Saturday, June 25, 2011

HARAPAN WANITA KEPADA LELAKI


ASSALAM...semua wanita pasti inginkan sesuatau dari seorang lelaki..tetapi berapa ramai lelaki mampu penuhinya. Demi Allah entri ini tiada niat diskriminasi terhadap lelaki..just nak share..walaupun ini syaa ambil dari blog Qamaqarma....memang inilah apa yang semua perempuan/wanita/gadis/isteri... fikirkan ..renung-renungkanlah...



1)"Lelaki yang sayangkan kanak-kanak lelaki paling menarik."

2)"Kami suka lelaki yang tahu membuat kerja.Kalau ada barang yang perlu dibaiki atau dibetulkan,dia tahu membaikinya sendiri tanpa mengupah/menyuruh orang lain."

3)"Jangan tipu kami tentang apa-apa pun.Anda perlu berusaha untuk mendapatkan kepercayaan dan penghargaan dari kami.Sekali anda melakukan kesilapan,ianya amat sukar untuk diperbetulkan kembali."

4)"Sekiranya anda mahu menipu kami,lebih baik anda putuskan hubungan saja."

5)"Tandanya anda telah menipu kami apabila anda mula membuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi seperti bertelefon,bersms dibelakang kami.Jika tak mahu kami sakit hati,jangan buat!"

6)"Kalau pun kami kadang-kadang cepat cemburu melihat anda memberikan perhatian kepada wanita lain,tak bermakna kami ni tak ada hati perut.Tetapi kami kadang-kadang perlu keyakinan dari lelaki yang kami sayang bahawa kami juga bererti buatnya walaupun kami tak secantik model."

7)"Kami sebenarnya suka lelaki romantik.Kami suka jika diberikan bunga,coklat,pakaian dalam yang seksi atau pun surat cinta berisi madah dan kata-kata manis."

8)"Kami memang punya emosi yang tak menentu,sukar anda fahami.Kami memang tak boleh nak gembira sepanjang masa.Kan hati kami mudah tersentuh,tentulah kadang-kadang ada perkara yang membuat kami sedih.Jadi biasakanlah diri anda."

9)"Perkara yang paling menarik anda buat adalah jika anda memasak atau mencuci pinggan mangkuk untuk kami.Lelaki yang tak kekok didapur lelaki menawan tau."

10)"Anda fikir kami meluat,jengkel atau marah kalau menerima sms berunsur lucah.Sebenarnya tidak.Tapi jika ianya dari orang yang kami sayang saja."

11)"Anda pasti terkejut besar kiranya anda tahu berapa banyak dan berapa kerap kami fikirkan tentang seks."

12)"Jangan anggap kami terlalu lemah kiranya kami meminta pertolongan anda melakukan kerja kami.Sebenarnya kami cuma nak tahu yang kami penting atau tidak disisi anda."

13)"Kami suka jika dilayan dengan baik sebagai seorang wanita.Walaupun tidak seperti ratu,sekurang-kurang jika kami masakkan anda makanan,pujilah sikit dan ceritakan pada kami jika anda menyukainya.Perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara kecil seperti tolong bukakan pintu kereta untuk kami,amat kami sukai dan hargai."

14)"Pasal nasihat kami kadangkala ada pro dan kontra sedikit.Bukan kami tidak suka anda memberi kami nasihat,tetapi kalau kami mahukan nasihat anda tentang apa-apa kami sendiri akan minta.Kadang-kadang kami lebih suka anda mengikut saja apa yang kami buat tanpa membantah."

15)"Kami memang sukakan hadiah.Tapi tak semestinya mesti yang mahal dan berharga.Hadiah yang murah seperti kad ucapan pun sama istimewanya bagi kami.Kad ucapan cinta/surat cinta yang kami dapat biasanya kami simpan dan akan sentiasa membacanya kembali."

RUJUKAN/SUMBER:QAMAQARMA

8 comments:

Firdaus Life said...

menarik entri ni untuk lelaki.. trimas

blackroses said...

welcome..

Unknown said...

tersenyum sya m'bcanya sbb semua itu betul :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

semuanya betul..setuju 100%..sy suka entry nie...

blackroses said...

@maniey...biasa wanita fikir perkara yang sama..
@terbang bersamaku..yes exactly 100%

cik zaa said...

menarik sgt..
mntak copy bole ? ta bole tak pe.. :)

cik zaa said...

menarik sgt..
mntak copy bole ? ta bole tak pe.. :)

blackroses said...

boleh pai epal..tapi masukkan back link saya ye