalah dalam 10-15 minit aku asyik gelak jer..sebab geli...lama-lama geli tu tukar jadi best dan rasa macam ada caj elektrik jer kat kaki aku...Memang menarik pengalaman ni...lepas kami habis 30minit kat situ....turun ke level bawah..yanna kata aku ada letrik..WAHHH..aku dah jadi elektrik women lah plak...pastu kami pergi APT...wash+blow+iron....syok giler kepenatan rasa nak tidur jer kena urut kepala..yanna plak boring tunggu turn...camnilah dia time boring...


sian ko yanna.....adehhh..rupernyer salah masuk pintu ek..hahahhaha...tapi memang syiokk lah hari ni...lagi-lagi dapat makan jambu batu best....terima kasihlah pada yanna sebab sudi temankan aku hari ni..seharian betul kat JJ...dari kul 11lebih sampai 6lebih aku sampai umah....wahhhh...gilos tul

Wednesday, June 2, 2010

APO KONO EH JANG

0 comments
adehhh...nasi lemak Acap


Inilah sekitar suasana peperiksaan pertengahan tahun SK Batu Laut di kelas pertama.Kelakar dan agak mencuit hati. Dalam boring-boring tu aku sempatlah catch up beberapa action budak-budak ni...nengoklah tu siap terkeluar nasi lemak dari bawah meja diorang...sampai 2 bungkus plak tu makan sorang..acap2...ni kaki dan meja ketua kelas ni.







Tuesday, June 1, 2010

UBAT LAGI..................

0 comments


5.30 petang...just back from my gynae....TVS(transvaginal scan) doc ukur saiz folikel(telur) paling besar 13.2 dan 12.7....doc kata ada banyak telur lain yang kecil-kecil..sebelah kiri semua kecil...doc kasi clomid lagi...kena makan lagi 5hari...bersama- sama dengan tu doc kasi sekali metmophin(ubat kencing manis)tapi bukan sebab aku ada kencing manis. doc kata ubat tu untuk halang kesan pcos daripada mengagalkan kerja clomid.Selain tiu supaya berat aku turun lagi.Actually aku memang tengah tak ada selera makan sekarang ni.Kalau ikut last aku jumpa gynaepun...berat aku dah turun 5 kilo daripada perjumpaan yang last tu. Doc kata tak cukup..kena turunkan lagi...huuu...doc kasi appoiment ahad ni untuk tengok telur lagi..kalau telur masih macam tu doc akan cancelkan cycle ni.