Sunday, June 20, 2010

I-CITY SHAH ALAM

Inilah dia pemandangan di I-City, Shah Alam..cantik kan? anda tak berminat ke nak pergi menjengah. memang berpuas hatilah. Untuk ke sana anda kena melalui Federal Highway dan mengambil jalan ke arah Jaya Jusco Bukit Raja. Aku cadangkan kalau korang nak pergi, pergilah hari kerja. Aku pergi malam tadi malam weekend..faham-faham sahajalah. Kereta bersusun macam nak pergi tengok artis je. Dengan jalan yang mengalami kesesakan lalulintas..semua menuju ke arah yang sama...iaitu I-City. I-City ini adalah di bawah projek MSC Malaysia. Memang cantik apabila lampu-lampu kecil dibentuk menjadi pokok, binatang dan pelbagai irama lampu dapat dilihat. Nak pergi sana, parking jangan risau, banyak tempat yang disediakan. Selain lampu-lampu menarik dan pelbagai warna terdapat juga gerai-gerai jualan yang menawarkan pelbagai jenis menu. Kebetulan semasa berjalan-jalan di gerai makanan aku terlihat satah..yang mana hanya boleh ditemui di Pahang. So, aku belilah. Aku cadangkan anda bawalah keluarga ke sana. Pasti puas hati. Tak lupa juga aku nak promote rumah salji dia. Memang cantiklah. Tapi awas, satu yang aku nak pesan, ketika di sana ada pengawal keselamatan. Mereka ni bukan setakat jaga trafik malah menjaga pokok-pokok berlampu ni, yang patutnya apabila kita pegang pokok tu sikit dia akan tiup wisel. Tak boleh ke datang elok-elok beritahu. For surelah malu muka ni. adusss



2 comments:

suzi said...

hahhaha msti ko pegang n diorg tiup wisel ek..pastu smue dok pandang ko wakakakakka

blackroses said...

yerlah...malu sehhh...gambar aku ngan yanna xmasukkan lagi..sempatlah aku meraba-raba perut dia malam tu