Assalam...gambar diatas ni model cermin mata tak berbayar..hehehe..ni adlaah koleksi cermin mata kegmaran saya...sebelum-sebelum ni beli cermin mata belasah je..apa tak..masa proses pemilihan bingkai mata bukan nampak..rabun gilerr...kelabu jer...tengok dekat-dekat bulau pulak biji mata..so..bila dah siap..ooo macam ni rupanya bingkai aku pilih tu..wakakakka..sebenarnya ada tips tau..kalau nak try bingkai baru pakailah contact lense..so kita boleh nampak bentuk bingkai tu dengan jelas...ok yang di bawah ni pula tips bagaiman kita nak pilih bentuk bingkai yang sesuai dengan bentuk muka kita..jom baca...harap membantu..ni saya ambik dari blog kristaloptometris
Bagi mereka yang bentuk muka petak.
Lebar dahi, tulang pipi dan rahang seimbang sehingga terbentuk seperti kotak atau persegi.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
- Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai….
- Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya…iaitu lebih tebal di bahagian atasnya….
Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak….oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda.
Bagi mereka yang bentuk muka bujur sirih.
Dikategorikan sebagai bentuk yang sangat ideal disebabkan nisbah keluasan yang menarik. Kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.
Bingkai cermin mata yang sesuai: Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda….tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau “jatuh” kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.
Bagi mereka yang bentuk muka Oblong.
Muka lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
- Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh.
- Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.
Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.
Bagi mereka yang bentuk muka Bulat.
Muka di mana, lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
- Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
- Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang….
- Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat..
Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.
Bagi mereka yang bentuk muka Diamond (Berlian).
Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil. Tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
- Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya.
- Frameless adalah pilihan yang sesuai.
- Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai.
Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).
Bagi mereka yang bentuk muka heart (Hati).
Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi. Bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
- Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.
Tips: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.
Bagi mereka yang bentuk muka segi tiga.
Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas.
Bingkai cermin mata yang sesuai:
Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut.
Rujukan :kristaloptometris
28 comments:
freaky sukakan bingkai yang nampak skima. huhu
Gila Stylo Ah
skema tu macammana dik? yang petak tu ek
maera pakai spect ape2 pun, tetap nmpk bolat..huhu~
comel je akak nengok muka adik..kadnag2 perasaan kita je tu dear..
nice tips kak...
jom singgah n follow belog fyna.
:)
http://inibelogfyna.blogspot.com/
TQ FYNA..OK
aie ske bingkai yg tebal n beso.. nampak stylo.kehkehkeh
kalau sunglasses ok kot
1st : damn loved the colorful theme.
2nd : tq for dropping by.
owh!* rather put some time to slip on the contact-lens than pening kepala fikir tentang frame.. hehehe!
yupps..lense lagi macam2 sekarang kan...
Gud info utk mereka bermata empat spt JR
welcome JR
dla suke spek yg bingkai tebal..hehe..
cantik...lagi2 kalau bingkai warna gelap kan
wah!good tips~
thx akak..berguna nie :)
tq lulu...tq m. fizan..semoga ianya bermanfaat bagi semua
cermin mata saya sesuai x? huhu~~
sesuai
wah ..tips yang bagus !
tq nlly..semoga bermanfaat
tips menarik.hehe
model kaca mata tu =)
Perbahasan Puasa Bulan Rejab | Amalan Doa Bulan Rejab
tq...
model tu tak berbayar..wakakaka
muka mama bujur sirih kott...hehe...ntah le...apa bentuknye...:o0
kalau muka kiteww ni..jenis bulat ek...O-O
**buat-buat tanya dgn harapan ada org jwb bujur sireh..hikhikhik..:P**
nak tentukan bentuk muka tu kena cari gambar yang depan2 betul ..takpun mintak bantuan orang lain
oh. nampaknya saya kena pakai cermin mata berbingkai petak :P
trylah fina..kotlah nampak sangattttttttttt cunnnn nanti
Post a Comment